Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 19 Oktober 2010

IHTIFAL PASTI KAWASAN JASIN 2010




Sabtu, 16 Oktober 2010

Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti)

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

Rabu, 13 Oktober 2010

PROGRAM KORBAN BERJAMAAH PAS CAWANGAN AIR PANAS@ PASTI AS SALAM 1431/2010

ALHAMDULILLAH PROGRAM TAHUNAN INI MASUK TAHUN KE LAPAN BERTURUT-TURUT..  PADA TAHUN INI HARGA SEBAHAGIAN ADALAH SEBANYAK RM400(rm EMPAT RATUS SAJA)SETAKAT INI SUDAH ADA 2 EKOR KAMBING DAN  SEMBILAN BELAS BAHAGIAN YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI ..SESIAPA YANG BEMINAT AGAR SEGERA MENDAFTARKAN DIRI DENGAN MENGHUBUNGI TERUS PENGERUSI ATAUPUN S USAHA PROGRAM

KLIK UTUK LIHAT GAMBAR PROGRAM TAHUN LEPAS

PENDAFTARAN PELAJAR BARU TAHUN 2011 PASTI AS SALAM KG AIR PANAS

Assalamualaikum wrt wbr

Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011 adalah dibuka bermula 1 Oktober 2010

Pelajar : anak-anak yang berumur 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun
Kurikulum, buku teks dan buku aktiviti : Kawal selia oleh Jabatan Pasti Malaysia

Mata pelajaran (6 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian

Mata pelajaran (5 tahun):
1. Peribadi Muslim
2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan
3. Bahasa Melayu
4. Bahasa Inggeris
5. Bahasa Arab
6. Matematik
7. Asas Penulisan Jawi
8. Al-Quran dan al-Hadith
9. Asas Komputer
10. Cepat Membaca al-Quran - Iqra
11. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian

Mata pelajaran (4 tahun):
1. Anak Soleh Pintar
2. Asas Bacaan - Pasti Adikku Pandai Membaca
3. Asas Penulisan- Pasti Adikku Pandai Menulis
4. Asas Penulisan - Allah Maha Pencipta
5. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku*
6. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'*
7. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian*
8. Easy 1,2,3*
9. Aktiviti Sambung Titik*
10. Sama atau Beza*
11. Aktiviti Mewarna*

Peperiksaan bagi 5 tahun dan 6 tahun :
 (disediakan oleh Pasti Malaysia)

Pakaian Seragam  : Selaras seluruh Malaysia

Aktiviti : Peringkat Pasti Unit, Pasti Kawasan Jasin, Pasti Negeri Melaka dan
Pasti Malaysia

Waktu Pembelajaran : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari

SEGALA MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN GURU DI TALIAN 019-6605105 ATAU DATANG BERKUNJUNG KE PASTI AS SALAM, KG AIR PANAS