Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 4 Julai 2012

Fadhilat Nisfu Sya'ban: Mari Dengar Hadis bercerita..

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ"
- رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]

Dalam Hadis yang lain disebut:

يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan." [Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]

Demikian juga kelebihan dalam menghidupkan malam dan siang pada nisfu Sya'ban

إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

"Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." [Riwayat Ibnu Majah]

Mari teman, kita hidupkan iman dan amal kita.. Jangan lepaskan peluang ini. Mudah-mudahan kita mendapat redha-Nya.

Aamin Ya Rab.

petikan dari Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Isnin, 2 Julai 2012

Ihya Syaaban/Kulliyah Taffaqquh Fiddeen

Tarikh: 10 Rejab 1433 / 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: PASTI As Salam,Dusun Haji Tambi,Kampung Ayer Panas
Penyampai: Al Fadil Tuan Guru Haji Mohd Salleh B Hamzah (Pondok Kemengkang)

Sabtu, 9 Jun 2012

PASTI As-Salam: Lawatan Ke Zoo Melaka

Tarikh:5 Rejab 1433 bersamaan 26 Mei 2012
Berkumpul di PASTI As Salam seawal jam 8.30 pagi seramai 52 orang semuanya terdiri daripada pelajar PASTI As Salam,guru, AJK PASTI As Salam ibubapa dan keluarga murid,Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tahunan ini terutama kepada Tuan Haji Rashid yang telah menyumbangkan loudhealier kepada PASTI As Salam....



Koleksi gambar2 sekitar lawatan ini,
boleh layari Facebook PASTI As-Salam.

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

3 buah sekolah bertuah di DUN Bemban akan menerima kek ini sebagai tanda terima kasih kami atas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Guru-Guru




 
PERUTUSAN HARI GURU 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."


Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.


Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”

Sekian Wassalam

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 9 April 2012

USRAH BULANAN MTD N24 BEMBAN @ UPU TEHEL

Alhamdulilah wa syukurilla .... pada 7hb April 2012 yang lalu PAS Cawangan Tehel telah menjadi tuan rumah usrah bulanan MTD Bemban. Ini kali pertama usrah bulanan MTD Bemban dapat dilaksanakan di Markas PAS Tehel yang baru. Berkat kerjasama dan dokongan bersama , majlis telah dapat dijalankan dengan lancar . Kehadiran ahli dan sahabat-sahabat perjuangan dari cawangan-cawangan lain menjadikan pertemuan kali ini amat bermakna. Usrah dengan menggunakan kemudahan ICT didalam mengupas isu-isu semasa untuk difikir-fikirkan bersama menampilkan kelainan dalam bentuk menyampaikan dakwah kepada para ahli dan petugas bagi menghadapi "Peperangan" dalam tempoh yang terdekat.Mudah-mudahan pertemuan singkat ini akan menyuntik semangat perjuangan yang kental bagi meruntuhkan tembok kemenangan UBN dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru dibawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang lebih berintegriti dan berwibawa .... Apa-apa pun jom kita layannnnnnnnn


Majlis dimulakan dengan laungan azan oleh bakal pewaris perjuangan adik Abdul Jalil B Jumary untuk Solat Maghrib berjemaah
Pengerusi PAS Tehel Tuan Haji Hamid Kamat sedang membuka bicara ...


Antara ahli yang istiqamah dalam perjuangan ..

Muafakat yang insyallah akan membawa kemenangan ..

Pengerusi MTD Ustaz Jumary Al Hafiz sedang memulakan usrah ..

Fokus terhadap isu yang dikupas ..

UMNO memang banyak jasanya pada negara ?

Ini usaha yang telah dilakukan .... pendokong UBN masih tidak mahu akui bahawa parti merekalah yang menjadi punca ..


Ada makna yang tersirat ..

Banyak sungguh jasa UMNO ?

Penyerahan dokumen Jasa-jasa UMNO pada negara ?

Penyerahan sumbangan untuk diagihkan kepada yang layak dibantu bagi PAS Cawangan Tehel

Sicomelku pun turut bersama ...





Terima kasih daun keladi kepada semua yang telah menjayakan usrah kali ini . Muga isu yang dikupas akan memberikan input yang terbaik bagi membolehkan maklumat dapat disampaikan keseluruh masyarakat dengan mesej yang cukup jelas .... CUKUPLAH peluang yang telah kami berikan selama 54 tahun kepada UBN .Pakatan Rakyat akan jadikan Melaka amnya dan Malaysia khasnya sebuah negara yang lebih baik untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA selepas PRU 13 nanti ....Insyallah.
Sekalung Tahniah buat warga PAS Cawangan@UPU Tehel..insyallah bulan hadapan kita bertemu di UPU yang lain pula
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR!
 Dipetik dari http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/usrah-bersama-pimpinan-tehel.html

Ahad, 26 Februari 2012

SEDEKAD PAS CAWANGAN AYER PANAS
























Khamis, 23 Februari 2012

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN AIR PANAS KALI KE-10


Tentatif majlis mesyuarat
            7.00 petang      - pedaftaran
                                    - solat maghrib berjamaah
                                    - kuliah Maghrib
(Kuliah Maghrib akan disampaikan olehTuan Guru Ustaz Haji Mohd Salleh b Hamzah-Mudir Sekolah Pondok Kampung Kemengkang)

                                    - majlis penyerahan borang ahli baru
                                    - solat Isya’ berjamaah
                                    - Jamuan
                                    - Mesyuarat Agung Kali ke 10 PAS Cawangan Ayer Panas bermula

Isnin, 16 Januari 2012

Guru PASTI Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia, 5 Cedera

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia

GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang.

Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi.

Guru berdedikasi

Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha.

Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi.

"Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara.

Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok. -hd

Rabu, 28 Disember 2011

Bengkel Bahasa Arab

Satu bangkel Bahasa Arab akan dianjurkan oleh PASTI As Salam Ayer Panas pada ketetapan berikut:-
Tarikh:29/12/2011(Khamis)
Masa:3.00 Petang
Tempat:PASTI As Salam Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas,Bemban Melaka
Peserta:Guru PASTI As Salam diwajibkan dan guru-guru PASTI sekitar dialu-alukan
Maklumat lanjut sila hubungi admin

Khamis, 8 Disember 2011

PENGUMUMAN

Program  Sempena Cuti Persekolahan 2011 anjuran PAS Cawangan Ayer Panas @PASTI As Salam di teruskan walaupun Program sebelum ini di rumah ustaz Jumary ditangguhkan kerana  beliau bercuti balik kampung selama 2 minggu.http://mtdn24bemban.blogspot.com/2011/11/program-cuti-sekolah.html

Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak yang terlibat progam diteruskan seperti butiran di bawah:
Tarikh:Bermula 12 Disember 2011
Masa:8.30 pagi - 11.30 pagi (Isnin hingga Jumaat)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Tuan Haji Tambi,Kampung Ayer Panas,Bemban Melaka
Peserta:Murid sekolah rendah dan menengah
Pembimbing:Ustaz Ahmad Samsol B Selamat(Mari Mengaji) dan Ustaz Daud B Haji Dalib(Fardu Ain dan Bahasa Arab)
Pendaftaran di buka sekarang,memandangkan tempat adalah terhad maka siapa dulu mendaftar akan di utamakan

Berikutan dengan itu maka program yang tertera di bawah ini ditangguhkan dahulu

KULIAH KITAB SABILAL MUHTADIN
Tarikh dan Masa: Isnin hingga Khamis(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka
TADARUS AL QURAN MUSLIMAT
Tarikh dan Masa: Jumaat(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka kepada muslimat
TADARUS AL QURAN MUSLIMIN
Tarikh dan Masa: Ahad(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka kepada muslimin
KULIAH KITAB AQIDAH MUSLIMIN DAN HADIS
Tarikh dan Masa: Setiap Jumaat(selepas Maghrib)
Tempat:Surau Taman Bemban Utama
Peserta:Terbuka
KULIAH MAGHRIB
Tarikh dan Masa: Setiap Selasa(selepas Maghrib)
Tempat:Surau Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka

Terimakasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini,terutama kepada Ustaz Jumary yang akan bercuti balik kampung di doakan selamat dalam perjalanan pergi dan balik kami semua doakan,semuga semua amal baik ini diredhai Allah jua.

Sabtu, 3 Disember 2011

KELAB GREENBOC: Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300...

KELAB GREENBOC: Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300...: S eberang Jaya: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM...

Ahad, 27 November 2011

SAMBUTAN HIJRATULRASUL 1433 HIJRAH

Tarikh:30 Zulhijjah 1432 / 27 November 2011
Masa:Sabtu jam 6.00 petang
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Tentatif:Jam 6.00 petang bacaan Yasin dan Al Maathurat,doa akhir tahun,Iftar Jamae,solat Maghrib, solat hajat doa awal tahun ,Jamuan,Solat Isya dan Tazkirah
 Doa Awal dan Akhir Tahun
Awal tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"
Akhir tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Khamis, 24 November 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Muslimin Muslimat Dijemput Menghadiri Program Anjuran Pas Cawangan Ayer Panas @ Pasti As Salam Kampung Ayer Panas Sempena Cuti Persekolahan 2011

KELAS ALQURAN
Tarikh dan Masa: Isnin hingga Jumaat(8.30 pagi hingga 11.00 pagi)
Tempat:Rumah Ustaz Jumary Jaffar,Kampung Kesang Luar,Simpang Ayer Panas
Peserta:Murid sekolah rendah dan menengah sahaja

KULIAH KITAB SABILAL MUHTADIN
Tarikh dan Masa: Isnin hingga Khamis(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka

TADARUS AL QURAN MUSLIMAT
Tarikh dan Masa: Jumaat(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka kepada muslimat

TADARUS AL QURAN MUSLIMIN
Tarikh dan Masa: Ahad(3.00 petang  hingga Asar)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka kepada muslimin

KULIAH KITAB AQIDAH MUSLIMIN DAN HADIS
Tarikh dan Masa: Setiap Jumaat(selepas Maghrib)
Tempat:Surau Taman Bemban Utama
Peserta:Terbuka

KULIAH MAGHRIB
Tarikh dan Masa: Setiap Selasa(selepas Maghrib)
Tempat:Surau Kampung Ayer Panas
Peserta:Terbuka

SAMBUTAN HIJRATULRASUL 1433 HIJRAH
Tarikh dan Masa: 30 Zulhijjah 1432 / 27 November 2011(Sabtu jam 6.00 petang)
Tempat:Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Tentatif:Jam 6.00 petang bacaan Yasin dan tahlil,doa akhir tahun,doa awal tahun ,Iftar Jamae,solat Maghrib,Jamuan,Solat Isya dan Tazkirah
MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

Khamis, 3 November 2011

MAJLIS KORBAN BERJAMAAH PAS CAWANGAN AIR PANAS @PASTI AS SALAM dan Ihtifal Graduasi Kali Ke 4 PASTI As Salam

MAJLIS KORBAN BERJAMAAH PAS CAWANGAN AIR PANAS @PASTI AS SALAM

Tarikh              : 10 Zulhijjah 1432 / 6 November 2011
Masa                : 9.30 pagi
Hari                 : Ahad
Tempat            : Dusun Hj Tambi Taib,Kampung Ayer Panas

Jumlah Korban: 3ekor Lembu dan 4 ekor kambing
KUMPULAN 1
USTAZ JUMARY B HJ JAFFAR
PUAN HAJAH HABIBAH BT HAJI TAMBI / allahyarham Siti Bt Md Deros
SANIMAH@LEHA BT SALIM / allahyarham SALIM B MAHAT
PUAN DARMAWATI BT HAJI ALIAS
TN HAJI AHMAD B SARIP
EN SYED AHMAD SAIBANI
EN ZULKEFLI B HJ APIT


KUMPULAN2
EN FADIL NOOR B HJ ALIAS
MUHAMMAD SYAKIR B ANUAR(AQIQAH)
NURHAMIZAH BT ANUAR (AQIQAH)
EN AHMAD  B ABDULLAH
CIKGU MAZLAN B MAADOM
EN AMIR B HJ ALIAS
EN AZAHARI B HJ ALIAS


KUMPULAN 3
NUR SAYYYIDAH SYAFIAH BT ABD SAMAD
CIK MAISARAH BT HJ ALIAS
TENGKU FARAH NURLIYANA BT TUAN RAZAK
TN HJ MOHAMED B MAJI
PN HJH ASMAH BT ABDUL
PUAN MADINA BT PUTEH
EN MOHD EFFYREE B ABD AZIZ



Ihtifal Graduasi Kali Ke 4 PASTI As Salam
Tarikh              : 16 Zulhijjah 1432 / 12 November 2011(Sabtu)
Masa                : 9.30 pagi- 12.30 tengahari
Tempat                        : Dusun Hj Tambi Taib,Kampung Ayer Panas

         Tentatif Program
    • 9.15 pagi ketibaan para ibubapa/penjaga dan para jemputan
    • perarakan masuk ke dewan para graduasi PASTI As Salam kali Ke 4 2011
    • bacaan Al Quran
    • aluan Pengerusi Majlis
    • Ucapan Pengerusi PASTI As Salam- Ustaz Jumari B Hj Jaffar
    • Ucapan Perasmian – Penyelaras PASTI Kawasan Jasin(Ustaz Mohd Hatta B Hj Abu Bakar)
    • Acara persembahan murid PASTI As Salam
    • Penyampaian sijil dan hadiah kepada murid PASTI As Salam
    • Penyampaian cenderahati kepada perasmi
    • Doa penutup majlis, jamuan dan bersurai
       Semuga dengan kehadiran tuan dan keluarga agar dapat memeriahkan lagi majlis tersebut nanti.

Terima kasih.