Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 18 September 2008

Malam Lailatul Qadar - Marilah kita sama-sama berusaha mendapatkannya


Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun

Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah:

Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)

Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada'

Membaca Al-Quran

Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Berdoa dan banyakkan membaca doa:

Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)"

Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

Menurut Imam Al-Ghazali: Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.


Jika awal puasa pada hari Ahad atau Rabu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Isnin
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 21 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Selasa atau Jumaat
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Khamis
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 25 Ramadan

Jika awal puasa pada hari Sabtu
Lailatul Qadar akan jatuh pada malam 23 Ramadan

dipetik dari email yang dihantar oleh ecam76.... jazakaullah