Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 19 Ogos 2010

KISAH BENAR

Tertekan dengan keterangan Dr Pornthip yang begitu tegas menyatakan bahawa Teoh tidak membunuh diri, agensi berita kerajaan, BERNAMA cuba untuk memburukkan perjalanan inkues dengan mendakwa beberapa individu yang hadir pada kes inkues hari ini menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising.

Menurut agensi berita itu, keadaan itu berlaku dari awal prosiding sehinggalah ketika Ketua pendakwa SPRM, Abdul Razak Musa (gambar) menyoal Pornthip.

Mereka didakwa melontarkan kata-kata kesat apabila Abdul Razak bertanyakan soalan kepada Pornthip dan apabila Pornthip memberi kenyataan yang tidak memihak kepadanya (Abdul Razak), mereka bertepuk tangan.

Situasi itu didakwa bukan sahaja mengganggu prosiding tetapi juga kononnya menyebabkan pihak media gagal mendengar dengan jelas.

Ada individu berkenaan diminta keluar daripada mahkamah setelah melontar kata-kata kesat kepada Abdul Razak.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Abdul Razak sendiri yang telah membuatkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan pegakuan masuk bakulnya konon telah berkhidmat sebagai seorang peguam selama 24 tahun.

Di dalam satu sidang akhbar Gobind Singh Deo selepas inkues hari ini, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Abdul Razak sendiri.

Katanya Abdul Razak tidak memfokus kepada isu utama dalam prosiding.

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan untuk mencabar kewibaaan Pornthip. Abdul Razak berkata berdasarkan kelayakan Pornthip, ahli patologi Thailand itu kononnya tidak layak bergelar pakar di Malaysia kerana universiti di mana beliau belajar tidak diiktiraf di negara ini. Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia - mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan.

GB melakukan penelitian dan mendapati Asian Correspondent di dalam lamanwebnya yang menyeranaikan 10 universiti Asia terbaik meletakkan Universiti Mahidol di tempat yang ke 6. Tiada satu pun universiti daripada Malaysia tersenarai. Berikut ialah kedudukan 10 universiti terbaik Asia.

1) Yeungnam University, South Korea
2) National Chengchi University, Taiwan
3) National University of Singapore
4) Nanyang Technological University, Singapore
5) University of the Philippines
6) Mahidol University, Thailand
7) National Taiwan University, Taiwan
8) Yonsei University, South Korea
9) University of Hong Kong
10) Seoul National University, South Korea

Justeru itu Abdul Razak cuba untuk mengelirukan dengan merendah-rendahkan taraf pendidikan Pornthip yang ternyata beliau gagal melakukannya. Malah kelayakan Razaklah yang sepatutnya dipersoalkan.

Malah di dalam satu ketika Abdul Razak cuba untuk meletakkan dirinya sebagai koroner apabila beliau menyatakan hanya Pornthip yang memberikan keterangan berbeza selain dari keterangan 4 orang doktor yan sebelum ini menyatakan Teoh mati kerana terjun dari bangunan tinggi. Katanya pihaknya berkerja berdasarkan majoriti. Siapa yang mengikut majoriti? Koroner? Atau SPRM? Atau hanya cubaan Abdul Razak untuk mendesak Koroner supaya mengikut majoriti, bukan bukti?


Razak: Satu lawan empat...

Pornthip: Awak perlu hormat hakim (koroner) yang akan membuat keputusan.

Razak: Kita bekerja berdasarkan majoriti.


Kemudian Abdul Razak menuduh Pornthip menyandarkan siasatannya hanya kepada andaian dan berdasarkan kepada imaginasi sendiri. Sedangkan Abdul Razaklah yang sebenarnya berimiginasi.

Kita lihat:


Razak kemudiannya menyatakan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakkan daripada mereka di mahkamah itu.


Bukankah perlakuan Abdul Razak di atas jelas menunjukkan beliau yang lebih menyadarkan kepada imiginasi?

Dan perilaku Abdul RAzaklah yang telah menyebabkan mahkamah menjadi hingar bingar dengan perlakuan anihnya untuk menegakkan benang yang basah?

Dan laporan Bernama menuduh orangramai menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising tidak relevan dan tidak betul. Sebetulnya peguam SPRM itulah dengan telatah bodohnya menyebabkan mahkamah menjadi demikian!

Ahad, 15 Ogos 2010

PAS terajui realisasi ke Putrajaya

BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos: PAS akan menerajui dan merealisasikan aspirasi serta cita-cita besar presiden dan parti untuk menjadikan langkah ke Putrajaya sebagai satu realiti dan bukannya dongengan semata-mata.
Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa menyampaikan ucapan pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Lanjah Penerangan PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nadhoh, Penanti, pagi tadi.
Beliau juga berkata, dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua.
"Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional.
"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini," katanya.
Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian.
Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif.
Tambahnya lagi, PAS harus memandang ke belakang sebagai sempadan dan melihat perjuangan serta perit jerih pemimpin yang lalu bagi membina sebuah perjuangan yang sekarang ini telah berjaya melayari bahtera untuk menuju ke Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya maka ahli PAS harus menjadikan gerakan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan digarap dan berhadapan dengan rakyat untuk membawa negara ini ke mercu jaya yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani bersama dengan rakan-rakan seperti PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Selasa, 10 Ogos 2010

RAMADHAN KAREEM

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili Warga MTD N24 Bemban,PAS Air Panas danPasti As Salam mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !