Pasti As-Salam ditubuhkan awal pengal persekolahan 2008,dengan 6 orang murid seorang guru dan seorang pembantu alhamdulillah sehingga kini murid telah bertambah seramai 11 orang. harapan warga assalam agar pasti ini terus berkembang bagi menampung keperluan semasa. doa, bantuan kewangan,tenaga,akal fikiran allah sahaja yang dapat membalasnya dan semuga segala sumbangan ini akan berterusan....amin
Menyusuri liku perjalanan ini Terasa di hati ingin berbakti Kepada Allah, pada insani Lalu ditanamkan sebuah keazaman As-Salam namamu yang terpilih Diabadikan untuk satu perjuangan Mendidik insan Mengenal Allah Menesakan Illahi ya Rabbi
As Salam Indahnya namamu Seindah dan setinggi harapanku
Mendidik, mengasuh JIwa-jiwa yang suci
Memurnikan keagungan Ilahi
Ya Allah Selamatkanlah kami
Selamatkanlah As-Salam
PASTI kami
Moga diberkati dan dirahmati Sehingga ke akhir hayat nanti
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM adalah sebuah institusi yang mengelola pusat-pusat pengajian peringkat pra-sekolah, khusus untuk kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun
Pembelajaran yang berorentasikan kepada keseimbangan dunawi dan ukhrawi ini, mengintegrasikan antara Pendidikan Asas Akademik dengan Pendidikan Asas Agama. Konsep “student oriented” menjadi prisip kami, sejajar dengan arus pendidikan kebangsaan.
Tenaga pengajar di PASTI adalah terlatih dan professional dalam pendidikan peringkat pra-sekolah. Para pendidik PASTI sentiasa mendapat latihan berkaitan teknik-teknik terkini dalam pedagogi (pembelajaran efektif kanak-kanak) pra-sekolah.
PASTI adalah wadah pendidikan asas peribadi anak-anak anda, cemerlang dalam bidang akademik serta berakhlak mahmudah. “ANAK ANDALAH GENERASI BERTAQWA AKAN DATANG” di PASTI.
PASTI ASSALAM
PAS cawangan Air Panas menyahut seruan menambahkan/memperkembangkan parti ketengah masyarakat. Memandangkat pasarana asas seperti, bangunan,kerusi, meja,sudut aktiviti,bilik air,sudut riadah, alat pemadam api,pejabat pentadbiran kewangan (minimum Rm 3000.00) dan organasasi yang dimiliki oleh PAS cawangan Air Panas maka dalam satu mesyuarat AJK PAS Cawangan yang diadakan pada 28 Rejab 1428 bersamaan 12 Ogos 2007 keputusan telahpun diambil untuk menubuhkan sebuah PASTI yang akan diuruskan di bawah cawangan sendiri. Semuga apa yang akan dilaksanakan ini akan berjaya membuktikan bahawa PAS cawangan Air Panas memandang serius akan masa depan umat Islam kususnya dan manusia amnya.
ALAMAT
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) AS SALAM BALAI ISLAM KAMPUNG AIR PANAS BATU 15 KAMPUNG AIR PANAS 77200 BEMBAN TEL : 06 - 5216981 MELAKA FAKS : 06 - 5216981 Emel : assalam08@gmail.com