Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 8 Mac 2010

Akauntabiliti seorang pemimpin




Menjadi pemimpin bukan suatu kerja mudah. Peranan pemimpin untuk membawa perubahan organisasi atau pengikut ke arah kebaikan menjadi akauntabiliti kepada pemimpin itu dan harapan besar semua pengikutnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap orang daripada kamu adalah menjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ensiklopedia Britannica menyifatkan Nabi Muhammad yang juga digelar al-Amin sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis terkenal British, George Bernard Show menyatakan, “jika Nabi Muhammad masih hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun dunia hari ini.”

Pada prinsipnya, al-Amin bermaksud pengamal akauntabiliti yang dipercayai dan memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat. Corak kepimpinan Rasulullah SAW diteruskan para sahabat, yang juga menunjukkan kepimpinan cemerlang. Contohnya Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar membuat ucapan hampir sama ketika dipilih sebagai khalifah.

Antara ucapan mereka, “Jika saya benar, maka ikutilah saya dan jika saya menyeleweng, maka perbetulkan saya bagi mementukan urus tadbir Negara tidak tersesat dan bersedia meletakkan jawatan jika gagal memenuhi akauntabiliti.”

Renung-renungkan!