Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Ahad, 26 September 2010

Dasar Umno jadikan Melayu, Islam lemah

MARANG, 26 Sept: Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.

"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.

Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.

Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.

Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.

Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.

Jumaat, 24 September 2010

Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.

Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat dan mempunyai niat bersama.

Katanya lagi, tiada keterangan bagi mengenal pasti bahan api serta kesan kerosakan daripada bahan api berkenaan.

Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan tersebut.

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan api yang digunakan ke atas permaidani merah berkenaan adalah bahan petrol.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

Isnin, 20 September 2010

Program Sinar Ramadhan Al Mubarak 1431

Program Sinar Ramadhan Al Mubarak 1431 anjuran PASTI As Salam Cawangan Air Panas
Iftar Jamaie, Majlis Khatam Al Quran dan Tahlil
Tarikh: 25 Ramadhan 1431 bersamaan 4 September 2010 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang hingga terawih berjamaah
Tempat: PASTI As Salam Air Panas, Kampung Air Panas Bemban
Semuga segala amalan kita semua di bulan Ramadhan ini diterima Allah,diampunkan semua dosa, dilepaskan dari azab api neraka dan ditemukan di Syurga Firdaus di akhirat nanti.Insyallah….Amin Ya Robbal Alamin.

Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya'

esatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia berpendapat, agenda agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia tidak ada kena mengena dengan kebebasan media, sebaliknya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing.

Sehubungan itu, Presidennya Hata Wahari berkata, pihaknya menggesa agar pemimpin politik tidak terus menyalahkan akhbar itu, sebaliknya menujukan rungutan serta rasa tidak senang hati mereka kepada Ketua Pengarang Datuk Aziz Ishak secara terus.

"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang Kanan," kata presidennya Hata Wahari.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia."

Hata juga mengihatkan kesan negatif yang melanda Utusan akan menjejaskan kehidupan kira-kira 1,000 pekerja dan ahli keluarga mereka yang bergantung kepada akhbar milik Umno itu.

Dalam kenyataan sulungnya selepas dipilih sebagai presiden yang baru kesatuan itu, Hata juga berkata pertelagahan antara Utusan dengan pemimpin-pemimpin politik - baik dari BN dan Pakatan Rakyat - sesuatu yang mendukacitakan dan tidak memberi manfaat kepada akhbar tersebut.

"Akhbar seharusnya berperanan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan bukan membentuk pendapat pembaca," kata Hata.

Beliau juga menegaskan pertelagahan yang berlaku sekarang bukan antara sebenarnya berlaku antara ketua pengarang akhbar itu dan pengarang kanan yang mempunyai agenda serta kuasa mutlak dengan pemimpin politik.

ZIARAH RAMADHAN @ UPU TAMAN MAJU DAN AIR BARUK JASIN


Alhamdulillah , seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan Kareem , team MTD Bemban sekali lagi turun ke gelanggang menziarahi insan-insan yang terpilih untuk disantuni sempena bulan yang mulia ini. Memandangkan terdapat sedikit masalah teknikal untuk mengemaskini aktiviti ini maka kami bawakan "siaran tertunda" untuk tatapan dan renungan bersama mudah-mudahan tersentuh hati kita untuk sama menyumbang tidak kira dimana insan-insan terpilih ini berada. JOM kita saksikan gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang penjelajahan ini ...



Antara penerima sumbangan adalah bapa  kepada Allahyarham Dr Azhari yang terkorban di Indonesia .

Jasa dan pengorbanan guru mendidik anak-anak PASTI tidak dilupakan sempena bulan yang mulia ini.

Kesihatan yang tidak mengizinkan , akibat kemalangan yang dialami maka kesannya terpaksa ditanggung hingga ke hari ini. Kesedihan berpanjangan apatah lagi isteri tercinta telah pergi menemui Illahi di awal Ramadhan tempohari.


Sempat bertanya khabar dan aktiviti harian sepanjang Ramadhan ini ..

Sebak dan pilu menerima kunjungan kami , kunjungan dan ingatan kami kepada beliau di bulan yang mulia ini cukup untuk membuat ibu ini tersentuh hatinya ..


Yang patut menerima pembelaan akan tetap dibela

Ujian di hujung usia , penglihatan kabur , kekuatan untuk menguruskan diri sendiri sudah semakin kurang , mujur ada isteri yang penyayang disamping. Sebak menerima sumbangan daripada kami .


Nenek tua yang berkorban mengambil alih tugas mendidik cucu-cucu setelah kematian bapa mereka ...

Ibu tunggal yang berusaha keras mencari nafkah demi membesarkan 3 orang anaknya . Tinggal dirumah yang disewa dengan kadar yang tidak sepadan dengan kondisi rumah itu sendiri . Bersabarlah mudah-mudahan akan ada sinar kebahagian dihujung jalan.

TERIMAKASIH TAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YG TERLIBAT DIDALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.TERUTAMA KEPADA SAHABAT SITI KHADIJAH... EN HALIM http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/2010/09/ziarah-ramadhan-upu-taman-maju-dan-air.html

Isnin, 6 September 2010

Nik Aziz: 'I know you'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.

Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di Kota Baharu.

"Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di Kota Baharu hari ini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)".

Khamis, 2 September 2010

ZIARAH RAMADHAN MTD N24 BEMBAN @ UPU TEHEL


ALHAMDULILLAH pada tanggal 29 hb Ogos 2010 bersamaan 19 Ramadhan 1431H , team MTD Bemban sekali lagi telah turun ke padang didalam program ziarah sempena kedatangan bulan yang mulia ini . Program yang bermatlamatkan menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik ini selain berziarah dan bertanya khabar ianya juga disertakan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka.
ALHAMDULILLAH ...sambutan yang diterima cukup baik dimana rombongan kami telah disambut dengan besar hati walaupun mereka tak empunya apa-apa tapi budi bahasa yang dilahirkan cukup menunjukkan kebesaran hati mereka menerima ketentuan Ilahi. Siapa yang mahu hidup didalam keadaan serba daif tapi apa boleh buat , ini ketentuanNya bagi menguji kesabaran dan keimanan mereka lebih-lebih lagi disaat insan-insan lain sedang menanti-nanti ketibaan hari lebaran yang mulia , mereka masih lagi berjuang untuk meneruskan kehidupan mereka agar kemiskinan hidup mereka didunia ini tidak bersama dengan mereka pabila mereka bertemu dengan Rabbuljalil disuatu ketika yang pasti.

Mudah-mudahan sumbangan yang tidak seberapa ini akan memberikan setitik kegembiraan kepada mereka didalam menanti ketibaan untuk sama-sama meraikan hari kemenangan seluruh umat Islam yang berpuasa. JOM kita saksikan wajah-wajah insan yang wajib disantuni yang sempat kami rakamkan untuk dikongsikan bersama ..





Rezeki yang ALLAH kurniakan diawal Ramadhan ....dipangku mesra oleh abangnya. Alhamdulillah kecil-kecil lagi sudah boleh diharap .






 
IHSAN DARI http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/2010/09/ziarah-ramadhan-upu-tehel.html
TERIMAKASIH BEBANYAK PADA EN HALIM, ADMIN KEHILANGAN KEMERA JADI PROGRAM YG LEPAS DI UPU P. KEMPAS DAN KESANG PADA 15/8/10, AIR PANAS DAN BEMBAN PADA 22/8/10 TAK DAPAT DIRAKAMKAN UNTUK TATAPAN