Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 26 Oktober 2008

SAMBUTAN HARI RAYA 1429 MTD N24 BEMBAN

SUKACITA PENGERUSI DAN AJK MTD N24 BEMBAN MENJEMPUT SAHABAT-SAHABAT KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN PEMBUKAAN PUSAT AGENSI HPA (SDR HALIM SAID) PADA 27/10/08 MULAI JAM 2 HINGGA 5 PETANG BERTEMPAT DI JB 7765, JALAN ASIA SELATAN 1A,TAMAN ASIA SELATAN,77200 BEMBAN.
SEMUGA DENGAN KEHADIRAN SAHABAT-SAHABAT MUSLIMIN,MUSLIMAT AKAN MENGUKUHKAN IKATAN PERSAUDARAAN DAN BERTAMBAH CERIA MAJLIS KAMI NANTI

Rabu, 22 Oktober 2008

Mari Mengaji

Alhamdulillah ada hikmahnya jua setiap ketentuan Allah. Disebalik bertukarnya kuliah Ustaz Jumary pada setiap hari Isnin ke kuliah subuh hari Sabtu di Hamas, PAS Cawangan Air Panas mendapat satu lagi peluang menambahkan ilmu untuk ahli-ahli PAS Air Panas khasnya.
Pada Isnin 20/10/08 maka bermulalah kelas mengaji AlQuran yang dipimpin oleh Ustaz Jumary AlHafis bermula dari maghrib berjamaah. Setiap ahli dan penduduk sekitar PASTI AsSalam dialu-alukan menghadirkan diri. Hebahan melalui sms dan jemputan individu telah pun dibuat.Besarlah harapan agar kelas ini akan berterusan dan menjadi pemangkin kepada mengajak ,menambah ilmu dan apa jua kebajikan yang membawa kepada keredahaan allah jua.amin ya rabbalalamin.

Selasa, 14 Oktober 2008

ISU Semasa

alhamdulillah semalam assalam bebuka puasa di hamas kerana hendak mengikuti kuliah ustaz jumary . setiba dihamas azan telah bekumandang menandakan telah masuk waktu berbuka. kami hanya berbuka didalam kereta dengan tamar dan air teh panas yang dibawa. sesudah berbuka kami terus kedewan solat... ooo hari ini utz jumary digantikan dengan ustaz Sufian rupanya.
....hari ini kami beraya di rumah tim peng MTD n24.. baru dapat cerita rupanya utz Junmary telah diTUKARKAN ke kuliah subuh dan kuliahnya hari isnin di gantikan dengan utz sufian.
apa cite sebenarnya ni....
hari itu assalam ada buka jasin daily diruang sembangnya ada guest yang memaki...apa dah jadi ni....
penulis berharap sangat keadaan ini diperbetulkan.

Majlis Khatam AlQuran,Iftar ,terawih danTazkirahBersama Pengarah PASTI Pusat






 
Posted by Picasa


Tarikh:26 Ramadhan 1429/26 September 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : PASTI AsSalam/PAS Cawangan Air Panas

Alhamdulillah PAS Air Panas dapat menjayakan beberapa iftar sebagai penganti usrah pada Ramadhan kali ini. Hari ini sebagai penutup tirai program Ramadhan PASTI AsSalam/PAS Air Panas menganjurkan majlis khatam alquran bermula dari jam 6.00 lagi ibubapa PASTI AsSalam telah sampai.Majlis Khatam AlQuran kali ini agak istemewa kerana boleh dikatakan semua ahli PAS Air Panas melibatkan diri. Sebelum itu pada jam 3.00 petang selepas solat Jumaat majlis penyerahan agihan Infak Ramadhan yang telah dikumpulkan kurang lebih RM 2K diagihkan kepada 42 orang penerima terdiri daripada amalah, anak yatim,orang sakit.Penerima terdiri daripada penduduk sekitar iaitu lokaliti Air Panas seramai 10 orang, lokaliti Ulu Duyung 15orang, lokaliti Bemban Jaya 6 orang, lokaliti asam kumbang,Lubuk Kasar, Bt 12 seramai 13 orang. Pada kali ini agihan juga diberikan kepada PASTI AsSalam, PAS Air PAnas, Guru Dan Pembantu PASTI AsSalam juga kepada 3 orang Amil.
Selepas majlis khatam alQuran yang dipimpin oleh Ustaz Jumary alHafiz selesai kami terus iftar berjamaah duikuti dengan solat maghrib berjamaah, jamuan, solat Isyak, tazkirah oleh Utz Jumary dan PEngarah Pasti Cikgu Azrin Abd Majid. Selepas Tazkirah majlis menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar-pelajar Pasti AsSalam.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Catitaan Hari Raya assalam08

Selamat Hari Raya aidilfitri buat semua teman seperjuangan. lama betul bercuti dari berposting.Dalam kesibukan penghujung Ramadhan seterusnya menyambut syawal rasanya baru hari ini berpeluang membuat catitan.
Insyallah ana akan memasukan semua gambar aktiviti mtdn24,pas air panas,pasti assalam juga hari raya didalam picasa album assalam sebagai pengganti catitan sepanjang bercuti panjang ini..
wasssalam.. semuga berjumpa lagi

Khamis, 2 Oktober 2008