Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 30 Disember 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430

Ahad, 28 Disember 2008

HARI PENDAFTARAAN PASTI ASSALAM

TARIKH : 28/12/08
MASA : 3.00PETANG
TEMPAT : PASTI ASSALAM

ALHAMDULILLAH MASUK TAHUN KE DUA PASTI ASSALAM ,AIR PANAS
SELAMAT DATANG,AHLAN WAHSAHLAN WAMARHABANMIMKUM KEPADA SEMUA PELAJAR

Jumaat, 12 Disember 2008

TAMRIN 2008 MTD N24 BEMBAN

HARAP MAKLUM KEPADA SEMUA AJK DAN UPU-UPU, PROGRAM TAMRIN (21/12/08)YANG TELAH DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT 10/12/08 YANG LEPAS TERPAKSA DITANGGUHKAN KEPADA SUATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN SEMULA .HARAP PEKARA INI DAPAT DIPANJANGKAN KEPADA RAKAN-RAKAN. WASSALAM

Selasa, 9 Disember 2008

KORBAN BERJAMAAH PAS AIR PANAS / PASTI ASSALAM

Tarikh:8 Disember 2008
Masa:9.00 pagi
Tempat:Balai Islam Air Panas / Pasti AsSalam Air Panas
KORBAN BERJAMAAH 1429 PAS AIR PANAS/PASTI ASSALAM

Jumaat, 5 Disember 2008

Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng




GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
Turut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau. - mks._

Rabu, 26 November 2008

BENGKEL SMART SOLAT 2008 MTD N24 BEMBAN

















TARIKH:24/11/2008
MASA:7.30 PAGI-2.00 PETANG
TEMPAT:SURAU NURUL IMAN
TERIMAKASIH TAK TERHINGGA KEPADA PESERTA SERAMAI 52 ORANG TERDIRI DARIPADA MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.UPU-UPU YANG MENGHANTAR PESERTA IALAH UPU PONDOK KEMPAS,UPU KESANG TUA, UPU AIR BARUK,UPU TEHEL,UPU AIR PANAS,UPU KESANG JAYA DAN JUGA BEBERAPA PERSETA YANG LUAR DRP MTD N24 JUGA HADIR SAMA.
SEKALUNG TAHNIAH KEPADA AJK PROGRAM DAN FESILITATOR YANG MENGORBANKAN MASA, TENAGA JUGA WANG RINGGIT SEMUGA ALLAH SAJALAH YANG MEMBALASNYA

Konvesyen Tarbiyah PAS Melaka







Tarikh:23 November 2008
Masa:9.00- 2.00 petang
Tempat:Madrasah An Nuriah Sungai Udang,Melaka
Pengisian
Ucapan Pj Utz Ghani Abd Rahman
Pbtgn Kertas Kerja 1:PEMERKASAAN WASILAH TARBIYAH OlehY Bbhgia Utz Nasha- Tim Presiden PAS
Pbtgn Kertas Kerja 2: KEGEMILANGAN TARBIYYAH PAS REALITI DAN HARAPAN Oleh Y Berhormat Dt Tuan Guru Hj Hadi Awang- presiden PAS
Wakil PAS Air Panas
1.Utz Jumary 2.Abas 3.Hj Ahmad Sarip 4.Razali 5.Mohd Diah 6.Darmawati 7.Amira

Sabtu, 15 November 2008

KORBAN BERJAMAAH PAS AIRPANAS/PASTI ASSALAM

Alhamdulillah masuk tahun ini telah lima kali berturut-turut PAS Air Panas melaksanakan korban berjamaah.Pada tahun ini nampaknya setakat berita ini ditulis sudah ada 3 ekor lembu yang akan di korbankan nanti
Kumpulan 1
1.Ustaz Jumary B.Jaffar
2.Darmawati Bt Alias
3.Zulkifli B Hj Apit
4.Mohd Diah B Md Katas
5.Hjh Azizah Bt Mamat
6.Mohd Waliyuddin B Azaman
7.Ibrahim
Kumpulan 2
1.Hj Ahmad Sarip
2.Normah Bt Jeni
3.Mariam bt Salim
4.Jannas
5.Jannas
6.Abdullah B Ahmad
7.Mazlan B Maadom
Kumpulan 3
1.Al Qais B Alias
2.Fadzil Nor B Alias
3.Amir B Alias
4.Salmah Bt Latif
5.Bek joyah
Berita selanjutnya akan menyusul

Rabu, 12 November 2008

USRAH BULANAN MTD N24


TARIKH:17/11/08
TEMPAT:UPU KESANG TUA(SURAU NURUL IMAN)
MASA: MULA DARI IFTAR BERJAMAAH
Alhamdulillah dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian MTD n24 Bemban masih istiqamah didalam melaksanakan pentarbiyahaan kepada ahli di dalam menyahut seruan memperkasakan Pentarbiyahan.
Oleh itu besarlah harapan agar usrah Gabungan antara UPU-UPU yang ada didalam mtd n24 ini dapat menjadi pemangkin kepada segala gerakkerja disetiap UPU-UPU.
Disini suka juga dimaklumkan program MARI MENGAJI yang di buat setiap Isnin oleh UPU air panas dipinda sekali lagi bagi memberi laluan kepada usrah MTDn24,Insyallah MARI MENGAJI aKAN disambung semula minggu berikutnya di PASTI AsSalam mula dari maghrib berjamaah. Oleh itu janganlah malu-malu menghadirkan diri anda bagi memperbaiki bacaan AlQuran. Mari mengaji dibahagi kepada 3 bahagian iaitu murid baca guru mendengar dan memperbetulkan@menegur ,ikut guru baca dan belajar hukum tajwid.Dipendekan cerita datang dulu baru tahu....
assalam08 mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang melayari blog lama yang dah lama tak diposting. assalam08 ada 3 akaun blog iaitu mtdn24bembanblogspot yang aktif buat masa ini, blog yang tak aktif tu ialah majlistindakandunn24bemban dan satu lagi minit mesyuarat dimana sahabat-sahabat boleh membuka dengan memasukan katalaluan yang ada pada saya.ok jumpa lagi lain kali Wassalam

Selasa, 4 November 2008

HARI IHTIFAL PASTI ASSALAM

















Hari Penyampaian Hadiah Akademik, Hari Keluarga dan Sukanneka PASTI AsSalam
Tarikh:11 Zulkaedah 1429/9 November 2008
Tempat: Pantai Puteri
Masa:9.00 pagi – 3.00 petang
Tentif program
8.00-berkumpul dan bertolak dari PASTI AsSalam
9.00-sampai di Pantai Puteri
-sarapan/taklimat
10.00-sukanneka murid PASTI AsSalam
11.00-sukaneka kanak-kanak
12.00-sukaneka ibupapa,ajk PASTI dan ahli PAS Air Panas
1.00-solat zohor/rehat/makan
2.00-penyampaian hadiah
2.30-dialog ibupapa dengan pengurusan PASTI
3.00-bersurai

3.Penyertaan tuan-tuan adalah sangat diharapkan bagi memeriahkan suasana dan mengembirakan anak-anak kita nanti.

Sekian dan terimakasih
__________________________________________________________________________________
Assalamualaikum wrth
Kepada,
Para Dermawan
Tuan
Sumbangan Hari Penyampaian Hadiah Akademik, Hari Keluarga dan Sukanneka PASTI AsSalam
Pekara di atas adalah di rujuk. Kami pihak pengurusan PASTI sangat-sangat mengalukan apa jua sumbangan bagi kami menjayakan program tersebut

2.Sumbangan boleh diserahkan kepada pihak pengurusan pada hari program tersebut ataupun kepada cikgu Pasti AsSalam ataupun kepada bendahari ataupun melalui akaun Bank Islam Malaysia Jasin no akaun 04-033-02-004243-7 (TETUAN PAS CAWANGAN AIR PANAS)

3.Segala sumbangan tuan kami dahului dengan berbanyak terimakasih dan hanya allah sajalah yang dapat membalasnya.

Ahad, 26 Oktober 2008

SAMBUTAN HARI RAYA 1429 MTD N24 BEMBAN

SUKACITA PENGERUSI DAN AJK MTD N24 BEMBAN MENJEMPUT SAHABAT-SAHABAT KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PEMBUKAAN PUSAT AGENSI HPA (SDR HALIM SAID) PADA 27/10/08 MULAI JAM 2 HINGGA 5 PETANG BERTEMPAT DI JB 7765, JALAN ASIA SELATAN 1A,TAMAN ASIA SELATAN,77200 BEMBAN.
SEMUGA DENGAN KEHADIRAN SAHABAT-SAHABAT MUSLIMIN,MUSLIMAT AKAN MENGUKUHKAN IKATAN PERSAUDARAAN DAN BERTAMBAH CERIA MAJLIS KAMI NANTI

Rabu, 22 Oktober 2008

Mari Mengaji

Alhamdulillah ada hikmahnya jua setiap ketentuan Allah. Disebalik bertukarnya kuliah Ustaz Jumary pada setiap hari Isnin ke kuliah subuh hari Sabtu di Hamas, PAS Cawangan Air Panas mendapat satu lagi peluang menambahkan ilmu untuk ahli-ahli PAS Air Panas khasnya.
Pada Isnin 20/10/08 maka bermulalah kelas mengaji AlQuran yang dipimpin oleh Ustaz Jumary AlHafis bermula dari maghrib berjamaah. Setiap ahli dan penduduk sekitar PASTI AsSalam dialu-alukan menghadirkan diri. Hebahan melalui sms dan jemputan individu telah pun dibuat.Besarlah harapan agar kelas ini akan berterusan dan menjadi pemangkin kepada mengajak ,menambah ilmu dan apa jua kebajikan yang membawa kepada keredahaan allah jua.amin ya rabbalalamin.

Selasa, 14 Oktober 2008

ISU Semasa

alhamdulillah semalam assalam bebuka puasa di hamas kerana hendak mengikuti kuliah ustaz jumary . setiba dihamas azan telah bekumandang menandakan telah masuk waktu berbuka. kami hanya berbuka didalam kereta dengan tamar dan air teh panas yang dibawa. sesudah berbuka kami terus kedewan solat... ooo hari ini utz jumary digantikan dengan ustaz Sufian rupanya.
....hari ini kami beraya di rumah tim peng MTD n24.. baru dapat cerita rupanya utz Junmary telah diTUKARKAN ke kuliah subuh dan kuliahnya hari isnin di gantikan dengan utz sufian.
apa cite sebenarnya ni....
hari itu assalam ada buka jasin daily diruang sembangnya ada guest yang memaki...apa dah jadi ni....
penulis berharap sangat keadaan ini diperbetulkan.

Majlis Khatam AlQuran,Iftar ,terawih danTazkirahBersama Pengarah PASTI Pusat






 
Posted by Picasa


Tarikh:26 Ramadhan 1429/26 September 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : PASTI AsSalam/PAS Cawangan Air Panas

Alhamdulillah PAS Air Panas dapat menjayakan beberapa iftar sebagai penganti usrah pada Ramadhan kali ini. Hari ini sebagai penutup tirai program Ramadhan PASTI AsSalam/PAS Air Panas menganjurkan majlis khatam alquran bermula dari jam 6.00 lagi ibubapa PASTI AsSalam telah sampai.Majlis Khatam AlQuran kali ini agak istemewa kerana boleh dikatakan semua ahli PAS Air Panas melibatkan diri. Sebelum itu pada jam 3.00 petang selepas solat Jumaat majlis penyerahan agihan Infak Ramadhan yang telah dikumpulkan kurang lebih RM 2K diagihkan kepada 42 orang penerima terdiri daripada amalah, anak yatim,orang sakit.Penerima terdiri daripada penduduk sekitar iaitu lokaliti Air Panas seramai 10 orang, lokaliti Ulu Duyung 15orang, lokaliti Bemban Jaya 6 orang, lokaliti asam kumbang,Lubuk Kasar, Bt 12 seramai 13 orang. Pada kali ini agihan juga diberikan kepada PASTI AsSalam, PAS Air PAnas, Guru Dan Pembantu PASTI AsSalam juga kepada 3 orang Amil.
Selepas majlis khatam alQuran yang dipimpin oleh Ustaz Jumary alHafiz selesai kami terus iftar berjamaah duikuti dengan solat maghrib berjamaah, jamuan, solat Isyak, tazkirah oleh Utz Jumary dan PEngarah Pasti Cikgu Azrin Abd Majid. Selepas Tazkirah majlis menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Pasti AsSalam.