Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 31 Julai 2008

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Iklan




Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.

"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.

"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."

PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.

"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.

Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.

Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. - mns_

Sabtu, 26 Julai 2008

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat Fri Jul 25, 08 7:05:40 pm MYT

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Iklan




Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.
Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.
Unsur-unsur haram yang dapat dikesan
Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:
1.�Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).
2.�Riba
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.
Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.
3.�Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�
Beberapa jawapan kepada kekeliruan
Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:
1.�Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."
Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.
Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."
2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.
Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.
Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.
3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
Penutup dan kesimpulan
Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.
Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.
Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.
Iklan




"Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
"Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya," katanya lagi.
Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama' tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.
"Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak.
"Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor," ujarnya lagi.
Beliau menganggapTuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh.
"Ketajaman penanya serta keberkesanan ideaya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru.
"Beliau seorang ulama' besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam," katanya lagi.
Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina.
Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.
Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.
Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.
Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.
Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi./wann_

Mahathir seru ahli Umno 'paksa' Abdullah letak jawatan segera

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru ahli dan pemimpin Umno supaya 'memaksa' Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya segera bagi memulihkan Umno dan BN.
Iklan




"Janganlah tunggu Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Abdullah," katanya dalam satu komentar yang tersiar dalam lama web beliau hari ini.
"Jika ahli Umno hendak melihat parti dan BN dipulih semula, 'paksalah' Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian," katanya.
Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri, katanya.
Mahathir mendakwa bahawa beliau masih dipersoal setiap kali mengeluarkan kritikan terhadap Abdullah.
"Tiap kali saya mengkritik Abdullah sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia"," kata Dr Mahathir dalam ulasan terkininya berhubung pergeseran antara beliau dan Abdullah.
"Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Abdullah sebagai pengganti saya. Tetapi ahli Umno juga pilih Abdullah," ujarnya sinis.
Abdullah pernah sebelahi Ku Li lawan Mahathir
Menurut Dr Mahathir, Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan beliau pada tahun 1986-1987.
"Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Ku Li. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno baru yang saya pimpin.
"Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri," katanya.
Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi, dan ketika itu katanya Mesyuarat Agung Umno memilih Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.
"Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri. Di Mesyuarat Agung selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib Tun Razak.
"Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno," katanya.
Justeru itu ujar Mahathir, beliau kembalikan Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.
Dari 'Mr Clean' kepada pemimpin yang lemah
"Puji-pujian didengar merata-rata yang Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi," katanya.
Kenapa tidak dipilih Najib?
Menurut Mahathir, beliau tidak memilih Najib kerana TPM itu lebih muda dan beliau berharap selepas satu atau dua penggal sebagai Perdana Menteri, Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Najib.
Kerana itu katanya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Abdullah pilih Najib sebagai timbalannya.
"Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ke-tiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.
"Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agung Umno mengesahkan pemilihan Abdullah sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut," katanya.
Selepas itu beliau anggap penyerahan kuasa kepada Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Umno dan ketika itu tiada sesiapa yang membantah.
"Saya jelaskan latarbelakang pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.
"Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.
"Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir," tegasnya.
Kerosakan yang dibuat Abdullah terhadap Umno teruk
Malah kata Mahathir, kenyataan Abdullah bahawa beliau kan serahkan jawatan dalam parti dan kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu.
"Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya. Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Abdullah letak jawatan.
"Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Abdullah kepada Umno, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan," katanya.
Jika Abdullah benar-benar sayang kepada Umno, Mahathir menyeru supaya Abdullah rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno.
Alasannya bahawa Abdullah ingin mengawasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadiran Presiden Umno itu menyebabkan Umno dan Barisan Nasional jadi lemah, kata Mahathir lagi.
Beliau seterusnya mengakui kesilapan kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya pada tahun 2003 lalu
'Mr Clean' tidak begitu 'clean'
"Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean. Saya percaya ahli dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama," katanya.
Hari ini yang berkuasa menggantikan Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno, katanya.
Ahli Umno akan bertanggungjawab terhadap kehancuran dan malapetaka yang akan menimpa orang Melayu dan negara Malaysia, katanya.
Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan BN di bawah kepimpinanAbdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggungjawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri," ujarnya. /wann _

Isnin, 21 Julai 2008

Penjelasan Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Rombongan PAS menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja selesai pilihan raya ke 12, 8 Mac lalu bertujuan untuk mendengar apa tawaran pemimpin Barisan Nasional (BN).Pemergian mereka juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang dihadapi oleh Pakatan ketika itu.“Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan lepada dia,” kata salah seorang delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika menghubungi Siasah.Khalid disebut oleh Presiden PAS sebagai salah seorang dari tiga anggota delegasi PAS bertemu dengan Abdullah di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.Dua lagi delegasi PAS adalah Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.Pada asalnya, kata Khalid, Presiden PAS yang akan mengetuai delegasi itu. Namun selepas berbincang, mesyuarat memutuskan Presiden digantikan oleh Datuk Mustafa Ali.Khalid juga berkata, Datuk Dr Hassan Ali juga dikeluarkan dari senarai delegasi itu kerana kelihatannya perbincangan adalah mengenai Selangor dengan kehadiran Datuk Seri Khir Toyo di sebelah sana.“Kerana itu saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan Ali untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” jelas Khalid yang merupakan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.Pada peringkat awalnya, beliau sendiri tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas dibincangkan atas dasar janji telah dibuat, mereka bersetuju untuk bertemu dengan pimpinan BN yang diadakan di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen itu.“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.“Jadi kami dengar dan kata ya ya…tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid. Atas alasan itulah juga, katanya, Presiden tidak pergi ke pertemuan itu kerana tidak mahu sebarang komitment dibuat atas kuasanya sebagai presiden.“Khir Toyo bukan main tawadhuk dalam perbincangan itu. Kepada saya saja tiga kali dia tolong tuangkan air,” kata Khalid lagi.Ketika ditanya, apa punca jemputan itu dibuat oleh Umno, Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno selepas DAP banyak menang di Selangor dan nasib orang Melayu selepas itu.Namun, bagi Khalid, keikhlasan Abdullah untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam hancur selepas beliau mengumumkan tentang pertemuan ini.Bagi beliau, Abdullah cuba menimbulkan kesangsian di kalangan anggota Pakatan Rakyat terhadap PAS dengan mendedahkan perkara ini ketika berita angin tersebar kononnya PAS hendak bekerjasama dengan Umno.Padahal, katanya, delegasi itu tidak ada mandat langsung dari parti untuk berbincang soal kerjasama dengan BN.“Misi kami adalah fact finding (mendengar) dan engagement (berbincang) dan tidak ada langsung usaha untuk bekerjasama dengan Umno,” kata Khalid.“Nampak sangat Abdullah berniat jahat untuk sabotaj usaha-usaha untuk membawa masuk anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan. Ini kerana, jika PAS tidak bersama Pakatan buat apa mereka mahu masuk Pakatan,” beritahu Khalid.Mengulas soalan kononnya PAS dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata, ia tidak benar sama sekali.“Benar kita menang 83 Dun, DAP 73 dan PKR 40 kerusi lebih. Tetapi dalam masa yang sama kita dapat tiga MB, PKR ada satu dan DAP pun dapat satu sahaja. Takkan PAS nak lebih dari itu. Tak kan nak jadi MB di Selangor juga….itu tamak namanya,”kata Khalid.
dppetik dr http://siasahdaily.blogspot.com/2008/07/rombongan-pas-untuk-mendengar-tawaran.html
........lega...no

Jumaat, 18 Julai 2008

Polis buat kerja gila - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Pihak polis sengaja menimbulkan suasana ketegangan sebagai provokasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dalam kehangatan isu liwat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan ura-ura usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat. -->
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar tindakan pihak polis yang disifatkan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak perlu dan tidak menitik beratkan kesan dan masalah yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya akibat sekatan tersebut.
"Ini semua kerja gila, dan sengaja diada-adakan atau mungkin polis sudah tiada kerja lain yang hendak dibuat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mengulas mengenai dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan suatu perhimpunan akan dianjurkan dalam masa terdekat, beliau dengan tegas menafikannya.
"Kita (PAS) tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan perhimpunan buat masa ini.
"Bahkan sekiranya hendak diadakan perhimpunan pun, polis buat sekatanpun perhimpunan tetap boleh dijalankan," ujarnya.
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu turut menjelaskan perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November tahun lalu membuktikan sekatan jalan raya tidak memberikan apa-apa kesan kepada 'kekuatan suara hati dan kehendak' rakyat untuk menyampaikan hasrat mereka.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pula menyifatkan tindakan polis mengadakan sekatan yang masih berterusan itu sebagai tidak bertanggung jawab serta menyusahkan rakyat.
"Ini satu perkara yang tidak masuk akal dan tidak bertanggung jawab," tegasnya.
Ahli Parlimen Batu itu melahirkan kehairanan terhadap pendirian dan tindakan pihak polis yang kelihatan sudah mula tersasar daripada peranan dan tanggung jawab mereka yang sebenar.
"Kerja polis bukan buat sekatan kerana ia tidak akan membantu apa-apa malah operasi tersebut akan melibatkan anggota polis yang ramai," ujarnya.
Dalam suasana indeks jenayah negara kian meningkat khususnya di Lembah Klang, beliau juga melahirkan kekesalan dengan sekatan tersebut yang telah memberi kesan buruk kepada ekonomi rakyat.
"Apa yang berlaku menyebabkan orang ramai marah kerana ia menyusahkan.
"Mereka tidak mempertimbangkan kesan apabila para peniaga terjejas pendapatannya, selain pengguna jalan raya yang mengejar urusan kerja masing-masing," katanya lagi.
Memburukkan lagi keadaan, pihak polis katanya mengambil keputusan menjalankan sekatan jalan raya dengan menggunakan khabar angin semata-mata.
"Itulah lambang tahap profesional dan integriti polis kita," ujarnya.
Semalam, menurut Khalid, sekatan jalan raya di 22 lokasi di seluruh negeri dibuat bagi membendung kecenderungan pihak tertentu mengadakan perhimpunan tanpa permit.
Selain mencegah jenayah, beliau berkata, sekatan jalan yang sentiasa berubah lokasi itu perlu bagi memastikan tidak ada elemen tidak sihat yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan masyarakat khususnya di Selangor.
"Saya sedar sekatan jalan ini menimbulkan ketidakselesaan tetapi saya mohon maaf. Ini membabitkan keselamatan, jadi kita perlu beri perhatian," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Beliau ditanya mengenai sekatan jalan raya menghala ibu negara yang menyebabkan kesesakan teruk sejak Isnin lalu.
Dilaporkan lebih 1,600 pegawai dan anggota membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Anjing Pengesan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Berkuda dan Unit Udara dikerah mengawal semua pintu masuk ke ibu kota.
Khalid berkata, walaupun Anwar Ibrahim dibebaskan semalam, polis tidak menolak kemungkinan penyokongnya mungkin mengadakan perhimpunan dalam tempoh terdekat. - mns _

Lebih baik jika Ali Rustam tak buat apa-apa dari komen isu muzakarah

Apabila Naib Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Ali Rustam membuka mulut, mengatakan sudah wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu (PAS) dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini, menunjukkan dia tidak tahu sejarah PAS sebenarnya. -->
Kenyataan ini dibuat Mohd Ali yang juga Ketua Menteri (KM) Melaka, selepas merasmikan persidangan tahunan berkelompok cawangan Umno Bahagian Bukit Katil, di Melaka.
Di kalangan pemimpin Umno, Mohd Alilah satu-satunya pemimpin yang dilihat 'mahu memusuhi PAS' dengan mengeluarkan arahan suatu ketika dahulu, melarang 'orang Melaka' melawat Kelantan yang diperintah PAS.
Namun, 'sekali air bah, sekali pantai berubah'. Apabila Presiden Umno yang juga Perdana Menteri (PM) sendiri menyambut baik hasrat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk 'bertemu dan bermuzakarah' banyak pihak di dalam Umno, nampaknya ?positif? walaupun mereka seperti teraba-raba di dalam gelap.
Mohd Ali merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang cukup dibimbangi oleh ahli-ahli parti apabila membuat komentar.
Dia juga dilihat seorang pemimpin yang cukup kurang kemampuan untuk berucap dan menjelaskan isu yang diperbahaskan.
Tidak hairanlah, apabila bekas KM Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkali-kali mencadangkan 'diadakan debat terbuka' antara calon-calon yang mahu bertanding jawatan Presiden, timbalan Presiden dan naib Presiden, ramai yang beranggapan Rahim cuba untuk 'membandingkannya' kebolehannya dengan Mohd Ali dalam perdebatan.
Dalam masa yang sama, Mohd Ali merupakan salah seorang pemimpin Umno yang tidak bersetuju dengan Debat antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim walaupun, dalam masa yang sama PM mengatakan persetujuannya.
Mohd Ali mungkin 'fobia' dengan perkataan 'debat' kerana dia tidak berkemampuan berbuat demikian.
Justeru, hasrat murni Presiden PAS itu sebenarnya 'untuk menyelamatkan Umno?' yang dilihat terumbang ambing sekarang, dan sejarahnya PAS yang bukan sekali 'menyelamatkan orang-orang Umno' yang bermasalah tidak dapat 'dilihat dan dibaca' oleh Mohd Ali.
Itulah sebabnya, dalam perkata berkaitan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bersetuju cadangan Abdul Hadi, mengingatkan 'pengalaman pahit' berkawan dengan Umno kerana sejarah terdahulu.
Mohd Ali seharusnya tahu, apabila Umno (Perikatan) bermasalah dalam pilihan raya umum (PRU) tahun 1969, PAS sanggup berkorban dengan menyertai Perikatan tetapi dikeluarkan dari pakatanitu dalam tahun 1978, oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn.
Apakah Mohd Ali tidak ingat, bagaimana dalam tahun 1987, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tewas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merebut jawatan Presiden Umno, PAS menerima kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang diketuai Ku Li, yang ketika itu tidak dibenarkan menyertai Umno?
S 46 kemudiannya meninggalkan PAS atas alasan sendiri dan kemudiannya membubarkan parti itu, untuk ahli-ahlinya menyertai Umno kembali.
Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno, pemimpin PASlah yang pertama sekali menghulurkan tangan membela Anwar dengan menjelajah ke seluruh negara, selain memberikan ruang seluas-luasnya di dalam Harakah, untuk Anwar dan rakan-rakannya 'membela diri'.
Mohd Ali mungkin tidak tahu semua ini, atau terasa Umno masih terlalu kuat untuk 'bermuzakarah' sedangkan kepimpinan PAS sudah nampak, Umno mungkin 'dalam keadaan bahaya' jika terus bersendiri tanpa 'kawan' yang sebangsa dan seagama.
Percakaran sesama sendiri dalam komponen BN, usul undi tidak percaya dari PKR, krisis yang melanda MIC, Gerakan dan MCA, menyebabkan Umno makin ?kurus? (baca: lemah) dari segi sokongan.
Memetik kata-kata Abdullah; "Umno sedia bermuzakarah dengan PAS bagi mencari titik persefahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu," membuktikan Abdullah nampak keperluan itu tetapi malangnya, Mohd Ali hanya nampak wujud perubahan pandangan daripada parti pembangkang itu dalam mencari persefahaman demi kepentingan Melayu dan umat Islam di negara ini.
Abdullah seterusnya berkata; "bagi saya langkah ini amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.
"Kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah membabitkan kepentingan bersama.
"Saya terima baik hasrat PAS untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini," Abdullah mengulas kesediaan PAS yang dinyatakan Ustaz Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti, Harakah.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan dalam menyampaikan mesej Islam, PAS berhak mengadakan rundingan dengan Umno tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.
Abdullah seterusnya yakin jika PAS dan Umno Berjaya membentuk persefahaman, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada Islam dan Melayu.
Sebenarnya, langkah Dato' Mustafa Ali di Terengganu yang mengadakan pertemuan khas dengan MB Terengganu untuk membincangkan kepentingan rakyat Terengganu harus dicontohi pemimpin-pemimpin lain, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, untuk mengadakan pertemuan dengan MB Kedah. - mr_

Khamis, 17 Julai 2008

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil. -->
Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.
Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.
"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.
PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.
"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.
Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam.
PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau./wann _

Rabu, 16 Julai 2008

Shabery Cheek, Sila Letak Jawatan!

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya memberikan hujah-hujah yang cukup bernas untuk mempertahankan hak rakyat. Takziah kepada Shabery Cheek kerana lebih banyak menyerang peribadi tanpa banyak menyampaikan hujah-hujah yang meyakinkan rakyat bahawa harga minyak perlu dinaikkan.

Di mana sebenarnya hujah yang diwar-warkan oleh Shabery bahawa beliau akan membawa hujah-hujah yang akan mematahkan hujah bahawa pembangkang/Pakatan Rakyat telah sebutkan sebelum ini?

Bukan 'taraf'' Shabery Chek untuk berhujah dengan Anwar. Daripada awal lagi beliau terus menngunakan peribadi DSAI sebagai sasaran. Beliau sebut tentang demonstrasi Baling, sokongan DSAI terhadap TDM dan Dr Siti Hasmah ketika di dalam kerajaan, serangan terhadap Tun Razak serta banyak lagi isu serangan peribadi yang membayangkan Shabery sudah hilang punca dalam penghujahannya.

Bangkrap idea, putus maklumat, serangan peribadi, tidak menjawab persoalan dan mempertahankan hujah yang lemah - itulah dia Datuk Shabery Cheek pada malam ini.

DSAI nampaknya tidak terperangkap dengan mainan Shabery yang cuba mengheret DSAI untuk menjawab soalan peribadi. Saya percaya sekiranya DSAI terikut-ikut rentak Shabery maka banyak persoalan tidak dapat dirungkai untuk tatapan rakyat.

Ketika saya menulis inipun pelbagai SMS diterima daripada rakan-rakan yang mengutuk Shabery yang tidak pandai untuk mengemukakan hujah yang bernas. Lebih banyak serangan peribadi digunakan sebagai senjata.

Satu perkara yang saya kira menjadi 'kebebalan' Shabery apabila terus berhujah bahawa Petronas telah membuat banyak jasa kepada ekonomi negara. Shabery terus mempertahankan bahawa kerajaan tidak akan memaksa Petronas menambahkan lagi keuntungan kepada kerajaan. Beliau tidak faham atau buat tidak faham ataupun mungkin lembab pemikiran apabila DSAI telah jelaskan daripada awal bahawa yang dikritik oleh DSAI dan Pakatan Rakyat bukannya Petronas tetapi kerajaan UMNO/BN yang tidak pandai memerintah dan mengagihkan kekayaan kepada rakyat.

Secara keseluruhannya, saya pasti bahawa jika panel bebas dilantik untuk menentukan siapa yang berhak menang dalam penghujahan tadi, mereka akan memilih DSAI sebagai pemenang. Sebentar tadi ada seorang kawan daripada Perlis menghantar SMS menyatakan hujah DSAI hebat dan hujah UMNO keluar tajuk dan serang peribadi. Walaupun beliau bukannya ahli daripada mana-mana parti politik dalam PR tetepi beliau pun sedar bahawa hujah Shabery sudah membayangkan bahawa Shabery telah kalah malam ini.

Adakah Shabery akan meletakkan jawatan? Saya meramalkan bahawa dia akan kekal dengan jawatan tersebut kerana itulah pemimpin UMNO/BN yang susah untuk mengaku kesilapan yang dilakukan. Shabery pasti yakin bahawa beliau telah menang pada malam ini kerana beliau berjaya menyerang peribadi DSAI. Itu merupakan satu kepuasan bagi Shabery. Namun, sekiranya Shabery adalah seorang yang ada maruah dan jatidiri, beliau perlu berundur daripada jawatannya sekarang.

Apa yang penting, pada malam ini DSAI telah menggunakan sepenuhnya peluang untuk muncul dikaca TV bagi menerangkan keadaan yang sebenar. Rakyat yang menonton Debat sebentar tadi sudah tentu akan membuat penilaian daripada kedua-dua penghujahan. Sekarang ini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian. Jika masih lagi yakin dengan janji-janji UMNO/BN bahawa harga minyak mesti dinaikkan maka tunggulah bebanan yang akan menimpa kita semua kesan daripada kenaikan itu.

Tahniah Anwar, Takziah Shabery.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/

Selasa, 15 Julai 2008

Bimbang jadi perangkap kedua - Mursyidul Am

Tue Jul 15, 08 6:08:54 pm MYT
KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bimbang kesediaan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berunding dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu dijadikan sebagai perangkap kedua. -->
"Saya bimbang benda ini jadi seperti perangkap. Dahulu kita sudah masuk perangkap dan tidak kan hendak masuk perangkap pula.
"Umno minta hendak bergabung (runding) ketika dia dalam keadaan terdesak. Pengalaman 13 Mei 1969 di mana Umno terdesak benar-benar jadi dia minta hendak bergabung dengan PAS.
"Sekarang Umno sekali lagi terdesak sungguh sehingga sudah hilang majoriti dua pertiga di parlimen dan parti itu juga diserang bermacam-macam dalam blog," katanya kepada media di kediamannya di Pulau Melaka, hari ini.
Perdana Menteri hari ini dilaporkan menyambut baik cadangan Presiden PAS untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.
Abdullah berkata parti itu sedia berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kenyataan kesediaan Perdana Menteri hendak jumpa dengan pemimpin PAS itu hanya bersifat peribadi.
"Kalau kita hendak muzakarah, kena parti dengan parti dan bukan peribadi tertentu sahaja. Pemimpin Umno sekarang dalam keadaan terhoyong-hayang.
"Orang di bawah dagu Umno pun sudah mendesak Perdana Menteri berundur, sudah lama timbul isu tersebut dan Datuk Seri Abdullah telah tetap tarikh hendak berundur.
"Benda-benda begini saya teringat balik cerita semasa Allahyarham Tun Razak meminta bersatu dengan PAS dalam keadaan mereka begitu tertekan," ujarnya.
Beliau berkata, perkara itu berlaku dalam keadaan pemimpin Umno yang beriya-iya hendak bersatu dengan PAS.
Menurutnya ketika itu Tun Razak Hussien yang mempelawa hendak bersatu dengan PAS sehingga PAS akhirnya berpecah tiga.
Sedangkan kata beliau Tun Razak seorang tokoh yang kukuh pendiriannya dan sehingga sekarang pun tiada orang berani mencemuhnya.
Beliau juga berkata, sebagai pejuang Islam tiada niat hendak berbalah dan melawan sesiapa kerana kita yakin Islam itu betul.
"Kami hendak benar-benar diadakan muzakarah, namun jangan pula berulang sejarah hitam yang lepas.
"Saya setuju perjumpaan di antara Datuk Seri Abdullah dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, tetapi biar kemaslah. Bagaimanapun saya tidak nampak Umno boleh kemaskan dirinya," kata beliau.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, selepas pilihan raya umum lalu nampak sangat Umno begitu lemah, namun masih lagi angkuh sehingga menarik balik projek pelancongan bernilai RM8 juta di bandar baru Pasir Mas.
Katanya, tidak masuk akal kalau Umno benar-benar ikhlas tetapi dalam masa yang sama menarik balik kelulusan projek tersebut yang hanya bernilai RM8 juta dan bukannya RM8 bilion.
Beliau berkata, kerajaan negeri susah payah mencari tanah untuk membina projek tersebut, tiba-tiba kerajaan pusat menarik balik.
Biar pun dianggap orang berprasangka buruk terhadap pemimpin Umno, namun katanya, biarlah mereka meminta maaf sungguh-sungguh kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan.
"Minta maaf tidak pernah dilakukan pemimpin Umno. Dan kedua mengapa tarik balik peruntukan kepada Kelantan, nampak sangat ego dia,"ujarnya.
Sementara itu, seorang pemimpin di Kelantan memberitahu tidak pernah ada sebarang keputusan dibuat PAS untuk diadakan pertemuan dengan Umno dalam masa terdekat ini. - mj/mks. _

Sabtu, 12 Julai 2008

kelebihan BISMILLAH

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Khamis, 10 Julai 2008

Pilih Pakatan Rakyat ganti kerajaan Umno/BN

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Thu Jul 10, 08 4:35:35 pm MYT
Permintaan Umno supaya "Yang di-Pertuan Agong campurtangan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera" (Utusan Malaysia, 8 Julai 2008) ibarat mengesahkan satu perkara sahaja iaitu Umno yang telah mengangkat kedua-dua belah tangan. -->
Dia sendiri telah secara muktamad mengesahkan kegagalan parti itu sebagai pembela orang Melayu. Sudah selama 50 tahun dia membela(?).
Nasib orang Melayu menjunam dalam hampir semua pentas; agama, bangsa, tanah dan air.
Bertolak dari kegagalan agama yang boleh disukat melalui pemisahan pemerintahan dengan Islam, menukar Islam sejati dengan Islam Hadhari, gejala ratusan ribu umat Islam yang murtad, sejuta penagih dadah, bangsa Melayu yang kekacauan identiti dan jati diri dari segi bahasa, adat, budaya dan budi; tanah rezab Melayu yang semakin susut serta terjual dan tergadainya tanah, air dan pasir dalam bentuk pukal akibat rundingan dan perjanjian yang tidak cermat dengan negara jiran.
Jika orang Umno asyik minta Yang Di-Pertuan Agong campur tangan untuk memperbetulkan setiap kali kesalahan yang dibuat mereka, sedarkah Umno bahawa Yang di-Pertuan Agong inipun adalah Raja bagi seluruh warganegara.
Apa kata jika mereka pun mengangkat memorandum balas membantah dasar-dasar diskriminasi Umno terhadap segala ketidakadilan Umno.
Ini semua bertolak dari perletakan paksi perjuangan yang salah. Jika Umno dari awal tidak meletakkan paksi bangsa dalam perjuangannya, bahkan meletakkan Islam sebagai asas, saya percaya keadaan tidak jadi setenat ini.
Apabila Umno membesar-besarkan bangsa, mengibar keris telanjang, mengacah dan mengucup keris berterusan, orang bukan Melayupun boleh gerun.
Apabila naluri manusia terasa terancam, mereka pada logiknya juga akan menggunakan sentimen bangsa sebagai perisai pertahanan yang sama. Mereka akan mengumpul dan menggunakan persamaan dan perkongsian sentimen sebagai benteng pertahanan.
Ini segala-galanya berpunca dari Umno. Sebab itu, polemik mengenai perpaduan nasional tidak pernah selesai.
Jika Islam yakin bahawa kaedah pengagungan bangsa adalah formula yang tepat, sudah lama Nabi SAW menggunakan keunggulan suku bangsa Quraisy sebagai tunjang perpaduan kaum. Semua orang diwajibkan menerima Quraisy segagai bangsa "superior".
Soalnya, kenapa Nabi Junjungan kita tidak memilih berbuat begitu?
Bahkan sebaliknya, Baginda menempelak asobiyah bangsa dengan sepotong sabda bermaksud, "tiada kelebihan bangsa Arab atas bangsa ?Ajam kecuali dengan taqwa."
Kini sesudah 50 tahun, tanpa diatur dan ditunjuk-tunjuk oleh pemimpin Umno sekalipun, orang Melayu sudah lama tahu punca silapnya orang Melayu.
Mereka sangat tahu bahawa kegagalan ini disebabkan pengkhianatan pemimpin Umno dahulu dan sekarang yang tergamak memperkuda dan memperhambakan Melayu sesama Melayu.
Berselindung di sebalik istilah bumiputera, mereka (Umno) ratah daging dan darah sesama Melayu. Jika adapun usaha, mereka cuma berminat mengada-adakan projek yang boleh memperkayakan segelintir pemimpin Umno dan kroni.
Lihat sahaja isu di sekitar penjualan pasir satu waktu dulu, penguasaan saham di ECM Libra, Scomi, pembelian bas-bas RapidKL, isu kapal selam, siapa berada dibelakang Bernas dan terkini pula berbangkit soal tuduhan penglibatan pemimpin Umno dalam kontrak pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang atau disebut LCCT.
Saya cuma sedut beberapa contoh untuk sekadar menggambarkan perihal curiganya rakyat terhadap kerja Umno yang kononnya membela orang Melayu.
Bila terdesak rapat ke dinding, mulalah panggil Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Satu masa nanti, jangan terkejut jika Kebawah Duli Raja-Raja Melayu kitapun boleh tiba ke tahap meragui keupayaan Pemimpin Negara yang ada sekarang. Di peringkat itu, saya tidak tahulah apa yang akan terjadi.
Sekarang, benih yang salah, yang ditanam 50 tahun lalu sudah berbuah. Ia beracun dan cukup pahit bila dimakan.
Ia telah menimbulkan loya dan sedang menyebabkan muntah-muntah di kalangan Melayu dan bukan Melayu. Hakikat jatuhnya hampir separuh kerajaan-kerajaan negeri dari tangan Umno/BN dalam pilihan raya 8 Mac lalu adalah testimoni.
Ini berbeza dengan PAS. Kita tidak bermuka-muka. Kita mahukan Islam sejak dari tahun 1951 hingga kini dan Insya Allah, hingga sampai ke hari kiamat.
Jika Umno bermula dari Islam sejak awal penubuhannya, tentu keadaan tidak menjadi begini.
Dengan menolak Islam dan mengambil faham kebangsaan, Umno secara terbuka sanggup mendepani mana-mana gerakan siasah yang mahukan Islam.
Bermacam-macam tindakan zalim telah dibuat walaupun di luar lingkungan keizinan demokrasi.
Dalam banyak hal, dia (umno) memperalatkan kuasa majoriti yang diperuntukkan dalam amalan demokrasi untuk menyekat dan menyusahkan pergerakan dan kemajuan agamanya sendiri.
Saya masih ingat lagi bagaimana ramai ulama?, ustaz dan aktivis Islam ditangkap dan disiksa.
Ada Adun PAS yang mati dikapak di tengah-tengah pekan Kota Bharu pada tahun 1960an.
Ada Adun dari Pasir Mas yang disumbat ke dalam penjara hingga menjadi hilang ingatan.
Ada jambatan dibakar di Rantau Panjang untuk menyekat pengundi-pengundi PAS dari keluar mengundi.
Ada penjawat awam yang menyokong gerakan Islam yang ditukar, ditahan kenaikan gaji dan disekat kenaikan pangkat.
Ada yang dicerai dan hidup menjanda kerana rumahtangga mereka porak peranda akibat suami yang disumbat ke penjara melalui ISA. Semuanya ini terlalu banyak berlaku di Kelantan.
Di Kedah pula, 14 orang ustaz dan orang awam dikepung dan ditembak hidup-hidup pada tahun 1986. Memali tiba-tiba menjadi kolam darah yang mengambus jasad syuhada, pejuang dan para wali.
Tanpa segan silu, Umno jugalah yang menafikan banyak peruntukan pusat dari mengalir ke Kelantan dan Terengganu. Siapa berani mengatakan bahawa sekatan penerimaan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Terengganu diantara tahun 1999 ? 2004, misalnya, tidak berunsur politik?
Kini, Umno memutuskan Kerajaan Terengganu diberikan semula royalti kerana diperintah oleh Umno/BN.
Tidak zalimkah lagi? Lihatlah betapa siksanya pejuang-pejuang, penyokong-penyokong dan pencinta Islam untuk hidup di bawah dasar-dasar kemelayuan Umno yang melampau.
Pendek kata, terlalu panjang senarai kezaliman yang dilakukan oleh Umno kerana mengambil kebangsaan dan meninggalkan Islam.
Kini setelah 50 tahun, segala kudis, nanah, panau dan kurap penyakit asobiyah telah keluar ke permukaan.
Ada kes pembunuh Altantuya yang disebut-sebut melibatkan pemimpin tertinggi Umno. Setelah DSAI tidak terbukti melakukan liwat walaupun dituduh melakukan liwat 10 tahun yang lalu, kini dituduhnya beliau sekali lagi melakukan liwat. Lagi!
Belum reda dengan kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga petrol, rakyat dihidangkan pula dengan berita terlepasnya Pulau Batu Putih daripada tangan Malaysia.
Entah. Saya tidak nampak cahaya lagi di hujung terowong masa depan untuk Malaysia baik dunia atau akhirat selagi berada di bawah Umno/BN. Majoriti rakyat pun saya kira sudah berkesimpulan begitu.
Ini boleh dikesan melalui pelbagai tulisan-tulisan kekecewaan baik di akhbar perdana, warta-warta mingguan, media-media nyamuk dan suara-suara berita dari akhbar-akhbar alternatif. Jika orang muda yang selalu buka laman web dan blog, fenomena ini semakin jelas.
Apa yang ada di hadapan rakyat sekarang cuma satu sahaja iaitu memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif.
TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
6 Rejab 1429/ 9 Julai 2008. - mr_

Dunia rosak akibat zionis dan penjajah

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Thu Jul 10, 08 7:00:31 am MYT
Semua di kalangan kita menyedari bahawa dunia Islam terletak dalam kedudukan yang strategik di peta dunia. -->
Negara-negara umat Islam kaya dengan hasil bumi semulajadi yang turut sama memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Umat Islam bertebaran di seluruh dunia sama ada di Timur atau Barat.
Mereka merupakan tenaga manusia yang memikul amanah dakwah agama Islam, yang mengajak kepada keamanan , keadilan dan persaudaraan antara sesama manusia.
Tenaga kerja umat Islam pula dapat menjana tenaga kerja mahir dalam pasaran global yang luas. Umat Islam juga merupakan umat yang mampu membangunkan tamadun manusia dan mentajdidkannya. Namun kesan dan pengaruh penjajah masih lagi utuh dan teguh.
Situasi ini menghalang usaha murni untuk membangunkan aspek kerohanian dan material umat Islam itu sendiri apatah lagi untuk mambangunkan manusia keseluruhannya supaya mereka menjadi umat yang disebut oleh Allah sebagai umat yang terbaik.
Marilah kita menyedari bahawa Orde baru dunia hari ini adalah merupakan hasil dan cetusan strategi penjajah yang bertujuan untuk membendung kebangkitan Islam dan seterusnya menyekat umat Islam daripada kembali kepada ajaran agama Islam yang menjadi punca keagungan kita.
Negara-negara umat Islam hari ini tidak mempunyai kebebasan dalam menyusun hal ehwal ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan media. Mereka masih dibelenggu oleh peraturan yang ditetapkan oleh penjajah. Namun pada masa ini peraturan-peraturan penjajah itu dilaksanakan oleh anak bangsa kita yang menerajui sistem pemerintahan dan mereka bercakap dengan bahasa kita.
Dalam masa yang sama, gerakan Islam yang berjuang untuk membebaskan umat ini daripada cengkaman penjajah terpaksa berdepan dengan berbagai halangan dan rintangan sama ada dari dalam atau luar.
Sekalipun mereka bergerak dengan cara aman seperti menggunakan kaedah demokrasi, kebebasan hak asasi manusia, keadilan dan berbagai syiar yang dimomokkan oleh order baru pada masa ini, gerakan Islam masih dihalang daripada menegakkan syiar-syiar tersebut kecuali dengan syarat mengubah Islam atau mengenepikan asas-asas keimanan dan akhlak sebagaimana yang dikehendaki oleh mereka.
Jika kita mengimbau sejarah umat Islam, kita dapati umat Islam telah berjaya memberikan sumbangan yang besar kepada umat manusia khususnya di zaman keagungan Islam. Islam telah mengemukakan sistem yang terbaik dalam menguruskan sumber manusia sama ada dalam pembentukan individu, sistem pemerintahan, pengurusan ekonomi dan sebagainya.
Islam juga berjaya memberikan definisi yang jelas mengenai nilai-nilai baik, keadilan, persaudaraan antara sesama manusia dan hak-hak asasi kemanusiaan. Dari sudut yang lain Islam juga berjaya meletakkan manusia sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah dan menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini.
Antara keistimewaan Islam adalah kesesuaiannya dengan fitrah dan naluri semula jadi manusia. Oleh itu al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia sama ada melalui peraturan-peraturannya atau kisah-kisah yang dipaparkan supaya ia menjadi panduan kepada manusia dalam semua urusan mereka.
Islam merupakan agama yang paling sempurna mengatasi segala idealogi dan pemikiran yang dijadikan asas kepada order baru dunia hari ini. Kepincangan dan kelemahan idealogi manusia ini boleh mengancam keamanan dan kestabilan dunia sehingga tersebarnya gejala-gejala buruk dalam masyarakat dan negara. Manusia diancam kebuluran dan ketakutan sehingga akhirnya boleh membawa kepada kemusnahan dan kehancuran.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara kita di Turki yang telah menganjurkan muktamar tahunan yang menghimpunkan seluruh persatuan-persatuan dan gerakan Islam di seluruh dunia.
Muktamar ini diharap akan dapat menyatukan saf perjuangan umat Islam. Saya juga berharap semoga muktamar ini akan dapat menyelaraskan kerja-kerja ini dengan lebih baik dan teratur supaya kita akan berjaya memimpin umat ini untuk mencapai objektif yang diharapkan dan menyelamatkan umat manusia daripada agama yang menyimpang serta idealogi yang merosakkan.
Mudah-mudahan usaha ini akan menyebabkan kita berjaya menjulang tinggi agama Islam yang mulia ini sekalipun ia dibenci oleh orang yang kufur.
Islam sebagai agama yang syumul dan global memerlukan kita bersikap positif dalam menangani isu-isu berkaitan dengan politik, keamanan, ekonomi, akhlak, alam sekitar dan sebagainya.
Sungguhpun gerakan Islam disekat daripada bergerak secara bebas kita masih boleh berdepan secara aman dalam negara yang demokrasi.
Dari sudut yang lain, kita juga tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan secara terang-terangan bagi menghalang kemenangan kita di setiap tempat.
Begitu juga kezaliman yang menyekat kemajuan kita dalam bidang sains dan teknologi serta paksaan untuk kita patuh dan tunduk dalam usaha untuk menjajah bumi umat Islam dan menghalang hak-hak kita untuk hidup.
Dalam perayaan memperingati pembukaan kota Istanbul oleh orang-orang Turki yang keluar dari Asia Tengah dengan dipimpin oleh Muhammad al-Fatih r.h. mengingatkan kita kembali bahawa Islam akan memuliakan mereka yang berpegang dengan ajarannya.
Sebagaimana Allah telah memuliakan masyarakat Arab yang keluar dari tengah padang pasir dan berjaya menewaskan dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi.
Mereka berjaya memimpin dunia setelah mereka berpegang kepada ajaran Islam. Kita juga akan berjaya memulihkan dunia yang telah dirosakkan oleh golongan Zionis dan penjajah moden ini jika kita kembali kepada Islam kerana kita berada di atas landasan yang benar.
Kebenaran akan terus kekal dan akan mendapat pertolongan daripada Allah SWT Mereka membuat perancangan-perancangan jahat mereka sedang Allah juga merancang untuk mereka dan ingatlah bahawa Allah tidak akan menyalahi janji kepada para rasul-Nya dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bertindak. - mks.
[Terjemahan intipati ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berucap di 17th International Congress of Muslim Communities Union, 29 ? 30 Mei 2008, Istanbul, Turki. Ucapan diberikan dalam Bahasa Arab]

Rabu, 9 Julai 2008

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim Wed Jul 09, 08 4:43:07 pm MYT
Soalan Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah. -->
Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?
Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."
Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba?ath (Kebangsaan Arab).
Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.
Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.
Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha? melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu ?Qazaf?.
Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.
Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.
Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.
Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_

Selasa, 8 Julai 2008

Wadah protes wajar di jalan raya - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Sesuatu protes atau bantahan terhadapsesuatu isu mesti dilakukan dengan kaedah yang betul demi menyampaikanmesej jelas kepada kerajaan.Presiden PAS Dato' Seri Guru Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkatapendekatan menggunakan stadium bagi melahirkan protes itu tidakmemberi kesan yang sepatutnya dan tidak sampai mesej. "Perlu ke padajalan raya dan perlu menyampaikan nota bantahan kepada pemimpin, ituyang sepatutnya," katanya.Beliau berkata demikian semasa mengulas Himpunan Protes Sejuta Rakyatyang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) diKelana Jaya Ahad lalu yang mendapat kritikan pelbagai pihak."Walaupun lima minit atau 10 minit, kalau protes dilakukan lima minitpun berkesan, apa yang penting ialah kita dapat menyamapaikan mesj itukepada kerajaan dan rakyat"Kalau suara hanya tertutup dalam stadium , hanya itusajalah..... sekadar melepaskan geram bukan dari erti kata yangsebenar," katanya ketika ditemui Harakah dalam temubual eksklusifberkaitan isu-siu semasa di pejabat pembangkang di Parlimen pagi tadi."Kita perlu menghantar wakil bertemu....bukanlah tak boleh....bertemumenteri yang bertanggungjawab itu protes yang betul...kerajaan mestiterbuka dalam masalah ini," katanya.Beliau turut merujuk kepada situasi yang berlaku di London semasalawatannya ke negara itubaru-baru ini dimana kerajaan tersebutmembenarkan demonstrasi. Polis pula mengawal daripada berlaku apa-apayang tidak diingini, ujar Presiden PAS. "Di Amerika, begitu juga,polis tidak melakukan sebarang provokasi, polis membiarkan pesertademonstrasi menyampaikan apa yang mahu dinyatakan dan kerajaan merekamendengar," tegasnya lagi.Beliau turut memberikan pandangan berhubung isu-isu terkinimembabitkan Pakatan Rakyat, kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim dankemelut politik semasa.- wann/mks.(Ikuti kupasan lanjut wawancara penuh bersama Presiden PAS dalamHarakah keluaran 9 Julai ini) _

Sehari Bersama YB Ustaz Mohd Nor Hamzah,ADUN Bukit Payung Terangganu

ACARA : KENDURI/MINUM PETANG
TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : UPU KESANG TUA (RUMAH MAK ITAM)

ACARA : KULIAH MAGHRUB
TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS MARDEC (DURIAN TUNGGAL)

ACARA : PIDATO RAKYAT
YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH , ADUN BUKIT PAYUNG,
YB GOH LIONG SAN,ADUN KESIDANG, MELAKA (DAP)
USTAZ KAMARUDDIN BIN HAJI SIDEK, KETUA PEMUDA PAS MELAKA
TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 9.00 ALAM
TEMPAT : J 4598 PEKAN JASIN,MELAKA(RUMAH SDR ZAHARI BIN HARIS) SEBELAH PETRONAS STEYSEN JASIN

ACARA : KULIAH SUBUH
TARIKH : 13 JULAI 2008 (AHAD)
MASA : 6.00 PAGI
TEMPAT : SURAU HAMAS, SIMPANG KEMENDORE,JASIN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

ANJURAN MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN

HUBUNGI : MOHD DIAH BIN MD KATAS (SETIAUSAHA MTD N24)
TALIPON : 06-5216981/ 019-6645105
FAKS : 06-5216981
EMAIL : pas_air panas@yahoo.com.my
asslam08.gmail.com

UNDANG-UNDANG ISLAM

England & Wales Mahukan Syariah Islam?

England dan Wales gempar sekali lagi apabila Ketua Hakim Nicholas Phillips membuat kenyataan undang-undang syariah Islam boleh memainkan peranan dalam sistem perundangan England dan Wales.

Sebelum itu pada bulan Februari yang lalu ketua gereja Anglican sedunia Biskop Canterbury, Rowan Williams membuat kejutan dengan berkata Britain mungkin akan menerapkan sebahagian daripada undang-undang syariah.

Hakim Phillips dalam satu ucapan di Pusat Islam London Timur berkata 'Tidak ada sebab kenapa Syariah, atau kanun agama lain, tidak boleh menjadi asas bagi pengantaraan atau menjadi alternatif dalam menghuraikan sesuatu pertikaian' walau bagaimanapun perlaksanaannya terikat dengan dasar yang ada pada undang-undang England dan Wales.

Hakim Phillips mempertahankan kenyataan Biskop Williams berhubung perundangan Islam sambil berkata kenyataan Biskop Williams 'tidak begitu radikal' sambil berkata sistem perundangan sekarang 'akan berusaha menerapkan saranan Ketua Biskop itu' biarpun biskop Williams digesa untuk meletakkan jawatan.

Walaupun tanpa status sah buat masa ini sudahpun ada lebih kurang 12 mahkamah syariah di Britain yang menjadi pengantara masalah keluarga kira-kira 1.6 juta orang-orang Islam di Britain.

Biarpun tidak akan berlaku hukuman seperti sebat atau rejam sampai mati ini sudah cukup sebagai permulaan bagaimana agama Allah itu sendiri mendapat tempat di hati orang bukan Islam yang secara tidak langsung mengiktiraf agama Allah dan semuanya bergantung kepada Parlimen Britain.

Persoalannya sekarang Malaysia bagaimana... .

Isnin, 7 Julai 2008

Apa Jadi Dengan Himpunan Protes

PENJELASAN PENDIRIAN PEMUDAKRONOLOGI BANTAHAN PERSEMBAHAN KUMPULAN UNDERGROUND DALAM HIMPUNAN PROTES 6 JULAI 2008.
Mesyuarat Protes pertama – Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais.19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi.20 Jun 2008 (Jumaat) Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground.30 Jun 2008 (Isnin)Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian program dalam Himpunan tersebut terutamanya kehadiran kumpulan band underground dan menimbulkan polemik di kalangan aktivis pemuda dan PAS. DPP Pusat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemuda pada sebelah malam dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat memutuskan untuk membantah kehadiran kumpulan underground dalam program tersebut dan bersetuju untuk menarik sokongan Pemuda kepada program Himpunan tersebut sekiranya tuntutan pemuda tidak dilayan. Mesyuarat mewakilkan Sdr Kamaruzaman (Ketua DPP Wilayah Perskeutuan juga Exco DPP Pusat) bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPN Johor yang juga Exco DPP Pusat) ke mesyuarat PROTES pada keesokannya.1 Julai 2008 (Selasa (siang))Mesyuarat ke 5 Protes di bangunan PAS. DPP Pusat menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program (pengisian) yang ada unsur hiburan (konsert kumpulan underground). Hishamuddin Rais sebagai Pengerusi Persembahan menjanjikan untuk membuang senarai nama kumpulan tersebut atas bantahan DPPP. Protes meminta DPPP berbincang lebih lanjut dengan Hishamuddin Rais untuk mendetailkan aturcara baru.1 Julai 2008 (Selasa (malam)Pertemuan DPPP yang diwakili oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama beberapa Exco DPP WP. Mesyuarat bersetuju menukar persembahan kumpulan rock kepada kumpulan nasyid dan dikir barat. Sekali lagi Hishamuddin Rais memberikan jaminan dan berjanji bahawa kumpulan underground tidak akan membuat persembahan. Sdr Kamaruzzaman menegaskan sekiranya berlaku persembahan yang tidak menepati kehendak seperti yang dipersetujui pihak Pemuda akan membatalkan penyertaan Pemuda PAS.
4 Julai 2008 (Khamis)DPPP berpuashati dengan penjelasan Sdr Kamaruzaman dengan aturcara himpunan yang baru dan jaminan kawalan persembahan yang baik. DPPP telah mengarahkan kehadiran seluruh pemuda termasuk petugas AMAL di seluruh negara melalui SMS dan pengumuman dalam Sistem komuniti UKJ.6 Julai 2008 (Ahad)Dari jam 9.00 pagi – 1 tengahari.Himpunan Protes berlangsung. Sebelah pagi program berlangsung dengan baik dan aman. Persembahan yang moderate sehingga jam 1 tengahari. Pemuda PAS dan pasukan AMAL bertugas di segenap penjuru daripada petugas keselamatan, protokol, sehingga kepada Pengerusi Majlis. Jam 2.30 petang.Program sesi petang dimulakan dengan persembahan kebudayaan India (Hindraf) disusuli dengan persembahan berat rock band (kumpulan rock). Walaupun judul lagu dianggap patriotik dan bersifat satira politik, pemuda PAS keseluruhannya mula keresahan. Melihat kepada penonton yang hadir kebanyakannya dari kalangan aktivis PAS (muslimat, golongan agamawan dan lain-lain). Sdr Kamaruzaman cuba menghentikan persembahan dan mengadakan rundingan dengan Hisamudin Rais untuk menghentikan persembahan band tersebut tetapi gagal. Program terus berlangsung dengan 3 buah lagu rancak. Sdr Kamaruzaman berbincang dengan Ust Azman Syapawi Abdul Rani (Naib Ketua DPP Pusat) dan DPPP membuat keputusan untuk memboikot dan menarik diri dari menjadi petugas himpunan Protes tersebut. DPPP mengarahkan seluruh petugas AMAL dan pemuda keseluruhannya menarik diri.Jam 7.00 petang.DPPP diberitakan berlaku insiden tunjuk punggung oleh kumpulan Karburator Dung.Yang benar,Ahmad Sabki YusofSetiausaha DPPP