Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 24 Mei 2008

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Melaka

Tarikh : 23/5/08(Jumaat)
Masa : 2.30-4.30 petang
Tempat :INB Resort Air Keroh, Melaka
Peserta : Semua Guru,Pembantu serta warga PASTI Cawangan

Untuk gambar sila layari
http://picasaweb.google.com/assalam08/PastiAsSalam02?authkey=jaIKBzAZsIs

Selasa, 20 Mei 2008

MahaDeath Keluar UMNO

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti


PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS

Ahad, 18 Mei 2008

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Versi Kemaskini

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam

Sumber : Ust Zaharuddin

Download Ebook

1. Jalan Terindah : Sebuah perjalanan menuju Allah melalui Solat
2. Indeks Al-Quran Tercanggih menggunakan Excel
3. Novel Ayat-ayat Cinta oleh Habibur Rahman
4. Bagaimana kita menyeru kepada Islam oleh Fathi Yakan
5. Keajaiban Al-Quran
6. Kumpulan Doa Dalam Al-Quran dan Hadis
7. Sikap Muslim Dalam Fitnah
8. Detik-detik Hidupku Hassan Al-Banna
9. Asas Fardhu Ain
10. Apa Ertinya Saya Menganut Islam Oleh Fathi Yakan
11. Bagaimana Menyentuh Hati
12. Tafsir Al-Quran Mengikut Juz : Juz 01, Juz 02, Juz 03, Juz 04, Juz 05, Juz 06
13. Tajwid Ringkas

Sabtu, 3 Mei 2008

Pelancaran Darussyifa Melaka

Majlis Pelancaran Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Melaka, Kumpulan Pertama (Sesi 2006/2007)
Pada 5 Ogos 2006 Cawangan Darussyifa’ Melaka yang baru berusia 3 bulan telah mengorak langkah seterusnya dengan menyediakan peluang kepada penduduk-penduduk Islam diselatan tanahair khususnya disekitar Melaka untuk mengikuti Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’.

Pada 5 Ogos 2006, majlis pelancaran Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Majlis pelancaran Kuliah Pengubatan yang pertama dan untuk kumpulan yang pertama ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah, Solok Gaung, Air Molek Melaka bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

Pada tahun 2004, enam orang sahabat yang menetap di Melaka telah berazam untuk belajar ilmu Pengubatan Islam yang dianjurkan oleh Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi. Mereka telah diterima belajar untuk sessi 2005/2006 dalam Kumpulan ke-17. Mereka telah berulang-alik dari Melaka ke Bandar Baru Bangi setiap hari Isnin dengan berkongsi menaiki MPV selama setahun untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Alhamdulillah dengan berkat kegigihan akhirnya mereka telah diijazahkan pada penghujung tahun 2005. Mereka kemudiannya telah mencadangkan kepada Darussyifa’ Pusat supaya Darussyifa’ Cawangan Melaka ditubuhkan. Cadangan mereka telah direstui, kemudian pada 24 April 2006 cawangan Melaka ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Cadangan untuk mengadakan Kuliah pengubatan di cawangan ini adalah cetusan dari enam sahabat ini yang terdiri daripada Ustaz Faisol Sheikh Mohamed, Ustaz Awang b Abdul Rahman, Ustaz Ibrahim, Ustaz Mohd Diah, Ustaz Kamarulzaman b Ahmad, Tuan Haji Nordin b Hj Yusof dan juga seorang peserta kumpulan yang terdahulu iaitu Tuan Haji Saad yang melihat bertapa perlunya kelas tersebut diwujudkan untuk manfaat peserta dari selatan khususnya di Melaka.

Seramai 130 orang telah membuat permohonan untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ di Melaka ini bagaimanapun setelah di temuduga hanya 113 orang sahaja yang telah diterima iaitu terdiri daripada 94 orang lelaki dan 19 orang wanita.

Kuliah Pengubatan Islam yang kedua akan bermula pada hari Ahad 27 Ogos 2006 bertempat di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah ini juga. Kuliah seterusnya akan berlangsung selama setahun dengan kekerapan 2 kali sebulan dan diadakan pada hari Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

di petik dr
http://www.darussyifa.org/PelancaranKuliah_Melaka_5Ogos2006.php

Perlembagaan Negara

Perlembagaan : Formula Terbaik Penyatuan PAS - DAP

Perbahasan demi perbahasan tentang Negara Islam semakin hebat. Bermula dengan hasrat dan cadangan Pas membawa kepada rentetan yang meleret tidak ketentuan. Idea-idea bernafsu dan taasub mengisi perbincangan. Kekadang asasnya ialah taasub terhadap ideologi dan kekadang asasnya adalah sentimen perkauman dan ada juga yang semacam berpegang pada toleransi yang tidak berprinsip.
Ada satu alasan yang menyebabkan pertelagahan ini Tidak akan selesai iaitu semua penganut ideologi parti-parti ini benar-benar 'menganut' secara zahir semua polisi dan dasar parti mereka. Maksudnya ialah...Pertama, Menganut bererti memegang secara kuat, tekad, kemas yang menyamai 'beriman' dengannya. Kedua, secara zahir bererti tidak memahami 'hati' dan niat dasar dan polisi tersebut.

Perbezaan polisi dan dasar sesebuah parti antara satu sama lain bukanlah satu masalah sehingga ia bersifat muktamad dan tidak boleh bertolak ansur lagi.
Perbezaan ini adalah satu keistimewaan bukan satu kelemahan atau halangan. Formula yang ingin saya kemukakan disini akan memberi peluang kepada kedua-dua parti memperjuangkan ideologi masing-masing tanpa berlaku pertembungan. Tidak perlu Pas bertegang leher dan tak perlu Dap berkeras pedal untuk mempertahankan ideologi masing-masing.

Muqaddimahnya ialah :

SEMUA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT BOLEH MEMPERJUANGKAN IDEOLOGI MASING-MASING SELAGIMANA ADA RUANG YANG DIBERIKAN PERLEMBAGAAN.
Bermakna semua parti disatukan oleh perlembagaan. Implikasinya ialah: -

1. Pas akan melaksanakan cita-cita Negara Islam yang dinaskan dalam polisi Pas melalui ruang perlembagaan Negara. Panduannya begini...sebenarnya jika difahami segala peruntukan perlembagaan samada perkara 3, 11, senarai negeri dan lain-lain peruntukan dengan segala tafsirannya, percayalah, semua dasar Pas adalah berpeluang seluas-luasnya untuk dilaksanakan. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan pakar undang-undang Pas menggunakannya. Yang pasti Pas tidak perlu mengorbankan cita-citanya untuk melaksanakan 'Islamic state'.

2. Dap boleh melaksanakan idea dan cita-citanya berdasarkan apa yang termaktub dalam dasar parti selagimana ada ruang untuk Dap menggunakan peruntukan yang ada dalam perlembagaan. Bermakna, Dap dibenarkan untuk menjayakan polisinya bergantung kepada 'kebenaran' dan keizinan perlembagaan.

3. Pas tidak perlu mengubah perlembagaan dan Dap juga tidak perlu mengubah perlembagaan selagimana ia belum mencapai keperluan mendesak.
FORMULANYA : SEMUA PARTI DIIKAT DENGAN PERLEMBAGAAN.

Pas perlu sedar dan yakin dengan apa yang disebutkan oleh pakar perlembagaan, Prof. Dr. Aziz Bari bahawa dengan peruntukan yang ada sebenarnya telah memungkinkan hokum Islam dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Tidak perlu Pas mengemukakan rasional dan kehebatan dengan hujah-hujah sebagaimana yang di debatkan sekarang kerana orang yang di debatkan itu sememangnya tidak mampu rasional pada masa ini. Ia hanya akan merumitkan keadaan. Pas sepatutnya mengkaji perlembagaan dan tubuhkan jawatankuasa undang-undang Pas yang diketuai oleh Prof. Dr. Aziz Bari untuk melihat ruang dan celah yang ada dalam perlembagaan yang membolehkan cita-cita Islam Pas dapat dilaksanakan tanpa perlu mengubah perlembagaan tersebut atau mengorbankan cita-cita Islamnya.

Dap pula tidak perlu mempertikaikan cita-cita Pas kerana apa yang dibuat oleh Pas adalah melalui kebenaran atau keizinan perlembagaan. Selagimana Pas mengikut perlembagaan Dap tidak boleh pertikaikan bahkan perlu menyokongnya atas dasar satu pakatan. Dap juga dibenarkan untuk melaksanakan dasarnya dengan menggunakan ruang yang ada melalui perlembagaan. Dan percayalah, bukan semua dasar Dap dapat dilaksanakan jika mereka memahami perlembagaan. Perlembagaan Negara sebenarnya banyak menyebelahi Pas.

Pas juga perlu terima 'Malaysian Malaysia' sebagai satu prinsip yang tidak bertentangan dengan Islam bahkan jika diberi tafsirannya dengan cara Islam ia memang berpegang pada prinsip keadilan Islam yang sebenar.
Sebagai pedoman bagi Pas, perlembagaan bukanlah satu 'Dustur' yang dianggap anutan atau kepercayaan yang melibatkan sah dan batalnya iman seseorang tetapi ia hanya satu platform. Bermakna ia hanya lah sebagai jalan, laluan, kaedah, dan hikmah yang di sebutkan oleh Rasulullah ' kutiplah kebijaksanaan dimana yang kamu jumpa'. Inilah yang menjadi pedoman Presiden Pas ketika menjelaskan kedudukan demokrasi dalam Islam.

Saya secara peribadi begitu yakin formula ini mampu menyatukan Pas dan Dap. Hanya satu tali sahaja yang mampu mengikat kedua-dua parti ini iaitu PERLEMBAGAAN.
Kesannya, tidak akan berlaku Pas memaksa Dap menganut ideologinya , begitu juga Dap takkan dapat berkeras dengan Pas untuk mengorbankan dasar ' Islamic state' nya.
Kesimpulannya. ..'Islamic state boleh dijayakan dengan perlembagaan' . 'Malaysian Malaysia juga mempunyai ruangnya melalui perlembagaan' .
Semoga Pakatan Rakyat menerima idea ini sebagai langkah perpaduan yang dicari. Inilah jalannya...HARAP DIPERTIMBANGKAN SEMUA PIMPINAN PARTI PAKATAN RAKYAT

Sumber : zamankhan

Jumaat, 2 Mei 2008

Kempen Menentang ISA

(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Detikdaily
"Mahu saya simbahkan air asid ke muka Khairy ..."
Posted on Thursday, May 01 @ 08:33:11 MYT by reformis
Oleh Norlaila Othman.
Keluarga Tahanan ISA 6 tahun

Saya keluar dari bangunan Parlimen petang tadi dengan hati yang panas dan menggelegak. Sekiranya saya ada bawa air asid, hendak saja saya simbah ke muka mereka-mereka yang begitu ‘sayang’ dan angkuh kerana mereka dijaga oleh ISA.

“I tak boleh pakai badge ni sebab I luv ISA…. Lagi pun family I belum ada yang kena ISA”, itu lah jawapan Timbalan Ketua Pemuda UMNO yang juga menantu bekas penguasa ISA, Khairy Jamaludin, ketika dihulurkan lencana ISA kepada beliau petang tadi.
Sebelum itu saya dan YB Dr Lo’ Lo menghulurkan lencana yang sama pada Mukhriz Mahathir dan jawapannya ialah “saya tak boleh ambil badge ni … lagipun, kalau tak salah, kenapa mereka kena ISA pula?”
Berdesing telinga saya mendengar kata-kata itu.
Itulah antara kata-kata sebahagian Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kami temui di Parlimen petang tadi.
Pada hari ini, Gerakan Mansuhkan ISA telah mengadakan satu majlis khas menyerahkan lencana ISA kepada semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Di majlis itu, GMI dengan kerjasama Bar Council menyerahkan satu memo yang diterima oleh Ketua Pembangkan YB Datin Seri Dr Wan Azizah dimana dalam memo itu, mendesak supaya semua tahanan di Kem Kamunting segera dibebaskan.
Dalam majlis itu, Saudara Amer Hamzah, yang menjadi peguam tahanan, mendesak supaya Datuk Seri Syed Hamid Albar pergi melawat tahanan di Kem Kamunting dan lihat sendiri keadaan mereka.
Syed Hamid dilantik menjadi menteri kerana beliau di pilih oleh rakyat, justeru, dia sepatutnya berusaha untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukan setakat melawat tahanan ISA di Kem ,tetapi juga untuk membebaskan mereka dengan segera.

Majlis penyerahan lencana ini adalah salah satu usaha untuk mendidik rakyat yang dipilih menjadi Ahli Parlimen supaya mereka mempunyai sedikit rasa simpati terhadap nasib Tahanan ISA yang berada dalam pemerintahan mereka.
Ahli Parlimen adalah orang yang dipilih rakyat untuk membela nasib mereka.
Namun, dari pemerhatian saya, walaupun ramai rakyat tidak suka ISA, namun pemimpin yang mereka pilih ini adalah dari golongan manusia yang hati mereka telah kering kontang dari sifat belas kesihan kepada sesame manusia.

Walaupun rakyat telah memberi gambaran bahawa mereka menolak pemimpin yang ego,bongkak dan tidak berperikemanusiaan dalam PRU12 baru-baru ini, namun semua pemimpin yang saya temui tadi seolah-olah tidak ada rasa simpati, jauh dari rasa insaf dengan “hukuman’ yang telah dijatuhkan oleh rakyat.
Saya rasa amat malang menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang sengaja jahil dan tidak mahu membuka mata hati mereka terhadap kejahatan serta kezaliman ISA.
Mungkin mereka akan sedar jika UMNO sudah dibubarkan dari bumi Malaysia ini.

Khamis, 1 Mei 2008

Pesta Sukan BolaSepak dan Bola Jaring PASTI Jasin



Alhamdulillah buat julung kali menyertai hari sukan peringkat kawasan, PASTI AsSalam menunjukkan semangat kesukanan yang sungguh tinggi didalam menjayakan sukan tersebut. Pasukan AsSalam yang baru ditubuhkan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan bola sepak setelah mengalahkan pasti Alamin 1-0, kalah dengan alikram 2-1 dan menang dengan AsSyakirin 2-1 pada pusingan pertama dalam kumpulan A. Walau pun mendapat naib juara kumpulan A pasti AsSalam menunjukan kesungguhan didalam peringkat separuh akhir dimana berjumpa dengan juara kumpulan B iaitu pasti Nurul Iman.
Seterusnya bagi menentukan tempat ke tiga/keempat pasti AsSalam sekali lagi bertemu sengan pasti AlIikram dimana permainan ditentukan dengan tendangan penalti setelah seri 2-2 hinga masa penamat. tendangan yang berjaya membolosi gol AlIkram dimasukan oleh penyerang AsSalam iaitu Mohad Amirul Aiman Bin Ariffin namun pemain impot AsSalam iaitu Aiman dan Khairil tidak berjaya memasukan gol yang membawa kemenangan kepada AlIikram2-1.
Bagi pasukan bola jaring pula pasukan AsSalam hanya berjaya memasukan 2 gol semasa bertenu dengan Pasti Nurul Iman dan mendapat sagu hati.
Walau bagaimana pu setimggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasti AsSalam, terimakasih kepada jurulatih guru dan khas semuanya untuk warga assalam.