KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.
Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.
Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.
Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.
Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.
Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.
“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.
Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelawan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.
Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.
Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.
"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelawan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.
Isnin, 31 Mei 2010
Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.
"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.
Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.
Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.
"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.

Isnin, 24 Mei 2010
Kem Anak Soleh
TARIKH:7/6/2010 (ISNIN)
MASA:7.30 PAGI-2.00 PETANG
TEMPAT: SURAU NURUL IMAN,SIMPANG KEMENDORE
PENDAFTARAN:RM 10.00
BAKAL MELAHIRKAN PELAJAR MUSLIM YANG BERJAYA DARI SEGI ROHANI DAN JASMANI jugamempunyai aqidah dan siasah yang mantap
TUMPUAN KEPADA FARDU AIN DAN,MOTIVASI
SIJIL PENYERTAAN di berikan
PENYERTAAN TERBUKA KEPADA MURUD SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
ANJURAN:MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN
SILA HUBUNGI
TEL/FAKS:065216981
TEL BIMBIT:0196645105
assalam08@gmail.com
pas_airpanas@yahoo.com.my

Sabtu, 15 Mei 2010
Melawat Zoo Melaka
http://www.facebook.com/album.php?aid=22810&id=1818699851&saved#!/album.php?id=1818699851&aid=22810&s=0&hash=0ce8bf6fce1cdc68cfda4b8e42bca096
Alhamdulillah pada 15/8/2010 rombongan dari PASTI As Salam, Air Panas terdiri daripada murid,alumni,cikgu,pengurusan dan ibubapa bersama beberapa adik beradik murid AS Salam berjumlah seramai 33 orang telah melawat zoo Melaka di Ayer Keroh.
Aktiviti yang telah lama dirancang ini memang bertujuan memberi kegembiraan kepada pelajar disamping mengeratkan hubungan antara pelajar,guru,pengurusan juga ibubapa,penjaga murid As Salam
Semuga aktiviti ini memberi makna yang besar kepada murid-murid khasnya
SELAMAT HARI GURU,SELAMAT BERTUGAS DAN SELAMAT BERHIJRAH
Selamat Hari Guru buat semua cikgu yang sangup berkorban demi murid-murid tersayang

Ahad, 9 Mei 2010
JOM TURUN PADANG
Masa : 3.00 petang – berkumpul dan taklimat
Tempat : UPU Bemban/Air Panas (Pasti As Salam)
Langgan:
Catatan (Atom)