Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 11 Oktober 2008

Catitaan Hari Raya assalam08

Selamat Hari Raya aidilfitri buat semua teman seperjuangan. lama betul bercuti dari berposting.Dalam kesibukan penghujung Ramadhan seterusnya menyambut syawal rasanya baru hari ini berpeluang membuat catitan.
Insyallah ana akan memasukan semua gambar aktiviti mtdn24,pas air panas,pasti assalam juga hari raya didalam picasa album assalam sebagai pengganti catitan sepanjang bercuti panjang ini..
wasssalam.. semuga berjumpa lagi

Khamis, 2 Oktober 2008

Isnin, 29 September 2008

Testing Gambo

Selasa, 23 September 2008

MAJLIS PENGAGIHAN KUTIPAN INFAK RAMADHAN PAS AIR PANAS

SENARAI PENERIMA
1. AMIL
2. PAS CAWANGAN AIR PANAS
3. PASTI ASSALAM
4. GURU PASTI/
5. PEMBANTU PASTI
6. PELAJAR SALIHIN ABDOLLAH
7. PELAJAR MOHD OMAR REDZUAN
8. PELAJAR HUZAIFAH RADZUAN
9. PELAJAR ATIKAH RADZUAN
AIR PANAS
10. ABDOLAH B MOHD
11. SAMIDAH MD KATAS
12. HJH CHE YAH DALIB
13. MARIA SAMAD
14. SALMAH LATIP
15. SANI ABDUL
16. BEDAH ABDUL
17. SALBIAH CHEMEK
18. HJH JOYAH
19. MON
ULU DUYONG
20. JAHARA
21. MAIMUNAH MD YATIM
22. SITI KAK LONG
23. SEMAN MOHD
24. NORSIAH
25. NENEK NOYAH
26. NENEK SENAH
27. NENEK TEMAH
28. AMALAH BUJANG
BEMBAN JAYA
29. JEFRI
30. ROS
31. AMALAH SABRI
32. HUSIN
ASAM KUMBANG/ BT 12/ BEMBAN BARU/ LUBUK KASAR
33. ROS MD TAN
34. ROKIAH MD TAN
35. MAZNAH MD TAN
36. JENAH MD TAN
37. FAUZI IBRAHIM
38. MARIA MOHD
39. MINAH JANTAN
31. ZAINON EMPA
33. TENGAH
34. BIBI
35. INDIA MUSLIM JAMAL
40. MUAALAF CINA
41. ANAK KASIM BERUANG
42. IPAR MAN BESI

Jumaat, 19 September 2008

DOA UNTUK SAHABAT


KHAS UTK SAHABAT KU

DOA UNTUK SAHABAT….

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya,terangilah hatinya
dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik
hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki, rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN

Khamis, 18 September 2008

Malam Lailatul Qadar - Marilah kita sama-sama berusaha mendapatkannya


Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun

Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)

Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'

Membaca Al-Quran

Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Berdoa dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"

Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.


Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Isnin
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Khamis
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Sabtu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan

dipetik dari email yang dihantar oleh ecam76.... jazakaullah

Isnin, 15 September 2008

Iftar Jamae MTD n24






Tarikh : 15 Ramadhan 1429 / 15 September 2008
Tempat : UPU Air Baruk ( Rumah Sdr Zahari sebelah Petronas Jasin)
Masa : Mula dari Iftar hingga terawih
Majlis ini juga bagi menyampaikan sumbangan Tabung Dana Pendidikan MTD N24 kepada anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke timur Tengah


__________________________________________________________________________________
Surat kepada anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran ke Al Azhar Universiti
Pengerusi Dan AhliJawatanKuasa
Majlis Tindakan Dun N24 Bemban

Kepada,
Mohd Irsyad Bin Zainal Abidin,Mohd Akmal Bin Zainal Abidin dan Zakiatun Nazneen Bt Abdul Hannan
UPU Air Baruk

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN MELANJUTKAN PELAJARAAN

Pekara di atas adalah dirujuk

2. Bersama ini disertakan wang tunai sebanyak RM 600.00 (RM Enam Ratus Saja) bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar kelak.

3. Kami warga Majlis Tindakan DUN N24 Bemban mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, berbesar hati dan berbangga di atas kejayaan anak-anak di kalangan warga kami melanjutkan pelajaran samaada di dalam ataupun luar negeri

4. Sebagai satu jamaah kami berjaya menubuhkan satu tabung yang dinamakan Tabung Dana Pendidikan MTD N24 bertujuan membantu anak-anak ahli terutamanya bagi mengurangkan sedikit bebanan .

Semuga usaha yang tak seberapa ini akan menjadi saksi disisi Allah kelak.Doa kami agar anak-anak ini berjaya dalam pelajaran dan akan menyambung usaha memperjuangkan agama Allah walaupun dimana berada. Amin

Wassalam dari kami warga MTD N24

MTD N24 boleh dihubungi
Tel:065216981/0196645105
Faks:065216981
Email:
assalam08@gmail.com
pas_airpanas@yahoo.com.my
http://mtdn24bemban.blogspot.com

Sabtu, 13 September 2008

PROGRAM PAS CAWANGAN AIR PANAS SEPANJANG RAMADHAN 1429

Iftar Jama’e
Seperti tahun terdahulu program ini akan diteruskan mengikut jadual. Program akan di buat seminggu sekali iaitu setiap Isnin menggantikan Usrah.Program bermula dari Iftar berjamaah hingga Terawih berjamaah

Tarikh (jumaat) Masa Tempat Catitan
5 Ramadham1429 (5/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Lubuk Kasar Rumah Hjh Azizah
12 Ramadham1429 (12/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Bemban Jaya Rumah Mohd Aman
15 Ramadham1429 (15/9/08) Mula dr iftar UPU Air Baruk Program MTD
19 Ramadham1429 (19/08) Mula dr iftar Lokaliti Ulu Duyung Rumah Abas Samat
26 Ramadham1429 (26/9/08) Mula dr iftar PASTI ASSAlam Khatam AlQuran

3. Khatam AlQuran
Majlis Khatam Al Quran dicadangkan seperti jadual diatas.Ahli – ahli telah diberikan tugasan membaca juz –juz yang telah di tetapkan. Ini bagi memastikan penglibatan seberapa banyak ahli yang dapat memberikan komitmen.Walaubagaimanapun bagi meneruskan tadarus di surau, markasdan rumah masing ahli digalakan mengkhatamkan sekurangnya sekali bagi menyahut apa yang telah diputuskan semasa muktamar ke 54 yang baru lepas bagi memperkasakan pentarbiyahan

Ahad, 7 September 2008

Doa Yang Afdal Di Bulan Ramadhan

Jumaat, 5 September 2008

Pidato Pakatan Rakyat

Tarikh:30/8/08( 9.00 malam)
Tempat:Kesang Jaya(Rumah Tn Hj Manan)
Yb Syed Mohammad Tuan Lonik(Adun Beserah)
Yb Goh Liang San (Adub Kesidang)
Sdr Samsul Iskandar (AMK)

Selasa, 2 September 2008

HASIL DIDIKAN UMNO...



Apa perasaan anda jika ada antara mereka bersaudara dengan anda? Inilah agaknya punca BN kalah di Permatang Pauh. Mereka dibentuk untuk jadi bakal pemimpin masa depan, tapi lihat jari mereka menunjuk pada punggung rakan lelaki mereka di khalak ramai sementara yang lain tersenyum bangga...!!!
Perbuatan di khalayak ramai (PULUHAN RIBU MENYAKSIKAN) macam ni (depan polis pulak tu!) pun masih boleh dianggap gurau jenaka ke?
Budaya biadab... Hilang akhlaq. Generasi tidak bermoral!

Inilah pencapaian tertinggi BN (UMNO). Selama 10 tahun BN mendidik rakyat dengan kebiadaban. Nilai murni (kasih sayang, hormat menghormati dll) hilang akibat fitnah tahun 1998. Selama 10 tahun rakyat menyaksikan politik jahat dan ganas. 10 tahun rakyat menyaksikan kejahatan, kezaliman... Anwar dipukul dengan tiada belas kasihan, dimalukan tanpa rasa kemanusiaan, dipenjara tanpa keadilan undang2... 10 tahun rakyat menyaksikan ribuan orang dipukul, disepak terajang, diburu, dipancut air kimia, ditembak gas pemedih mata malah ditembak peluru hidup... 10 tahun rakyat menyaksikan ribuan orang ditangkap, digari, dilokap, dibicarakan. ..

Akibatnya? Rakyat hilang akhlaq... hilang adab! Permatang pauh memperlihatkan segalanya. Anak muda tidak hormat orang tua, rakyat tidak hormat pemimpin. Pemimpin dihina, dimaki, diludah ibarat sampah! Najis! Binatang! Jijik!
Salah siapa? PEMIMPIN UMNO (walaupun tidak semua) yang biadab! Hilang Akhlaq! Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud "Rakyat mengikut perangai (din - agama) pemimpin mereka".
Madrasah UMNO telah berjaya melahirkan generasi tidak bermoral ini... GURU BESARnya? MAHADIR muhammad.
10 tahun rakyat menyaksikan filem fitnah jahat "Liwat Azizan". Pengarahnya Mahadir. Skripnya Musa Hasan. Sutradaranya Gani Patail...
10 tahun rakyat hidup dalam permusuhan dan dendam...
Kini muncul pula filem terbaru "Liwat Saiful". Pengarahnya Najib. Skripnya Khairi Jamaludin. Musa Hasan dan gani Patail?

Sudahlah! Cukuplah 10 tahun... Jangan ditambah jadi 20 tahun...Kita sudah kehilangan 1 generasi...
SELAMATKAN MALAYSIA!

Isnin, 1 September 2008

Selamat Tiba Ramadhan

Ramadan menggamit keinsafan, mengisi bekalan iman dan takwa

Bulan retreat, segala perlakuan biasa kita, kita tinggalkan pada genap 30 Sya'aban, melangkah masuk ke hari pertama ramadan dengan program komprehensif, bertubi-tubi.Hari biasa,jadual sarapan, makan tengahari dan malam, kini kita berlapar. Haus.Lintasan fikiran kita terus ke Padang Mahsyar dengan segala kehausan dan kelaparan, lama dan berat. Tidak tertanggung.Bukankah, timbul keinsafan untuk kita menjadi manusia baik yang tidak akan kelak menderita tanpa sesiapa menjenguk menghulur segelas Coca Cola di Perhimpunan Pembalasan yang ngeri itu.

Perut yang kita rajakan selama ini mengempis, membakar lemak-lemak yang telah kita kumpulkan setahun lamanya, lalu tidakkah hati tertumpah kepada para fuqara�, anak-anak yatim dan mereka yang melarat, di mana kelaparan adalah hiasan hidup mereka.Hati kita menjadi lebih syahdu. Keinsanan seorang insan. Dan keihsanan seharusnya segera memancar, lalu anda menjadi pemurah. Bukankah itu selanjutnya menambahkan pertautan kasih sesama insan concern and caring?

Paling tidak, anda hulurkan semangkuk kuah, pada jiran anda, kata Rasulullah.Kita dahulukan dengan sahur. Kita dipaksa, ya, dipaksa 30 hari dalam setahun untuk bangun pada waktu yang sukar, tapi penuh berkat. Waktu Tuhan menjanjikan pengampunan dan kurnia, waktu si mukmin bertekuk ".. pada waktu Sahur, mereka memohon keampunan..." (Surah az Zaariyat, ayat 18).Al-Quran? Ia 'emel Tuhan untuk kita. Tapi kesibukan kita, atau sebenarnya sikap tak endah kita, kita lupa membaca warkah yang mahal itu. Kita, kita gelarkan diri kita para pejuang Islam, juga lupa mentelaahnya..ah? Ramadan merayu kita untuk berfikir semula tentang Quran dan kita.Dalam qiam Tarawih yang indah dan dalam sayup suara di mana-mana, alunan Quran membawa kita membacanya dari lembar ke lembar, sehingga tamat.

Suluhan petunjuknya kita sematkan di dada, kisah dan teladan kita telusuri semula, hikmah dan maknanya, kita studi sekali lagi. Harapan dan suruhannya, kita perkukuhkan azam menghayatinya.Larangannya, kita tidak biarkan ia berlalu tanpa menyentuh hati kita untuk berubah.Bulan ulangkaji. Bulan koreksi diri. Bulan mengisi tangki bekalan iman dan taqwa. Bulan kesabaran. Jika ada yang mengherdik dan menyakiti hati anda, katakanlah pada mereka, "Saya berpuasa. Saya berpuasa. Saya berpuasa."Ia tidak mudah. Tapi kan Ramadan itu meninggalkan yang buruk-buruk di pagar harinya yang pertama.Kata Rasulullah, berapa ramai orang yang berlapar, berdahaga dan berdiri malam, ia hanya sia-sia? Malang sekali. Ini yang seharusnya paling kita takuti. Dalam asyik mengejar ganjarannya, kita terlepas semuanya.Bukankah ini sahaja sudah cukup untuk mentransform individu dan masyarakat Islam seluruhnya melalui Ramadan al-Karim?

Ahli Parlimen, para Menteri dan pembuat dasar, karyawan, pengarang dan penulis, peniaga, pekerja, berpuasa dengan ingatan ini, mana lagi kacau bilau dan hiruk pikuk yang tidak menentu dalam masyarakat Malaysia kita?Munasabahlah, Allah menjanjikan keampunan kepada hamba-Nya yang 'berpuasa' dengan keimanan yang penuh.Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di ramadan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat yang bertakwa, satu masa. Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu.Alangkah bahagianya, sekali lagi Engkau izinkan aku menemui ramadan-Mu yang Pemurah.


Sabtu, 30 Ogos 2008

PROGRAM PAS CAWANGAN AIR PANAS SEPANJANG RAMADHAN 1429

1.Kutipan (Infak Ramadhan)
Penerima(Amil)
1. Razali Baba
2. Mohd Aman
3. Abas Samat
4. Mohd Diah Md Katas

Pembayaran boleh dibuat mulai dari 1 Ramadhan. Ahli PAS Cawangan adalah sasaran .Cadangannya serahan akan dibuat sebelum Syawal

2. Iftar Jama’e
Seperti tahun terdahulu program ini akan diteruskan mengikut jadual. Program akan di buat seminggu sekali iaitu setiap Isnin menggantikan Usrah.Program bermula dari Iftar berjamaah hingga Terawih berjamaah

Tarikh (jumaat) Masa Tempat Catitan
5 Ramadham1429 (5/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Lubuk Kasar Rumah Hjh Azizah
12 Ramadham1429 (12/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Bemban Jaya Rumah Mohd Aman
15 Ramadham1429 (15/9/08) Mula dr iftar UPU Air Baruk Program MTD
19 Ramadham1429 (19/08) Mula dr iftar Lokaliti Ulu Duyung Rumah Abas Samat
26 Ramadham1429 (26/9/08) Mula dr iftar PASTI ASSAlam Khatam AlQuran

3. Khatam AlQuran
Majlis Khatam Al Quran dicadangkan seperti jadual diatas.Ahli – ahli telah diberikan tugasan membaca juz –juz yang telah di tetapkan. Ini bagi memastikan penglibatan seberapa banyak ahli yang dapat memberikan komitmen.Walaubagaimanapun bagi meneruskan tadarus di surau, markasdan rumah masing ahli digalakan mengkhatamkan sekurangnya sekali bagi menyahut apa yang telah diputuskan semasa muktamar ke 54 yang baru lepas bagi memperkasakan pentarbiyahan

4. Penyerahaan Kutipan Zakat
Nama-nama penerima boleh diberikan kepada amil sebagai cadangan. PAS Cawangan akan memutuskan penerima yang layak. Serahan akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan

5 Projek Korban Berkelompok
Program ini akan diteruskan seperti tahun-tahun terdahulu.Alhamdulillah program ini masuk tahun kelima berturut-turut dapat dilaksanakan insyallah. Setakat ini sudah ada 4 penama yang mendaftarkan diri. Yang berminat sila hubungi AJK Cawangan .Kali ini bayaran sebanyak RM 400/sebahagian

Wassalam
SU (PPM/MEL 26/52-7624)
pas_airpanas@yahoo.com.my
assalam08@gmail.com
http:// mtdn24blogspot.com/

Rabu, 27 Ogos 2008

Debaran 16 September semakin kencang

TUMPAT, 27 Ogos (Hrkh) � Biar pun dihujani dengan laporan media yang paling herot dalam sejarah pilihan raya kecil, namun keputusan yang diumum malam tadi membuktikan rakyat tidak sabar lagi menunggu peralihan kuasa kuasa di peringkat persekutuan.

Iklan

Rakyat seperti tidak menghiraukan momokan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan mengakui peralihan kuasa semakin deras berlaku sekarang.

Maka tanggal 16 September ini ditunggu dengan penuh debar. Dato' Seri Anwar Ibrahim mulai esok akan menduduki kerusi pertamanya sebagai Ketua Pembangkang, kemudian beransur mengesot ke Putrajaya.

Bukan lagi sekadar peralihan pimpinan Dato' Seri Najib Razak menggantikan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang semakin lelah untuk terus berpolitik.

Ramai berhujah mengapa Najib menanggung malu teramat sangat dengan kekalahan teruk BN di Permatang Pauh, sedangkan Perdana Menteri dilahirkan tidak jauh dari situ.

Sebaliknya Abdullah terus menyepi biar pun dari awal lagi seperti sudah menduga Umno dan BN semakin diheret ke penghujung usia.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir berkata, biar pun BN dibantu dengan jentera kerajaan, wang ringgit dan media massa, namun rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran mereka.

"Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka dan sudah sampai masanya menggantikan kerajaan yang begitu banyak penyakit sekarang.

"Permulaan hijrah ke arah itu sudah dimulakan rakyat di Permatang Pauh. Keberanian rakyat Kelantan yang merubah arus politik sudah benar-benar menjangkiti rakyat di seluruh negara," katanya di sini.

Malam tadi diumumkan jumlah majoriti yang diraih Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh mengatasi bilangan undi dipunggut calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah yang medapat 15,524 undi.

Perbezaan undi diraih antara Pakatan Rakyat dan BN sebanyak 15,671 undi, suatu angka yang terlalu besar bagi sebuah pilihan raya kecil.

Pada pilihan raya tersebut yang kononnya disifatkan media nasional sebagai paling ganas, Anwar mendapat 31,195 undi.

Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat hanya memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Selasa, 26 Ogos 2008

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa

Kenape le ....... majlis fatwa@zahid hamidi keluar kenyataan Apa-apa hal pun kebenaran telah terbukti dgn kemenanga PKR di Permatang Pauh

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

Isnin, 25 Ogos 2008

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Dipetik dari Harakahdaily

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Iklan

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

ImageBila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

ImageJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

Jumaat, 22 Ogos 2008

Aktiviti MTD Yang Telah Dijalankan

Usrah UPU Air Panas

Tarikh: 19/8/08 (Isnin)
Tempat: Lokaliti Lubuk Kasar(Rumah Hjh Azizah)
Masa: Mula dari Maghrib berjamaah

Kehadiran diwajibkan kepada ahli PAS Air Panas
------------------------------------------------------

Usrah Bulanan MTD N24

Tarikh: 18/8/08 (Isnin)
Tempat: UPU Pondok Kempas(Rumah Hj Md Dan)
Masa: Mula dari Iftar berjamaah(jadi kene le puasa ye)

Kehadiran diwajibkan kepada AJK MTD N24 dan AJK UPU_-UPU
---------------------------------------------------------------

Mesyuarat AJK MTD N24

Tarikh/Masa: 11/8/08 (9.30 malam)
Tempat:Surau Hamas-Lepas Kuliah Ust Jumary
----------------------------------------

Usrah Bulanan MTD N24

Tarikh: 21/7/08 (Isnin)
Tempat: UPU Air Panas(PASTI AsSalam)
Masa: Mula dari Iftar berjamaah(jadi kene le puasa ye)

Kehadiran diwajibkan kepada AJK MTD N24 dan AJK UPU_-UPU
-------------------------------------------

SEHARI BERSAMA YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH, ADUN BUKIT PAYUNG, TERANGGANU

ACARA : KENDURI/MINUM PETANG
TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : UPU KESANG TUA (RUMAH MAK ITAM)
----------------------------------------------

KULIAH MAGHRIB

TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS MARDEC (DURIAN TUNGGAL)
--------------------------------------------

PIDATO RAKYAT

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH , ADUN BUKIT PAYUNG,
YB GOH LIONG SAN,ADUN KESIDANG, MELAKA (DAP)
USTAZ KAMARUDDIN BIN HAJI SIDEK, KETUA PEMUDA PAS MELAKA

TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 9.00 ALAM
TEMPAT : J 4598 PEKAN JASIN,MELAKA(RUMAH SDR ZAHARI BIN HARIS) SEBELAH
PETRONAS STEYSEN
------------------------------------------------

KULIAH SUBUH

TARIKH : 13 JULAI 2008 (AHAD)
MASA : 6.00 PAGI
TEMPAT : SURAU HAMAS, SIMPANG KEMENDORE,JASIN
SEMUA DIJEMPUT HADIR
---------------------------------------------------

USRAH BULANAN N24

Tarikh: 23/6/08(ISNIN)
Masa:Mula dari Iftar Jamaie
Tempat:UPU Tehel-Lokaliti Serompong(Rumah En Halim Said)

AJK N24 dan AJK UPU diwajibkan hadir

Testing Gambar




Khamis, 14 Ogos 2008

Catatan As-Salam

Alhamdulillah tanpa disangka nampaknya tahun ini Assalam08 akan mengikuti muktamar dengan mengikuti rombongan yang dianjurkan PASTI Nurul Iman.Kami akan bertolak selepas Jumaat seperti dirancangkan.Nampaknya beberapa pekara terdahulu yang dirancang terpaksa dipinda .Program ceramah pakatan Rakyat bersama YB Adun Beserah akan dibuat pada 30/10/08 nampaknya akan disusun selepas balik nanti.

Hari Jumaat lepas Nazir PASTI melawat PASTI AsSalam... berapa le markah kami dapat ye.

Selamat Hari Jadi Buat SAS ..Kawan-kawan .Abi Umi angah Oya Along Jalil... seronoknya makan kek Coklat umi buat..Ummmm marvelous.Terimakasih pada Zali yang sanggup mengantikan tugas n tak lupa selamat bertunang buat Zali.

Selasa, 12 Ogos 2008

Remaja Perlukan Bekalan Akhirat - Ustaz Zainudin Hashim

PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60 tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga 20-an.

Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan sebagainya.

Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah tua barulah bertaubat.

Media kini sudah melampau

Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat) , yang bongkok, yang terlantar di hospital.

Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah negara yang mengamalkan Islam.

Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam Pluralismekah?

Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada semua bohong belaka.

Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.

Konsep hiburan yang mengelirukan

Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti 'Akademi Nasyid'. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya�, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.

Peserta perempuannya pula 'bertabarruj' atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi 'Akademi Fantasia' yang sudah masuk musim keenam 'jahanam', atau ada perkara yang tersirat.

Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah golongan remaja adalah sasaran tepatnya.

Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin akan jadi 'back fire' kepada penganjur dan institusi agama dalam negara di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan 'mati'.

Remaja perlu mengingatkan diri

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum) dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri kejahatan."

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja. Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain perkataan tidak mahu 'enjoy' pada usia demikian.

Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah 'Ashaabul Kahfi' dan 'Ar-Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:

1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga berlakunya hari Kiamat