Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 31 Oktober 2009

Pendaftaran Murid 2010


Isnin, 26 Oktober 2009

Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS

Harakahdaily
Mon | Oct 26, 09 | 9:51:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS.

"Saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

"Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya," kenyataan beliau dipetik.

Menangani persoalan terbaru itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mengatur mesyuarat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu PAS pusat akan mengadakan satu sidang media jam 11 pagi ini bagi menyatakan pendirian terhadap desakan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz jumaat lalu membuat desakan itu dalam laman blognya sebagai memberi respon terhadap analis Penyarah Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr. Aziz Bari yang disiarkan dalam sebuah akhbar minggu lalu yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) �

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _
dipetik drp harakahdaily

Sabtu, 24 Oktober 2009

Usrah MTD Bembam

Pada tanggal 19hb Oktober 2009 bersamaan 30 Syawal 1430H telah berlangsung Usrah Bulanan MTD Bemban dimana Pusat Agensi Jasin telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah buat kali kedua. Memandangkan MTD Bemban adalah merupakan ahli HPA yang didaftarkan secara sah dengan nombor keahliannya 371361.MY01 maka usrah bulanan ini mempunyai kelainan dan keunikkannya yang tersendiri.

Majlis bermula dengan majlis berbuka puasa sunat secara jemaah dan disusuli dengan Solat Maghrib dan jamuan. Antara menu yang dihidangkan adalah Ayam Organik masak rendang nasi himpit , lodeh , kuah kacang , sambal bilis , air kordial asiatica dan kopi radix mai secawan ...
Seusai sahaja jamuan makan , majlis diteruskan dengan majlis bacaan Al-Mathurat dan solat Isyak berjemaah serta solat Hajat . Selepas itu majlis usrah pun dimulakan dengan dipimpin oleh Naqib Ustaz Jumary Jaffar yang juga merupakan ahli HPA dengan nombor keahlian 371281.MY01 yang merupakan generasi 1 kepada MTD Bemban. Jom kita lihat apa yang berlaku seterusnya ....


Selesai sudah tanggungjawab kepada Ilahi untuk malam itu ...




Saudara 395497.MY01 Mohd Diah Md Katas yang merupakan setiausaha MTD sedang membentangkan pendapatan MTD Bemban daripada pembelian ahli-ahli HPA dibawah rangkaian MTD Bemban bagi bulan Ogos 2009. Alhamdulillah pendapatan bulan ini meningkat kepada RM 108.88. Bertambah lagi dana MTD Bemban hasil perjuangan ahli-ahli HPA. Bukti dah ada tapi masih ramai lagi yang ragu-ragu untuk membeli produk-produk HPA untuk kegunaan harian mereka sekeluarga. Inilah asam garam perjuangan demi mendaulatkan ISLAM!!


Dua generasi berbeza ...veteran dan muda bersatu di usrah

Naqib sedang mengupas ayat Al-Quran sempena kedatangan bulan Haji dan kebetulan salah seorang ahli usrah yang hadir pada malam tersebut akan pergi menjadi tetamu ALLAH pada kali ini...mudah-mudahan mendapat Haji yang MABRUR. Sempat beli Kopi Radix dan Cereal untuk dibawa sebagai bekalan ke tanah suci .. Alhamdulillah.Satu lagi kejayaan buat produk-produk HPA.


Antara yang hadir sedang memberikan fokus terhadap kupasan isu semasa yang sedang dibentangkan oleh ahli-ahli usrah.

Naqib sedang mengulas isu hangat semasa ...tak lain tidak bukan PRK N31 Bagan Pinang .


Orang muda sedang memberikan buah fikirannya terhadap keputusan di Bagan Pinang .
Yang lain memberikan perhatian ...seriusss




Pasti ada fakta menarik yang sedang disampaikan , hingga menekup mata dibuatnya ...






Antara wakil kaum muslimat yang hadir ..

Untuk akhirnya sesuatu yang paling penting yang telah dibincangkan dalam usrah kali ini adalah Kelab Sahabat Siti Khadijah dengan kerjasama MTD Bemban akan menapak maju setapak lagi untuk menerokai bidang pendidikan awal dengan menubuhkan sebuah pusat asuhan kanak-kanak dibawah jenama PASTI bermulanya sesi persekolahan 2010. Insyallah dengan doa dan sokongan semua , ruang atas Pusat Agensi Jasin ini akan dimanfaatkan untuk dijadikan PASTI SAHABAT SITI KHADIJAH. Mudah-mudahan niat murni akan dipermudahkan segala urusan dan direalisasikan menjadi kenyataan. Doakanlah ......aminnnnnnnnnnnnnnnn

dipetik dr http://sahabatsitikhadijah.blogspot.com/

Jumaat, 23 Oktober 2009

MESYUARAT AJK MTD BEMBAN

TARIK : 24/10/09
TEMPAT: PUSAT AGENSI HPA (SDR HALIM SAID),
JB 7765, JALAN ASIA SELATAN 1A,TAMAN ASIA SELATAN,77200 BEMBAN.
MASA : 9.00 MALAM
AGENDA UTAMA ADALAH PENUBUHAN pasti SAHABAT SITI KHADIJAH...
SEMUGA TERLAKSANA

KORBAN BERJAMAAH PAS AIR PANAS DAN PASTI ASSALAM

ALHAMDULILLAH PADA TAHUN INI MASUK TAHUN KE TUJUH BERTURUT PROGRAM INI DI LAKSANAKAN. PADA TAHUN INI HARGA SEBAHAGIAN ADALAH SEBANYAK RM400(rm EMPAT RATUS SAJA)SETAKAT INI SUDAH ADA LAPAN BAHAGIAN YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI DAN INSYALLAH PADA TAHUN INI KAMI SASARKAN 3 EKOR AKAN DI KORBANKAN.SESIAPA YANG BEMINAT AGAR SEGERA MENDAFTARKAN DIRI

Khamis, 22 Oktober 2009

CERAMAH PAKATAN RAKYAT

TARIKH : 26 OKTOBER 2009
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KOMPLEKS PAS KAWASAN JASIN
PENCERAMAH : YB DATO' MAHFUZ OMAR (AP POKOK SENA)YB GOH LEONG SAN(DAP, SDRA SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN (KETUA AMK PUSAT)

Rabu, 14 Oktober 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DAN MERAIKAN BAKAL HAJI/HAJAH


TARIKH : 28 SYAWAL 1430/17 OKTOBER 2009
MASA : 4.15 PETANG (ASAR BERJAMAAH)
TEMPAT : PASTI ASSALAM,BALAI ISLAM KG AIR PANAS 77200 BEMBAN MELAKA.

MUSLIMIN MUSLIMAT SERTA KAWAN-KAWAN PAKATAN RAKYAT, PENDUDUK SETEMPAT DAN SESIAPA YANG BERKESEMPATAN DIJEMPUT MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI SEPERTI DIATAS. MAJLIS JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN MERAIKAN BAKAL HAJI/HAJAH YANG AKAN MENJADI TETAMU ALLAH PADA MUSIM HAJI 1430 INI.