Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 20 Ogos 2009

Hari-hari yang diharamkan berpuasa

Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?

Jawapan :

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
" Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."

2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "

3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

4. Hari Haid dan Nifas.

5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

" Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili

6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.

sumber: soaljawab.jais.gov.my
































gambar-gambar semasa menghantar my bro(tn hj Jaffar n Pn Hjh Rahani) utk menunaikan umrah ramadhan pd 19/8/09.semuga mendapat umrah yg mabrur

Jumaat, 14 Ogos 2009

Khamis, 13 Ogos 2009

Sejam Bersama Warga Emas











Program anjuran muslimat PAS kawasan Jasin dan Nisa Melaka
Tarikh :12/8/09
Masa :6.00- 7.00 petang
Tempat :PAS Cawangan Air Panas- Kg Ulu Duyung (Warga Emas -Norsiah )

Kami Pas Cawangan AirPanas mengicapkan berbanyak terimakasih diatas perhatian dewan muslimat kawasan Jasin dan Nisa Melaka

RAMADHAN DATANG LAGI

update
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

HIASI HARI ANDA DENGAN AMAL IBADAT, GANDAKAN PAHALA,HAPUSKAN DOSA
DARIPADA:
PENGERUSI DAN AHLI JAWATAN KUASA,PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)CAWANGAN AIR PANAS
(PPM/MEL 26/52-7624)















Tel:065216981/0196645105
Faks:065216981
Email: assalam08@gmail.com
pas_airpanas@yahoo.com.my
http://mtdn24bemban.blogspot.com


Majlis penyerahan bantuan sempena menyambut Ramadhan almubarak berupa beras,minyak masak dan tepung akan dibuat pada
Tarikh:23Syaaban/14 Ogos 2009
Tempat: PASTI AsSalam
Masa:3.30 petang
penerima seramai 40 orang terdiri daripada amalah dan anak yatim yang tinggal di air panas,ulu duyung , bemban,lubuk kasar,tmn bemban jaya

Selasa, 11 Ogos 2009

TABUNG DANA PENDIDIKAN mtd N24 BEMBAN

update