Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 23 November 2012

JAMUAN MAKAN MALAM DAN PELANCARAN ARC

Muslimin muslimat,rakan-rakan Pakatan Rakyat,para pencita keamanan dijemput ke majlis kami bagi mengumpul dana untuk menghadapi PRU 13.Kad jamuan berhaga RM 10.00 cuma,boleh didapati dengan menghubungi urusetia program.Pengerusi 0192200944.

Selasa, 20 November 2012

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam "

JIKA : ~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), ~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan ~ Israel dengan Shayetet 13, Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis. Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam. 


 Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar. Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. "Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. 

 Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang. Peraturan " Briged Al-Qassam ". "Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya. Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting. "Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

 "Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya. Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam. "Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam. Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

 Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel). Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam. Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

 Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga." Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam. Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -Fb Nikahhalal.corp

Selasa, 13 November 2012

persembahan nasyid sempena Majlis Konvokesyen kali ke 5 murid Pasti As Salam,Ayer Panashttp://www.youtube.com/watch?v=UtPg9ev9xAM&feature=colike

Isnin, 12 November 2012

Rabu, 24 Oktober 2012

Qurban Berjamaah PAS Ayer Panas @ PASTI As Salam Kali Ke 10


Salam AidilAdha buat semua muslimin muslimat.Sukacita PAS Ayer Panas @ PASTI As Salam menjemput semua ke majlis Qurban dan Aqiqah anjuran kami pada tarikh yang tersebut di atas.Alhamdulillah kali ini genap 10 tahun program ini kami dapat laksanakan dengan kerjasama semua yang terlibat.Muga semua amal baik ini berterusan dan dipandang Allah sebagai amalan yang baik di sisinya Insyallah

Ahad, 21 Oktober 2012

PENDAFTARAN MURID DIBUKA SEKARANG


Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Khatam Al Quran,Penyerahan agihan zakat,Iftar Jama’e,Solat sunat Terawih dan Tazkirah Ramadhan

Tarikh:           22 Ramadhan 1433 / 11 Ogos 2012 (Sabtu)
            Tempat:          PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
 
. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga akan memberikan Tazkirah Ramadhan nanti
Berikut adalah tentetif majlis bagi memudahkan tuan
            5.30 petang     -           Ketibaan para jemputan.
            5.45 petang     -           Majlis Khatam Al Quran Berjamaah,bacaan Yasin dan Tahlil.
            6.30 petang     -           Majlis Penyerahan Agihan Zakat kepada para penerima.
            7.22 petang     -           Iftar Jama’e,solat Maghrib dan Jamuan
            8.33 malam      -           Solat Isya,sunat Terawih,Tazkirah Ramadhan dan moreh
            10.30 malam    -           bersurai 
 
Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan muslimin,muslimat dan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan apa jua sumbangan bagi menjayakan majlis,ini ,adalah sangat dialu-alukan.
5.Sekian untuk makluman tuan,semuga dengan kehadiran kita semua kemajlis ini akan menghasilkan kebaikan di dunia dan lebih lagi di akhirat  insyallah.

Selamat menempuh Fasa kedua dan ketiga Ramadhan dan semuga bertemu dengan malam lailatul qadar dan selamat menyambut Aidilfitri.

Isnin, 6 Ogos 2012

Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

dipetik dr  http://greenboc.blogspot.com/2012/08/persoalan-manusia-semuanya-telah.html

Isnin, 23 Julai 2012

Aktiviti Ramadhan 1433

PROGRAM IHYA RAMADHAN PASTI AS SALAM @ PAS KAMPUNG AYER PANAS
Tarikh:1 Ramadhan 1433 H bersamaan 21 Julai 2011(SABTU)
Masa:6.15 petang hingga 10.30 malam
Tempat:PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
Xtvt:Bacaan surah Yassin,Al Maathurat,Bacaan Tahlil,Iftar,solat Maghrib berjamaah,jamuan / rehat,solat isya berjamaah,solat sunat Terawih,Tazkirah,moreh dan bersurai.Prpgram mingguan sempena Ramadhan ini anjuran bersama PASTI As Salam dan PAS Cawangan Ayer Panas /MTD N24 Bemban.Muslimin muslimat dijemput hadir
Penyampai Tazkirah:Minggu pertama disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kaw Jasin Al Fadhil Ustaz Faisol Syeikh Mohd.Di dalam tazkirahnya beliau menekankan pentingnya meninggalkan pekara yang membatalkan akidah seperti mempercayai adanya hukum yang lain yang sama@melebihi daripada apa yang ditentukan Allah
Imam Terawih:Pengerusi PASTI As Salam merangkap Pengerusi PAS Cawangan Ayer Panas juga selaku Pengarah MTD N24 Bemban
facebook pasti assalam
ZIARAH KASIH RAMADHAN @ UPU TEHEL
Tarikh:2 Ramadhan 1433 H bersamaan 22 Julai 2011(AHAD)
Masa:11.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat:UPU TEHEL-lokaliti Tehel Hulu,Paya Kundang,Taman Wira,Tanjung Labuh
XTVT:Menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian bagi meringankan golangan kurang berkemampuan,progrom juga disertai YB Sim Tong Him -ahli Parlimen Kota Melaka dan AJK seketriat Pakatan.Rakyat DUN N24 Bemban.Walaupun hujan lebat kami berjaya mencapai misi menziarahi dan menghulurkan sedikit sumbangan.Rakyat di Hati Kami

Awal Ramadhan: Mursi Melangkah Ke Kampung Halaman

Kota Zagazig terdapat sebuah masjid yang besar nan indah bernama “Masjid Fath”, ia menjadi masjid pertama yang di ziarahi dan ditunaikan di dalamnya solat jum’at pada Ramadhan 1433 H oleh seorang presiden yang juga berasal dari kota ini. Awal puasa di Mesir jatuh pada hari Jum’at, 20 Julai 2012 dan di awal puasa ini pun presiden Mesir yang baru memiliki banyak agenda diantaranya ziarah ke tempat kediamannya di wilayah Sharqeya.

Mengetahui presiden akan datang dan menunaikan solat jum’at di masjid kebanggaan orang-orang zagazig, maka tak hairan pagi jum’at mulai pukul 9 hingga tiba waktu solat jum’at, masyarakat ramai berbondong-bondong menuju masjid megah ini untuk menunaikan solat jum’at sekaligus ingin melihat secara langsung sosok presiden yang lahir di desa Al Idwah, Zagazig.

Saat akan memasuki masjid, seluruh masyarakat perlu beratur dan semuanya diperiksa satu persatu oleh polis tak terkecuali saya pada waktu itu yang juga ikut beratur. Ketika masuk masjid, saya melangkah ke depan mengambil saf paling awal, kemudian melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid. Jam sudah menunjukan pukul 11 pagi, para jam’ah solat jum’at pun kian banyak, mereka rela berdesak-desakan untuk menunggu kedatangan sang presiden yang sebentar lagi akan memasuki masjid, sambil menunggu sebagian jama’ah banyak yang membaca qur’an dan berzikir.

Terlihat di depan pintu masuk, syaikh Ali Jum’ah sang mufti Mesir telah tiba didampingi beberapa ulama al Azhar lainnya. Banyak ucapan yang dilontarkan oleh jama’ah masjid saat menunggu kedatangan presiden, ada yang menyerukan takbir dan tahmid, dan ada pula yang bersalawat. Tak lama kemudian DR.Muhammad Mursi tiba dan memasuki masjid, tampak juga ketua Majlis Syura (MPR) Prof.Dr.Ahmad fathi yang juga berasal dari Zagazig, para jama’ah pun berdiri ingin melihat langsung sosok pemimpin mereka yang baru, para pasukan pengawal presiden pun berdiri, membuat pagar mengamankan situasi.

Setelah DR.Mursi masuk masjid, ia tidak langsung duduk tapi melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid, melihat kejadian ada salah seorang bapak Mesir yang duduk di samping saya berkata : “ahsanun nas” (manusia terbaik). Ada yang berteriak “kullu sanah wa anta thoyyib ya Rais” (kebaikan selalu menyertaimu duhai Presiden). Dan ada pula yang berkata: “berpuluh-puluh tahun saya solat di masjid ini, baru kali ini diziarahi presiden dan ia solat bersama kita”, mendengar ungkapan itu salah seorang jama’ah di sampingnya bertutur: “Hadza min fadhli Rabbi”. Bahkan ada seorang Bapak membawa 2 orang anak laki-lakinya yang masih kecil, ia berkata kepada anaknya: “itu nak presiden kita, Mursi .. agar kalian tahu”. Gema takbir pun berkumandang dari setiap sudut masjid Fath.

Melihat suasana seperti ini, badan saya pun bergetar dan hati saya berkata: “Ya Allah, alangkah indahnya suasana seperti ini, masyarakat Mesir sekarang sudah merasakan begitu dekatnya pemimpin dengan rakyatnya, segala puji hanya bagi Engkau”.
Saat Khatib jum’at berkhutbah, ia berpesan kepada seluruh jama’ah: “hendaklah kita semua berbuat adil kepada siapa saja, pemimpin harus berbuat adil kepada rakyatnya, kerana adil itu dekat dengan taqwa”.

Seusai shalat, DR.Mursi langsung berdiri, menyalami rekan-rekannya dan juga kepada para ulama-ulama. Ada yang menarik setelah itu, ketika panwalpres mempersilakan Musri untuk segera meninggalkan ruang masjid, Mursi menolak dan ia minta diberikan mix, dan ia pun langsung berbicara sambil mendekati jama’ah: “segala puji bagi Allah, kita dipertemukan Allah pada bulan Ramadhan kali ini dan saya berpesan kepada semuanya; banyak-banyaklah membaca al Qar’an dan amalkan isi al Qur’an”. Mendengar penyampaian itu semua jama’ah bertakbir .. “Allahu Akbar”, gemuruh suara pun menggema di dalam hingga ke luar masjid. Mursi keluar masjid dan langsung menuju mobil keprisidenan.

Saya melihat masyarakat, tampak rasa bahagia di wajah-wajah mereka, semua bergembira, senang, penuh suka cita, seakan – akan mereka tidak ingin berpisah dari sang presiden dan ini merupakan sesuatu yang baru bagi mereka.

Sungguh amat sangat jauh berbeza yang pernah saya rasakan dan alami sekitar 5 tahun yang lalu, di saat Hosni Mubarak berkunjung ke Zagazig. Kebetulan waktu itu saya tinggal di apartmen tingkat 7 sebelah stadium. Sehari sebelum presiden Mubarak tiba, pihak polis sudah berjaga – jaga, mereka berdiri di atas apartemen dengan persenjataan yang lengkap. Pada saat Mubarak akan tiba di lapangan stadium dengan kendaraan helikopter, seluruh jendela rumah kami ditutup dan tidak boleh melihat apalagi membuka pintu dan jendela. Dan pernah kejadian juga sebelumnya saat kampanye pilpres Mesir di stadiun Zagazig, teman-teman saya yang tinggal di apartmen tingkat 7 tadi dikosongkan sementara (5 hari) ke rumah teman Indonesia yang lainnya demi keselamatan sang diktator Mubarak yang ingin kembali mencalonkan Presiden mesir.

Selanjutnya, Mursi kembali melanjutkan perjalanan, melangkah menuju desa Al Idwah - Sharqeya, menziarahi keluarga dan buka puasa bersama.

Demikian tulisan ini saya sampaikan, semoga banyak hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil. Kepada rakyat Mesir, mabrouuk,, telah Allah kirimkan kepada kalian sosok pemimpin yang beriman yang dekat dan sayang kepada masyarakat. Semoga DR.Mursi senantiasa diberi taufik dan kekuatan untuk memimpin negeri kinanah ini, amin ya Rabb, selamat berjuang rakyat Mesir!! Ramadhan Kareem. -pkspiyungan.org

Isnin, 9 Julai 2012

RAMADHAN KAREEM / IHYA RAMADHAN PASTI AS SALAM @ PAS KAMPUNG AYER PANAS

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang .Sukacita dimaklumkan PASTI As Salam dengan kerjasama PAS Cawangan Ayer Panas akan menganjurkan beberapa program sempena bulan yang mulia ini seperti tahun-tahun yang sudah.
Sehubungan dengan itu Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa penganjur dengan sukacita menjemput tuan sama-sama menyertai program yang kami anjurkan bagi memeriahkan Ramadhan ini

Khamis, 5 Julai 2012

Kempen Amalan Baca Bismillah

Rabu, 4 Julai 2012

Fadhilat Nisfu Sya'ban: Mari Dengar Hadis bercerita..

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ"
- رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." [Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.]

Dalam Hadis yang lain disebut:

يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan." [Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.]

Demikian juga kelebihan dalam menghidupkan malam dan siang pada nisfu Sya'ban

إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

"Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." [Riwayat Ibnu Majah]

Mari teman, kita hidupkan iman dan amal kita.. Jangan lepaskan peluang ini. Mudah-mudahan kita mendapat redha-Nya.

Aamin Ya Rab.

petikan dari Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah

Isnin, 2 Julai 2012

Ihya Syaaban/Kulliyah Taffaqquh Fiddeen

Tarikh: 10 Rejab 1433 / 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa: Selepas solat Maghrib
Tempat: PASTI As Salam,Dusun Haji Tambi,Kampung Ayer Panas
Penyampai: Al Fadil Tuan Guru Haji Mohd Salleh B Hamzah (Pondok Kemengkang)

Sabtu, 9 Jun 2012

PASTI As-Salam: Lawatan Ke Zoo Melaka

Tarikh:5 Rejab 1433 bersamaan 26 Mei 2012
Berkumpul di PASTI As Salam seawal jam 8.30 pagi seramai 52 orang semuanya terdiri daripada pelajar PASTI As Salam,guru, AJK PASTI As Salam ibubapa dan keluarga murid,Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tahunan ini terutama kepada Tuan Haji Rashid yang telah menyumbangkan loudhealier kepada PASTI As Salam....



Koleksi gambar2 sekitar lawatan ini,
boleh layari Facebook PASTI As-Salam.

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU

3 buah sekolah bertuah di DUN Bemban akan menerima kek ini sebagai tanda terima kasih kami atas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Guru-Guru




 
PERUTUSAN HARI GURU 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sempena sambutan Hari Guru 2012, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan dan penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Quran menegaskan betapa tingkatan taraf kemanusiaan diangkat oleh Allah melalui dua unsur iaitu keimanan dan keilmuan. FirmanNya: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat."

Keimanan dan keilmuan adalah dua eleman utama manusia diangkat darjat oleh Allah. Benarlah kata kata Saidina Ali bilamana ditanya manakah yang kamu inginkan antara harta dan ilmu.

Lalu jawab Saidina Ali: "Aku akan mengambil ilmu."

Bilamana ditanya kenapa ia memilih ilmu lalu jawab Saidina Ali:

"Sesungguhnya orang yang ada ilmu boleh mencari harta , tetapi mereka yang ada harta belum tentu mampu mencari ilmu. Ilmu telah disediakan tempat menyimpannya oleh Allah, sedangkan harta perlu mencari bekas untuk menyimpannya, biasanya orang yang mempunyai ilmu akan tawadduk, manakala manusia memiliki harta akan takabur."


Seorang guru inginkan muridnya berjaya lebih tinggi darinya, dan ia gembira bilamana muridnya berjaya, dan berdukacita bilamana muridnya gagal. Ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam mendidik muridnya, lebih dari masa ia mendidik anaknya.


Rasulullah s.a.w menjelaskan bilamana mati anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Persoalan ilmu yang bermanfaat menunjukkan kepada kita bagaimana tingginya kedudukan guru yang mengajar ilmu pengetahuan di dunia dan akhirat. Lantaran itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua guru dengan doa agar mereka sentiasa tabah, sabar dan berusaha membina generasi rabbani yang sentiasa dekat dengan Allah swt.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2012”

Sekian Wassalam

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 9 April 2012

USRAH BULANAN MTD N24 BEMBAN @ UPU TEHEL

Alhamdulilah wa syukurilla .... pada 7hb April 2012 yang lalu PAS Cawangan Tehel telah menjadi tuan rumah usrah bulanan MTD Bemban. Ini kali pertama usrah bulanan MTD Bemban dapat dilaksanakan di Markas PAS Tehel yang baru. Berkat kerjasama dan dokongan bersama , majlis telah dapat dijalankan dengan lancar . Kehadiran ahli dan sahabat-sahabat perjuangan dari cawangan-cawangan lain menjadikan pertemuan kali ini amat bermakna. Usrah dengan menggunakan kemudahan ICT didalam mengupas isu-isu semasa untuk difikir-fikirkan bersama menampilkan kelainan dalam bentuk menyampaikan dakwah kepada para ahli dan petugas bagi menghadapi "Peperangan" dalam tempoh yang terdekat.Mudah-mudahan pertemuan singkat ini akan menyuntik semangat perjuangan yang kental bagi meruntuhkan tembok kemenangan UBN dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru dibawah teraju Pakatan Rakyat (PR) yang lebih berintegriti dan berwibawa .... Apa-apa pun jom kita layannnnnnnnn


Majlis dimulakan dengan laungan azan oleh bakal pewaris perjuangan adik Abdul Jalil B Jumary untuk Solat Maghrib berjemaah
Pengerusi PAS Tehel Tuan Haji Hamid Kamat sedang membuka bicara ...


Antara ahli yang istiqamah dalam perjuangan ..

Muafakat yang insyallah akan membawa kemenangan ..

Pengerusi MTD Ustaz Jumary Al Hafiz sedang memulakan usrah ..

Fokus terhadap isu yang dikupas ..

UMNO memang banyak jasanya pada negara ?

Ini usaha yang telah dilakukan .... pendokong UBN masih tidak mahu akui bahawa parti merekalah yang menjadi punca ..


Ada makna yang tersirat ..

Banyak sungguh jasa UMNO ?

Penyerahan dokumen Jasa-jasa UMNO pada negara ?

Penyerahan sumbangan untuk diagihkan kepada yang layak dibantu bagi PAS Cawangan Tehel

Sicomelku pun turut bersama ...





Terima kasih daun keladi kepada semua yang telah menjayakan usrah kali ini . Muga isu yang dikupas akan memberikan input yang terbaik bagi membolehkan maklumat dapat disampaikan keseluruh masyarakat dengan mesej yang cukup jelas .... CUKUPLAH peluang yang telah kami berikan selama 54 tahun kepada UBN .Pakatan Rakyat akan jadikan Melaka amnya dan Malaysia khasnya sebuah negara yang lebih baik untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA selepas PRU 13 nanti ....Insyallah.
Sekalung Tahniah buat warga PAS Cawangan@UPU Tehel..insyallah bulan hadapan kita bertemu di UPU yang lain pula
ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR!
 Dipetik dari http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/2012/04/usrah-bersama-pimpinan-tehel.html

Ahad, 26 Februari 2012

SEDEKAD PAS CAWANGAN AYER PANAS