Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 25 Mei 2011

Turun Padang,Kuliah Maghrib , Dailog dan Taklimat PAS Kaw Jasin Dengan MTD Bemban

Tarikh:25/5/2011(Rabu)
Masa:5.00 Petang agihan sumbangan kepada UPU Kesang Tua Dan Air Panas


Sebelum itu kami menunggu di surau simpang Air Panas,Su,NYDP dan kami semua seraimai 9 orang bergerak ke rumah Penerima dari UPU Kesang Tua yang baru saja suaminya kembali kerahmatullah
Penerima kedua pula dari UPU Air Panas di lokaliti Kg ULU Duyong seorang amalah yang juga penerima bantuan dari MAIM melalui kaunter zakat,beliau tinggal seorang dirumah yg uzur setelah anak tunggalnya mengikut suami.

Selepas saja menyampaikan 2 sumbangan sempena turun padang PAS Kawasan Jasin Ke MTD N24 Bemban rombongan MTD N24 Bemban yang disertai oleh Pengerusi,SU,K Penerangan Dan beberapa orang AJK mengiringi YDP PAS Kawasan Jasin yang baru iaitu Utz Kamaruddin b Sidek serta rombonganya iaitu NYDP Cikgu Azrin dan SU Utz Hazali kami singgah pula di UPU Seri Bemban lokaliti Kg Lubuk Kasar bagi meraikan YDP dan rombongan diwarung kopi kepunyaan Ketua muslimat PAS Cawangan Ayer Panas Pn Hjh Azizah bt Mamat







Seusai  Maghrib berjamaah di Surau Nurul Iman yang terletak di UPU Kesang Tua lokaliti Simpang Kemendore kuliah Maghrib disampaikan oleh YDP Ustaz Kamaruddin ,antara yang dapat disebutkan didalam kuliah tersebut berkenaan dengan keikhlasan didalam perjuangan dengan menceritakan kisah perang Badar dan perang Uhud untuk diambil iktibar .Selepas solat Isya dan solat hajat  program sehari Dewan Harian PAS Kawasan Jasin  ke MTD N24 Bemban diteruskan dengan dailog.Alhamdulillah banyak pekara dapat di selesaikan dengan baik apabila sibapa dapat menayakan khabar dan membuka ruang keterbukaan yang sememangnya diharapkan.Semuga dengan permulaan yang baik ini akan menghasilkan kebaikan yang berterusan didalam meharungi mehnah perjuangan ini.
Kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program BESAR ini hanya Allah saja tempat sebaik-baik pembalasan
Terimakasih tidak terhingga kepada saf pimpinan PAS Kawasan Jasin yang sudi menziarahi MTD N24 Bemban dan kepada Semua warga MTD N24 Bemban,UPU Air Kangkung,Pondok Kempas,Kesang Tua,Air Baruk,Taman Maju,Tehel,Bemban,Ayer Panas dan Kesang Jaya yang dapat hadir sekali lagi terimakasih