Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 23 Jun 2008

RPK:Isteri Najib dilokasi jenayah

Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.

Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.

“Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan,” kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.

Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk “memfitnah dan mereka-reka cerita”.

Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom ‘C4′ dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan

Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan ‘C4′ di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.
Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib. Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, “seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan.”

Dakwaan terbaru

Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu. Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci. Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis. Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber http://dppwp.wordpress.com/

Khamis, 19 Jun 2008

Usul tidak percaya satu-satunya pilihan terbaik - Husam

KOTA BHARU, 19 Jun (Hrkh) - Berdasar kepada situasi politik negara yang semakin membahang sekarang kemungkinan besar kerajaan baru dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, usul tidak percaya merupakan satu-satunya pilihan terbaik yang ada bagi mengelakkan negara daripada terus diterajui pemimpin mementingkan diri sendiri.
"Oleh yang demikian saya mempelawa ahli-ahli parlimen Umno menyertai PAS. Dengan demikian ahli-ahli parlimen Melayu tidak akan berkurang dalam kerajaan baru dengan izin Allah.
"Tindakan ini juga dapat menghapuskan kebimbangan ahli-ahli parlimen Umno sebelum ini yang khuatir terhadap bilangan ahli parlimen Melayu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Global Media Channel Sdn Bhd di sini.
Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee semalam mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun.
Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut dua kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi.
Husam yang kini berada di Timur Tengah berkata, penyusunan baru kepemimpinan negara adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan sekarang.
"Sikap terbuka ahli-ahli parlimen Umno perlu dengan membuktikan diri mereka sememangnya prihatin kepada kepentingan orang Melayu, rakyat dan negara," katanya.
Menurutnya dalam menghadapi perkembangan terbaru ini PAS perlu bersiap sedia untuk menggantikan tempat Umno supaya kedudukan kepemimpinan Melayu tidak akan terjejas sekiranya usul itu diterima sehingga membawa kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Kata beliau juga, PAS mengambil perkiraan terperinci usul hilang kepercayaan sama ada berjaya atau ditolak, parti tersebut perlu menangani arus perubahan seperti dikehendaki rakyat.
Sebab itulah katanya Umno tidak boleh mengharapkan PAS untuk menyelamatkan mereka.
Kata beliau juga, tokoh-tokoh Umno terutamanya Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Abdullah sewajarnya turut bersama Pakatan Rakyat.
Husam juga membidas kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Teck Lee tamak, namun sebenarnya apa yang berlaku Abdullah berada di kemuncak ketamakan peribadi.
"Selepas prestasi terburuk dalam sejarah BN akibat ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Abdullah enggan menerima kenyataan dan mahu terus berkuasa.
"Sikap Perdana Menteri itu tidak mahu menerima kelemahan kepemimpinannya yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.
"Oleh yang demikian usul tidak percaya terhadap kepimpinannya di kalangan ahli-ahli parlimen tidak dapat dielak lagi," katanya.
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, sudah menjadi perkara biasa parti yang terlalu lama berkuasa mengalami sindrom kehilangan daya kepemimpinan dan kekosongan itu perlu diisi. - mns_

Rabu, 18 Jun 2008

Minyak Naik................(Naik Minyak)

Akibat minyak punya pasal...15/6/08 keluar skabar tamil Malaysia Nanban,kisah penjaga yang minta cikgu diberhentikan kerana memangil dan menulis nama anaknya TOYOL . Ini terjadi selepas cikgu tersebut yang marah kerana murid nya tidak menulis nama didalam kertas peperiksaan yang baru lepas.Bila difikirkan wajarnya refleks ayah tersebut kerana kalau anak nya toyol maka beliau siapa...dan cikgu tersebut pula jika benar marahkan murid jgnlah memberi gelaran, mungkin tindakan /denda yang setimpal boleh dibuat.Apapun pekara telahpun berlaku maka kita semua ambilah pengajaran dari isu tersebut.N24 respon kerana ayah pelajar ada menunjukan kertas pperiksaan tersebut masa kehadiran beliau ke program Tuan Ibrahim tempoh hari

Parlimen akan gempar dengan usul tidak percaya terhadap PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.Tu dia no ...kan dah naik minyak...

Isnin, 16 Jun 2008

N24 sana /sini

BERSAMA AL FADIL DATO'TUAN IBRAHIM TUAN MAN 14/6/08 (SABTU)

Solat Asar bersama Tuan di surau Hj Md Yasin Bemban dan terus ke kenduri/HiTea di Lubuk Kasar rumah hj Apit/Hjh Azizah. Alhamdulillah orang India dah ada menunggu menyambut Tuan.Selepas tahlil Tuan memberikan tazkirah ringkas menyentuh juga kenaikan harga minyak dimana beliau baru balik dari Saudi mengerjakan umrah.Beliau hairan mengapa Saudi boleh menurunkan harga minyak sedangkan Malaysia yang juga merupakan antara pengeluar minyak tetapi terus menindas rakya dengan kenaikan ini.

Seterusnya selepas jamuan dan beramah mesra dengan hadirin beliau bergerak ke Surau Nurul Iman untuk kuliah Maghrib.Selepas Isyak Tuan terus ke Markas Air Merbau/rumah cikgu Aris untuk berceramah bersama YB Goh Liong San ADUN Kesidang.Alhamdulillah malam itu juga MTD N24 melancarkan Tabung Dana Pendidikan N24.Tujuan tabung ini adalah untuk memberikan sumbangan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran samada dalam @luar negeri.N24 buat permulaan mensasarkan kepada anak-anak ahli yang pada masa ina ada 3 orang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah dan 1 di IPTA.

Hajah Aminah dipilih tokoh Muslimat Melaka 200

Hajah Aminah binti Md Saad, 73 tahun dari Batu 21, Kesang Tua, Jasin dipilih sebagai Tokoh Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

Beliau yang mempunyai 13 orang anak dan 18 orang cucu dipilih berdasarkan kegigihannya berjuang bersama PAS sejak 38 tahun lalu. Sebahagian besar anak-anak dan menantu-menantunya juga bersama-sama beliau berjuang bersama-sama PAS.

Jawatan terakhir di dalam PAS ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin tahun 2006. Namun sehingga kini beliau masih aktif bersama-sama PAS di peringkat cawangan dan kempen-kempen pilihanraya.

Suaminya Allahyarham Md Daud Suboh pernah bertanding sebagai Calon PAS di Kawasan Selandar pada tahun 90-an dahulu. Selain itu anak lelakinya Ahmad Shahrum Md Daud merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan 3 orang menantunya merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat.MTD N24 Bemban mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada LONG MIE pangilan mesra kami kepada beliau dan anak-anak.N24 berbangga kerana seorang tokoh muslimat dapat dilahirkan diN24 dimana beliau yang tinggal di UPU03 Kesang Tua lokaliti 004 Kesang Tua Semuga ini akan memberi motivasi kepada muslimat lain insyallah.

Khamis, 12 Jun 2008

Usrah Cawangan PAS Air Panas

Tarikh : 11/6/08
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Pasti AsSalam Air Panas
Kehadiran : Naqib Utz Jumary,Pak Mail, Zali,Abas,Pak itam,M Itam,Atie,SU,SAS.
lepas maghrib terus berbincang program 14/6/08 di rumah hj apit, persiapan tempat,pa sistem, protokol.jemputan dan yg pastinya suruu.....mee kari, 2 jenis kueh, minuman panas dan sejuk utk 100 orang. lepas isyak pembentangan nagib dr surah attagabun, alhamdulillah semua ambil bahagian dalam pembentangan.
usrah tamat jam 9.50 pm

Khamis, 5 Jun 2008

Kenduri (Minum Petang) Bersama Al-Fadil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man



KENDURI (MINUM PETANG) BERSAMA

AL-FADIL DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
AJK PAS PUSAT/ PESURUH JAYA PAS PAHANG


TARIKH
10 Jamadil Akhir 1428 / 14 Jun 2008 (Sabtu)

TEMPAT
Kampung Lubuk Kasar (Warung Hj Apit)

MASA
5.00 PETANG

TIKET
RM 5.00 (TABUNG DANA PRU13)


TENTATIF PROGRAM

4.45 – 5.00 PETANG : KETIBAAN TETAMU DAN JEMPUTAN

5.05 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

5.15 : TAHLIL DAN TAZKIRAH ALFADIL DATO’ TU IBRAHIM TUAN MAN

6.15 : JAMUAN DAN BERSURAI


“ANJURAN PAS CAWANGAN AIR PANAS PPM/ .MEL 26/52 – 7624
BERSAMA MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN”