Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 16 November 2013

Anak Adalah Generasi Al Quran Akan Datang


Isnin, 11 November 2013

Konvokesyen Kali ke 6 PASTI As Salam Ayer Panas





Tarikh : 14 hb November 2013 / 10  Muharram 1435 H (Khamis)
Masa : 7.00 malam
Tempat:  PASTI As Salam Ayer Panas
Perasmi :Encik Muhammad Halim Bin Mahphoth (Pengarah PASTI Negeri Melaka)
Tentatif program 

6.45 petang- ketibaan hadirin dan tetamu  
7.00 malam- solat Maghrib berjamaah
7.15 malam - para tetamu dan hadirin mengambil tempat,
7.45 malam - Tazkirah oleh penceramah jemputan
                    - ucapan aluan Pengerusi PASTI AS Salam Ayer Panas,
                    - ucapan perasmian oleh Pengarah PASTI Negeri Melaka
                     - acara persembahan oleh murid PASTI AsSalam
                     - penyampian sijil dan hadiah kepada  murid 6 tahun diikuti murid 5 dan 4 tahun
                     - acara penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan,sesi fotografi
                     -  solat Isya’ , jamuan makan malam dan bersurai

Selasa, 5 November 2013

Sambutan Ma'al Hijrah

Salam ma'al hijRAH 1435..
1.Puasa sunat Isnin/akhir tahun
2.bacaan yasin,doa akhir dan awal tahun
3.iftar jama'e
4.taujihad & msyrt PASTI As Salam ,PAS Ayer Panas
Tarikh:30 Zulhijjah 1434 / 4/11/2013(Isnin)
Masa: 6.00 petang
Tempat:PASTI As Salam, Dusun Hj Tambi, Kampung Ayer Panas Bemban
muslimin muslimat di jemput hadir Padi Menguning, Abas Samat, Samidah Md Katas, Mazlan Maadom, Mohd Nazri Tumiran , Zulkifli Hashim Mustaza Shafiq Rosmawati Mustafha, Putera Zali Zali,Muslimah Harakiyyahyg sempat di tag dan tidak di tag ...datang jgn x dtg

  Alhamdulillah,Program berjalan dengan jayanya,terimakasih kepada yang sempat hadir,yang paling manis sekali keputusan kemenangan PAS diketahui sejurus kami menunaikan solat hajat seusai program tamat, jangan lupa sambung puasa sunat awal tahun sebagai tanda kesyukuran...Tahniah Ustaz Azam,
Tahniah Mahfuz Omar & PAS Kedah,
Tahniah semua para petugas dari semua parti dalam Pakatan Rakyat,
Tahniah kepada semua yang berdoa.... agar PAS kekal di Sungai Limau...

Semuga roh Allahyarham Tan Sri Azizan tenang di sisiNya.... perjuangannya akan diteruskan oleh anak muda bernama YB Mohd Azam Abdul Samat.

Sabtu, 19 Oktober 2013

LIQA' FIKRI

LIQA' FIKRI: Bersama Ust Zaharudin Muhammad (Ahli Majlis Syura)dan Dr Ust Mohd Khairuddin At-Takiri (SU Dewan Ulamak PAS Pusat) pada malam ini selepas maghrib 19hb Oktober 2013 di Kompleks PAS Jasin HAMAS...Semua dijemput hadir...




Khamis, 22 Ogos 2013

Muslimin muslimat, sahabat fb dan semua dijemput kemajlis anjuran kami nanti. Selain dari butiran tersebut pada malamnya ceramah perdana akan disampaikan oleh panel jemputan selepas solat Is'ya dan hajat untuk R4BIA,suka kiranya pakaian pada hari tersebut bagi muslimin baju melayu bersampin bagi meraikan suasana Aidilfitri

Selasa, 9 Julai 2013

RAMADHAN KAREM


Khamis, 27 Jun 2013

MESYUARAT AGUNG KALI KE 11 DAN RAMADHAN KAREM



5 Sya’aban 1434 / 14  Jun 2013

Assalamualaikum wbrth
Kepada,
Pengerusi Tetap,Pengerusi Cawangan , Ahli  Jawatankuasa dan Ahli-Ahli PAS Cawangan Air Panas,Ibubapa/Penjaga murid PASTI As Asalam Kampung Ayer Panas,Penyokong, Dan Muslimin Muslimat

Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN AIR PANAS KALI KE-11
Merujuk kepada pekara di atas, PAS Cawangan Air Panas akan mengadakan  mesyuarat agung  kali ke 11  menurut Perlembagaan PAS Fasal 19 (Pindaan 2001) pada ketetapan berikut:-
               Tarikh                  :              19 Sya’aban 1434 / 28 Jun 2013/ Jumaat  
Masa                     :              Mula dengan solat Isya’ berjamaah
Tempat                 :              Markas PAS Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Taib,Kampung Ayer Panas.

2. Sehubungan dengan itu muslimin/muslimat di jemput hadir ke mesyuarat tersebut bagi melaksanakan tanggungjawab kepada parti dan juga bagi melaksanakan perlembagaan PAS Fasal 19 (pindaan 2001)

3. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan selewat-lewatnya pada hari mesyuarat tersebut.



Isnin, 15 April 2013

MELAKA MENAMPILKAN 70 % CALON BARU DAN HEBAT

 
Senarai calon-calon PAS Melaka :

N01 - Kuala Linggi -  Julasapiyah Kassim (Calon lama)
N02 - Tg Bidara - Imran Abdul Rahman (Calon lama)
N 04- Lendu - Asri Shaik Abdul Aziz (Calon baru)
N 05 -Taboh Naning - Abdul Halim Abdul Jalil (Calon baru)
N09 - Durian Tunggal - Adly Zahari. (Calon Baru)
N10 - Asahan - Richard Wong - (Calon baru)
N12 - Pantai Kundor - Mohd Nor Oma (Calon baru)
N17 - Bukit Baru - Dr Mohd Khalid Kassim (Calon baru)
N18 - Ayer Molek - Mohd Khairi Abdul Aziz (Calon baru)
N23 - Telok Mas - Harun Mohamed (Calon baru)
N26 - Serkam - Kamaruddin Sedik (Calon lama)
N27 - Merlimau - Yuhaizad Abdullah (Calon lama)
N28 - Sg Rambai - Kintan Man (Calon baru).
P134 - Masjid Tanah - Mojd Nasaie Ismail (Calon baru)

Selasa, 26 Februari 2013

Pantun Presiden PAS dapat tepukan gemuruh

 
SHAH ALAM: "Lebah bukan sebarang lebah, lebah terbang di tepi paya, ubah bukan sebarang ubah, ubah kita ke Putrajaya".

Pantun yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini mendapat tepukan gemuruh para peserta Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 semalam.

Selain itu, beliau juga berpantun:

Daripada cempedak baiklah nangka,
kerana nangka panjang tangkainya,
daripada 'dedak' baiklah jingga,
kerana jingga panjang akalnya.

Dalam ucapannya, Ustaz Hadi berkata Pakatan Rakyat bertanggungjawab mencerdikkan rakyat melalui agenda Buku Jingga setelah lebih 50 tahun rakyat diperkudakan oleh Umno BN.

"Kita tidak mahu rakyat dihina dan diperkudakan. Buku Jinggalah akan menyelesaikan masalah. Insyallah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya.

Jelasnya, Buku Jingga menekankan konsep rakyat dimampukan bukannya rakyat diajar menjadi pengemis, di mana melalui agenda buku ini akan menyelesaikan masalah pengangguran bukannya menambah pengangguran supaya senang membeli undi.

"Cara BR1M tidak membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan terima BR1M tetapi jangan undi BN. BR1M itu duit kamu bukan duit poket BN, ambil," katanya yang diikuti tepukan gemuruh para perwakilan.

Malah Hadi turut membacakan sepotong ayat Al-quran yang menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubungan kekayaan Firaun yang digunakan untuk menyesakkan rakyat bukannya untuk membela rakyat.

"BR1M bukan cerita baru, Al-quran sudah sebut lebih lima enam ribu tahun yang lalu. Firaun pernah bagi BR1M. Firaun telah mengerahkan rakyatnya.

"Dikumpul beramai-ramai lalu Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? Sungai-sungai mengalir di kampung-kampung adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku.

"Aku yang bagi. Satu lagi projek aku. Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen.

Ahad, 24 Februari 2013

PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]

uala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.

"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri,"
titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. -HD

Jumaat, 15 Februari 2013


Rabu, 6 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1434 H


FORUM MAULIDUR RASUL MENJELANG PRU 13

AHLI PANEL
Al fadil USTAZ AZLI KHALIQ B ABU KHAIR DAN
  Al fadil USTAZ MUSA B MOHD

SABTU
28 RABIULAWAL 1434 / 9 FEBUARI 2013

SEUSAI SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
TEMPAT
PASTI AS SALAM KAMPUNG AYER PANAS @ BILIK GERAKAN MTD BEMBAN

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR