Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 21 Julai 2010

KEM ANAK SOLEH SEMPENA RAMADHAN 1431

SETELAH DIMUKATAMADKAN
TARIKH:11/8/2010
MASA: 7.30 - 11.00 PAGI
TEMPAT: SURAU NURUL IMAN SIMPANG KEMENDORE

PROGRAM INI INSYALLAH AKAN BERJALAN PADA 1 DAN 4 RAMADHAN 1431 AKAN DATANG.PERUBAHAN MASA DAN PENDAFTARAN TERPAKSA DI UBAH  BAGI MEMUDAHKAN LAGI PERJALANAN PROGRAM. DIHARAPKAN DENGAN MAKLUMAN INI MAKA SAHABAT DAPAT MEMAHAMI DAN MEMUDAHKAN LAGI PROMOSI  YANG SEDANG DI BUAT.
SEGALA KERUMITAN DIDAHULUKAN BERIBU KEMAAFAN

Sabtu, 10 Julai 2010

USRAH CAWANGAN PAS AIR PANAS

Kepada,
Pengerusi, Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PAS Cawangan Air Panas
Guru dan Pembantu Guru PASTI As Salam Air Panas

Sukacita dimaklumkan usrah bulanan PAS cawangan Air Panas akan diteruskan pada bulan Julai ini setelah terhenti pada bulan Jun yang lepas.Sehubungan dengan itu tuan dijemput menghadiri program tersebut pada butiran berikut
Tarikh : 27 Rejab 1431 bersamaan 10 Julai 2010 (Sabtru)
Masa : Mula dari Maghrib Berjamaah
Tempat : Rumah Saudara Razali Bin Baba,Kampung Asam Kumbang

Pada kesempatan ini juga kita akan berbincang berkenaan Program sambutan Ramadhan 1431, seperti yang kita laksanakan pada tahun lepas agar dapat diteruskan pada tahun ini seperti

Kutipan (Infak Ramadhan)
Iftar Jama’e, Tarawih dan tazkirah Ramadhan
Tadarus dan Khatam AlQuran
Penyerahaan Kutipan Zakat
Projek Korban Berkelompok

semuga sahabat-sahabat tidak lupa menghadirkan diri. Kali ini kita juga meraikan sahabat kita Razali yang baru menimang cahayamata yang sulong baru-baru ini

Isnin, 5 Julai 2010

Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.

"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.

Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.

Ahad, 4 Julai 2010

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.

“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.

“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.

SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.

Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.