Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 14 Oktober 2008

Majlis Khatam AlQuran,Iftar ,terawih danTazkirahBersama Pengarah PASTI Pusat






 
Posted by Picasa


Tarikh:26 Ramadhan 1429/26 September 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : PASTI AsSalam/PAS Cawangan Air Panas

Alhamdulillah PAS Air Panas dapat menjayakan beberapa iftar sebagai penganti usrah pada Ramadhan kali ini. Hari ini sebagai penutup tirai program Ramadhan PASTI AsSalam/PAS Air Panas menganjurkan majlis khatam alquran bermula dari jam 6.00 lagi ibubapa PASTI AsSalam telah sampai.Majlis Khatam AlQuran kali ini agak istemewa kerana boleh dikatakan semua ahli PAS Air Panas melibatkan diri. Sebelum itu pada jam 3.00 petang selepas solat Jumaat majlis penyerahan agihan Infak Ramadhan yang telah dikumpulkan kurang lebih RM 2K diagihkan kepada 42 orang penerima terdiri daripada amalah, anak yatim,orang sakit.Penerima terdiri daripada penduduk sekitar iaitu lokaliti Air Panas seramai 10 orang, lokaliti Ulu Duyung 15orang, lokaliti Bemban Jaya 6 orang, lokaliti asam kumbang,Lubuk Kasar, Bt 12 seramai 13 orang. Pada kali ini agihan juga diberikan kepada PASTI AsSalam, PAS Air PAnas, Guru Dan Pembantu PASTI AsSalam juga kepada 3 orang Amil.
Selepas majlis khatam alQuran yang dipimpin oleh Ustaz Jumary alHafiz selesai kami terus iftar berjamaah duikuti dengan solat maghrib berjamaah, jamuan, solat Isyak, tazkirah oleh Utz Jumary dan PEngarah Pasti Cikgu Azrin Abd Majid. Selepas Tazkirah majlis menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Pasti AsSalam.