Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti pas apanas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti pas apanas. Papar semua catatan

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Khatam Al Quran,Penyerahan agihan zakat,Iftar Jama’e,Solat sunat Terawih dan Tazkirah Ramadhan

Tarikh:           22 Ramadhan 1433 / 11 Ogos 2012 (Sabtu)
            Tempat:          PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
 
. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga akan memberikan Tazkirah Ramadhan nanti
Berikut adalah tentetif majlis bagi memudahkan tuan
            5.30 petang     -           Ketibaan para jemputan.
            5.45 petang     -           Majlis Khatam Al Quran Berjamaah,bacaan Yasin dan Tahlil.
            6.30 petang     -           Majlis Penyerahan Agihan Zakat kepada para penerima.
            7.22 petang     -           Iftar Jama’e,solat Maghrib dan Jamuan
            8.33 malam      -           Solat Isya,sunat Terawih,Tazkirah Ramadhan dan moreh
            10.30 malam    -           bersurai 
 
Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan muslimin,muslimat dan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan apa jua sumbangan bagi menjayakan majlis,ini ,adalah sangat dialu-alukan.
5.Sekian untuk makluman tuan,semuga dengan kehadiran kita semua kemajlis ini akan menghasilkan kebaikan di dunia dan lebih lagi di akhirat  insyallah.

Selamat menempuh Fasa kedua dan ketiga Ramadhan dan semuga bertemu dengan malam lailatul qadar dan selamat menyambut Aidilfitri.

Isnin, 20 September 2010

Program Sinar Ramadhan Al Mubarak 1431

Program Sinar Ramadhan Al Mubarak 1431 anjuran PASTI As Salam Cawangan Air Panas
Iftar Jamaie, Majlis Khatam Al Quran dan Tahlil
Tarikh: 25 Ramadhan 1431 bersamaan 4 September 2010 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang hingga terawih berjamaah
Tempat: PASTI As Salam Air Panas, Kampung Air Panas Bemban
Semuga segala amalan kita semua di bulan Ramadhan ini diterima Allah,diampunkan semua dosa, dilepaskan dari azab api neraka dan ditemukan di Syurga Firdaus di akhirat nanti.Insyallah….Amin Ya Robbal Alamin.

Sabtu, 10 Julai 2010

USRAH CAWANGAN PAS AIR PANAS

Kepada,
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PAS Cawangan Air Panas
Guru dan Pembantu Guru PASTI As Salam Air Panas

Sukacita dimaklumkan usrah bulanan PAS cawangan Air Panas akan diteruskan pada bulan Julai ini setelah terhenti pada bulan Jun yang lepas.Sehubungan dengan itu tuan dijemput menghadiri program tersebut pada butiran berikut
Tarikh : 27 Rejab 1431 bersamaan 10 Julai 2010 (Sabtru)
Masa : Mula dari Maghrib Berjamaah
Tempat : Rumah Saudara Razali Bin Baba,Kampung Asam Kumbang

Pada kesempatan ini juga kita akan berbincang berkenaan Program sambutan Ramadhan 1431, seperti yang kita laksanakan pada tahun lepas agar dapat diteruskan pada tahun ini seperti

Kutipan (Infak Ramadhan)
Iftar Jama’e, Tarawih dan tazkirah Ramadhan
Tadarus dan Khatam AlQuran
Penyerahaan Kutipan Zakat
Projek Korban Berkelompok

semuga sahabat-sahabat tidak lupa menghadirkan diri. Kali ini kita juga meraikan sahabat kita Razali yang baru menimang cahayamata yang sulong baru-baru ini

Sabtu, 26 Disember 2009

10 MUHARRAM 1431 HIJRAH












MENYANTUNI ANAK YATIM

TARIKH : 10 Muharram 1431 bersamaan 27 Disember 2009 (AHAD)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PASTI AS SALAM AIR PANAS
BALAI ISLAM KG AIR PANAS
ANJURAN : MTD N24 BEMBAN DAN PAS CAWANGAN AIR PANAS

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” ( Riwayat Ibnu Majah)
Anak yatim iaitu anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim yang dibela tidak sepatutnya dijadikan kuli atau bibik. Janganlah dibebankan anak yatim dengan kerja-kerja rumah. Janganlah diungkit apa yang telah diberikan kepada mereka kerana ia boleh menghilangkan pahala kebajikan yang telah dilakukan. Anak yatim sensitif dan mereka tiada tempat untuk mengadu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari Syurga bagi nabi adalah syurga teratas iaitu syurga kelas VIP.
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dari belakang ke hadapan kepala anak yang beribubapa dari hadapan ke belakang. Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikan satu darjat.
Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah:
Menyapu kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang diusapkan

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang disapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ( Pastikan dahulu dengan ustaz ataupun ustazah anda )
ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
[[[ SEMUANYA BOLEH DICAPAI DENGAN IZIN ALLAH....INSYA'ALLAH ]]]
Wassalam

Jumaat, 23 Oktober 2009

KORBAN BERJAMAAH PAS AIR PANAS DAN PASTI ASSALAM

ALHAMDULILLAH PADA TAHUN INI MASUK TAHUN KE TUJUH BERTURUT PROGRAM INI DI LAKSANAKAN. PADA TAHUN INI HARGA SEBAHAGIAN ADALAH SEBANYAK RM400(rm EMPAT RATUS SAJA)SETAKAT INI SUDAH ADA LAPAN BAHAGIAN YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI DAN INSYALLAH PADA TAHUN INI KAMI SASARKAN 3 EKOR AKAN DI KORBANKAN.SESIAPA YANG BEMINAT AGAR SEGERA MENDAFTARKAN DIRI

Jumaat, 11 September 2009

KHATAM ALQURAN,TAHLIL DAN IFTAR


Rasanya baru semalam kita berpuasa tapi setelah iftar berjamaah minggu pertama dirumah Pak Mat Bemban Jaya,kedua dirumah pengerusi cawangan dan ketiga di rumah tim pengerusi cawangan minggu ini kita telah masuk minggu @ fasa terakhir di bulan yang mulia ini...

YaAllah semuga Ramadhan tahun ini lebih baik daripa tahun lalu.Terima lah segala amalan kami,rahmatilah kami,ampunilah kami dan lepaskanlah kami daripada api nerakamu ya allah.
Baki yang masih ada ini semuga kami bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Doa kami kau perkenankan menangkanlah Islam di bumi Malaysia ini ya allah, menangkanlah kami didalam PR kecil BAGAN PINANG,KAU HANTARLAH ANJING-ANJING MU SUPAYA MUSUH KAMI HANCUR DAN BINASA.

Untuk 2 lagi program PAS Cawangan Air Panas di dalam bulan ini adalah seperti berikut(ada sedikit perubahan pada jadual yang terdahulu)

KHATAM ALQURAN,TAHLIL DAN IFTAR peringkat cawangan
tarikh : 22 ramadhan 1430 bersamaan 12/9/09
masa : BERMULA 6.00 petang
tempat : Rumah Pengerusi Tetap Cawangan (Tn Hj Apit)

KHATAM ALQURAN,TAHLIL DAN IFTAR peringkat pasti AsSalam
tarikh : 27 ramadhan 1430 bersamaan 127/9/09
masa : MULA 6.00 petang
tempat : PASTI ASSALAM AIR PANAS

Jumaat, 21 Ogos 2009

Jumaat, 14 Ogos 2009

Khamis, 13 Ogos 2009

Sejam Bersama Warga Emas











Program anjuran muslimat PAS kawasan Jasin dan Nisa Melaka
Tarikh :12/8/09
Masa :6.00- 7.00 petang
Tempat :PAS Cawangan Air Panas- Kg Ulu Duyung (Warga Emas -Norsiah )

Kami Pas Cawangan AirPanas mengicapkan berbanyak terimakasih diatas perhatian dewan muslimat kawasan Jasin dan Nisa Melaka

RAMADHAN DATANG LAGI

update
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

HIASI HARI ANDA DENGAN AMAL IBADAT, GANDAKAN PAHALA,HAPUSKAN DOSA
DARIPADA:
PENGERUSI DAN AHLI JAWATAN KUASA,PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)CAWANGAN AIR PANAS
(PPM/MEL 26/52-7624)















Tel:065216981/0196645105
Faks:065216981
Email: assalam08@gmail.com
pas_airpanas@yahoo.com.my
http://mtdn24bemban.blogspot.com


Majlis penyerahan bantuan sempena menyambut Ramadhan almubarak berupa beras,minyak masak dan tepung akan dibuat pada
Tarikh:23Syaaban/14 Ogos 2009
Tempat: PASTI AsSalam
Masa:3.30 petang
penerima seramai 40 orang terdiri daripada amalah dan anak yatim yang tinggal di air panas,ulu duyung , bemban,lubuk kasar,tmn bemban jaya

Isnin, 3 Ogos 2009

DEMONTRASI GERAKAN MANSUHKAN ISA




















Rombongan kami terdiri dua kumpulan iaitu kumpulan pertama bergerak jam 10.30 malam Jumaat 31/7/09 bagi mempastikan sampai ke K Lumpur .Utz Jumari ,abang Ibrahim ,Utzh Siti Khatijah. Sapiah Ahmad, Halimah Musip. Faezah Zahari dan Jamilah Ibrahim.
Kumpulan kedua saya sendiri bersama anak dan isteri bergerak jam 8.30 pagi sabtu. alhamdulillah perjalanan lancar dimana kami berhenti di Seremban dan menaiki komuter terus ke kuala lumpur.
-halangan pertama semua tandas distesen komuter ditutup
-dihalau oleh pak guard di bgn daya bumi
-tak boleh memasuki masjid negara
-selepas azan zohor berkumandang baru dibenarkan masuk
-mengikuti demo yang diketuai oleh Dr Hatta dan Dr Zulkefli
-kena gas pemedih mata dipersimpangan Bank Rakyat
-kami terpisah dengan kumpulan
-Ahmad Saibani muntah dan sesak nafas,pedih dikulit merah dimuka begitu juga umi dan abi
-alhamdulillah ada jamaah yang memberi garam dan ubat gigi bagi melegakan kesakitan
-dapat berita Ustaz Jumari ditahan didalam trak polis
-bergerak untuk balik ke masjid negara
-jumpa Hj Zali dan Azaman yang terpisah dari kumpulan Kesang Tua
-kami bersama bergerak kemasjid negara
-ditahan polis bersebelahan bangunan Sultan Abdul Samad diminta membuka lilitan dikepala
-sampai dimasjid negara melepaskan lelah
- berkumpul dgn kumpulan pertama
-bergerak ke PGA Ceras dimana Ustz Jumary ditahan
-tidak dibenarkan masuk, kelihatan juga para peguam yang juga tidak membenarkan kami berjumpa dengan tahanan
-dipelawa oleh seorang unit amal- abang Abdullah yang mencadangkan kami berehat dirumah beliau
-solat jamak maghrib dan isyak dimasjid
-Utz Jumary tel beritahu beliau akan dilepaskan dihadapan pintu PGA
- dirumah abang Abdullah kami menunggu seorang sahabat (En Noh) menjemput Utz Jumary
-alhamdulillah layanan yang diberi abang Abdullah dan kak Yan sekeluarga membuat kami terharu
-setiba Utz Jumary kami dapati beliau kelihatan sedikit lemah
-selepas beliau mandi dan bertukar-tukar no tpon dgn abang Abdullah kami bertulak balik ke melaka +- jam 10.30 malam