Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
admin-media kerajaan pula mengugut peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga makanan........sampai bila le nak menipu rakyat..jom kita ubah kerajaan..selamatkan malaysia
Selasa, 31 Mei 2011
Rabu, 25 Mei 2011
Turun Padang,Kuliah Maghrib , Dailog dan Taklimat PAS Kaw Jasin Dengan MTD Bemban
Tarikh:25/5/2011(Rabu)
Masa:5.00 Petang agihan sumbangan kepada UPU Kesang Tua Dan Air Panas
Sebelum itu kami menunggu di surau simpang Air Panas,Su,NYDP dan kami semua seraimai 9 orang bergerak ke rumah Penerima dari UPU Kesang Tua yang baru saja suaminya kembali kerahmatullah
Penerima kedua pula dari UPU Air Panas di lokaliti Kg ULU Duyong seorang amalah yang juga penerima bantuan dari MAIM melalui kaunter zakat,beliau tinggal seorang dirumah yg uzur setelah anak tunggalnya mengikut suami.
Selepas saja menyampaikan 2 sumbangan sempena turun padang PAS Kawasan Jasin Ke MTD N24 Bemban rombongan MTD N24 Bemban yang disertai oleh Pengerusi,SU,K Penerangan Dan beberapa orang AJK mengiringi YDP PAS Kawasan Jasin yang baru iaitu Utz Kamaruddin b Sidek serta rombonganya iaitu NYDP Cikgu Azrin dan SU Utz Hazali kami singgah pula di UPU Seri Bemban lokaliti Kg Lubuk Kasar bagi meraikan YDP dan rombongan diwarung kopi kepunyaan Ketua muslimat PAS Cawangan Ayer Panas Pn Hjh Azizah bt Mamat
Seusai Maghrib berjamaah di Surau Nurul Iman yang terletak di UPU Kesang Tua lokaliti Simpang Kemendore kuliah Maghrib disampaikan oleh YDP Ustaz Kamaruddin ,antara yang dapat disebutkan didalam kuliah tersebut berkenaan dengan keikhlasan didalam perjuangan dengan menceritakan kisah perang Badar dan perang Uhud untuk diambil iktibar .Selepas solat Isya dan solat hajat program sehari Dewan Harian PAS Kawasan Jasin ke MTD N24 Bemban diteruskan dengan dailog.Alhamdulillah banyak pekara dapat di selesaikan dengan baik apabila sibapa dapat menayakan khabar dan membuka ruang keterbukaan yang sememangnya diharapkan.Semuga dengan permulaan yang baik ini akan menghasilkan kebaikan yang berterusan didalam meharungi mehnah perjuangan ini.
Kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program BESAR ini hanya Allah saja tempat sebaik-baik pembalasan
Terimakasih tidak terhingga kepada saf pimpinan PAS Kawasan Jasin yang sudi menziarahi MTD N24 Bemban dan kepada Semua warga MTD N24 Bemban,UPU Air Kangkung,Pondok Kempas,Kesang Tua,Air Baruk,Taman Maju,Tehel,Bemban,Ayer Panas dan Kesang Jaya yang dapat hadir sekali lagi terimakasih

Isnin, 23 Mei 2011
MATAHARI BETUL-BETUL DI ATAS KAABAH
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
[Istiwa A'zam]
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
—
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
* 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
* 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
[istiwamatahari]
Ihsan Falak Online
—
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Sebelum
* Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
* Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
* Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
* Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
* Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
* Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
*
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
*
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
*
Tandakan arah qiblat.
Selepas.
* Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
*
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
*
Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Langgan:
Catatan (Atom)