Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 9 Ogos 2012

Majlis Khatam Al Quran,Penyerahan agihan zakat,Iftar Jama’e,Solat sunat Terawih dan Tazkirah Ramadhan

Tarikh:           22 Ramadhan 1433 / 11 Ogos 2012 (Sabtu)
            Tempat:          PASTI As Salam ,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas
 
. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Jasin Ustaz Kamaruddin Sidek yang juga akan memberikan Tazkirah Ramadhan nanti
Berikut adalah tentetif majlis bagi memudahkan tuan
            5.30 petang     -           Ketibaan para jemputan.
            5.45 petang     -           Majlis Khatam Al Quran Berjamaah,bacaan Yasin dan Tahlil.
            6.30 petang     -           Majlis Penyerahan Agihan Zakat kepada para penerima.
            7.22 petang     -           Iftar Jama’e,solat Maghrib dan Jamuan
            8.33 malam      -           Solat Isya,sunat Terawih,Tazkirah Ramadhan dan moreh
            10.30 malam    -           bersurai 
 
Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran tuan muslimin,muslimat dan kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan apa jua sumbangan bagi menjayakan majlis,ini ,adalah sangat dialu-alukan.
5.Sekian untuk makluman tuan,semuga dengan kehadiran kita semua kemajlis ini akan menghasilkan kebaikan di dunia dan lebih lagi di akhirat  insyallah.

Selamat menempuh Fasa kedua dan ketiga Ramadhan dan semuga bertemu dengan malam lailatul qadar dan selamat menyambut Aidilfitri.

Isnin, 6 Ogos 2012

Persoalan Manusia Semuanya Telah Terjawab Di Dalam Al-Quran

Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).


Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?

Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?

Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?

Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)

Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?

Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal".
(Surah at-Taubah ayat 129)

Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?

Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka".
(Surah at-Taubah ayat 111)

Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!

Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusuf ayat 12)

Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?

Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)

KESIMPULANNYA

Firman Allah maksudnya :
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".
(Surah Al-Hadid ayat 22)

Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). "
(Surah Yunus ayat 61)

dipetik dr  http://greenboc.blogspot.com/2012/08/persoalan-manusia-semuanya-telah.html