Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 16 Jun 2008

N24 sana /sini

BERSAMA AL FADIL DATO'TUAN IBRAHIM TUAN MAN 14/6/08 (SABTU)

Solat Asar bersama Tuan di surau Hj Md Yasin Bemban dan terus ke kenduri/HiTea di Lubuk Kasar rumah hj Apit/Hjh Azizah. Alhamdulillah orang India dah ada menunggu menyambut Tuan.Selepas tahlil Tuan memberikan tazkirah ringkas menyentuh juga kenaikan harga minyak dimana beliau baru balik dari Saudi mengerjakan umrah.Beliau hairan mengapa Saudi boleh menurunkan harga minyak sedangkan Malaysia yang juga merupakan antara pengeluar minyak tetapi terus menindas rakya dengan kenaikan ini.

Seterusnya selepas jamuan dan beramah mesra dengan hadirin beliau bergerak ke Surau Nurul Iman untuk kuliah Maghrib.Selepas Isyak Tuan terus ke Markas Air Merbau/rumah cikgu Aris untuk berceramah bersama YB Goh Liong San ADUN Kesidang.Alhamdulillah malam itu juga MTD N24 melancarkan Tabung Dana Pendidikan N24.Tujuan tabung ini adalah untuk memberikan sumbangan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran samada dalam @luar negeri.N24 buat permulaan mensasarkan kepada anak-anak ahli yang pada masa ina ada 3 orang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah dan 1 di IPTA.

Hajah Aminah dipilih tokoh Muslimat Melaka 200

Hajah Aminah binti Md Saad, 73 tahun dari Batu 21, Kesang Tua, Jasin dipilih sebagai Tokoh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Beliau yang mempunyai 13 orang anak dan 18 orang cucu dipilih berdasarkan kegigihannya berjuang bersama PAS sejak 38 tahun lalu. Sebahagian besar anak-anak dan menantu-menantunya juga bersama-sama beliau berjuang bersama-sama PAS.

Jawatan terakhir di dalam PAS ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin tahun 2006. Namun sehingga kini beliau masih aktif bersama-sama PAS di peringkat cawangan dan kempen-kempen pilihanraya.

Suaminya Allahyarham Md Daud Suboh pernah bertanding sebagai Calon PAS di Kawasan Selandar pada tahun 90-an dahulu. Selain itu anak lelakinya Ahmad Shahrum Md Daud merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan 3 orang menantunya merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat.MTD N24 Bemban mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada LONG MIE pangilan mesra kami kepada beliau dan anak-anak.N24 berbangga kerana seorang tokoh muslimat dapat dilahirkan diN24 dimana beliau yang tinggal di UPU03 Kesang Tua lokaliti 004 Kesang Tua Semuga ini akan memberi motivasi kepada muslimat lain insyallah.