Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 29 Disember 2009

Nik Aziz desak Umno keluar BN

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

Sabtu, 26 Disember 2009

10 MUHARRAM 1431 HIJRAH












MENYANTUNI ANAK YATIM

TARIKH : 10 Muharram 1431 bersamaan 27 Disember 2009 (AHAD)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : PASTI AS SALAM AIR PANAS
BALAI ISLAM KG AIR PANAS
ANJURAN : MTD N24 BEMBAN DAN PAS CAWANGAN AIR PANAS

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.” ( Riwayat Ibnu Majah)
Anak yatim iaitu anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh. Anak yatim yang dibela tidak sepatutnya dijadikan kuli atau bibik. Janganlah dibebankan anak yatim dengan kerja-kerja rumah. Janganlah diungkit apa yang telah diberikan kepada mereka kerana ia boleh menghilangkan pahala kebajikan yang telah dilakukan. Anak yatim sensitif dan mereka tiada tempat untuk mengadu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari Syurga bagi nabi adalah syurga teratas iaitu syurga kelas VIP.
Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah: “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah mengadu mengenai hatinya yang keras, lantaran baginda bersabda: berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”
Menyapu atau mengosok kepala anak yatim adalah sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dari belakang ke hadapan kepala anak yang beribubapa dari hadapan ke belakang. Dalam hadith disebut “sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana sayang, maka Allah mencatat baginya dengan setiap rambut yang tersentuh tangannya satu kebaikan, serta dengan setiap rambut itu akan menghapus satu dosa darinya dan menaikan satu darjat.
Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah:
Menyapu kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang diusapkan

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang disapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ( Pastikan dahulu dengan ustaz ataupun ustazah anda )
ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
[[[ SEMUANYA BOLEH DICAPAI DENGAN IZIN ALLAH....INSYA'ALLAH ]]]
Wassalam

Jumaat, 25 Disember 2009

HUKUM MATI KEPADA PENZINA,KEJAMKAH ?

Kelmarin ada satu email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan pesalah tersebut dikenakan hukuman tembak sehingga mati.
Fuhh dasyat betul. Hukuman syariah yang mereka laksanakan memang tidak ada kompromis. Tapi timbul pulak persoalan adakah hukuman seperti ini sesuai jika dilaksanakan di negara ini berbanding hukuman yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran seperti rejam sampai mati. Adakah hukuman Allah ini dianggap kejam seperti ini.Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah saja yang mengetahuinya bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah pedih bagi mereka yang mengetahuinya. Wallahualam.









Gambar kedua,

'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

kenapa perkataan militan digunakan bila ada kumpulan yang menghukum pesalah dengan hukum Allah..mengikut syariat Islam..bukankah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib hambanya patuhi..

TV1 dalam rancangan SPM..bahagian sekmen tajuk2 akhbar pengulasnya menyatakan hukuman rejam sampai mati yang dibuat di Somalia itu adalah kejam...bila orang pertikaikan hukum yang Allah buat samalah dia pertikaikan Allah..siapa kamu untuk pertikaikan Pencipta kamu..cakap ikut sedap mulut tak guna ilmu..tak guna akal..ummi rasa ramai yang boleh tentukan apakah hukumnya kepada hamba yang pertikaikan perintah2 Allah..tu pasallah umat Islam sekarang ini terima macam2 bala...buat perkara yang Allah larang...tolak yang mana Allah suruh..

Di Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh..di Malaysia yang mengaku sebagai negara Islam apa cerita...?

BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Baca laporan seterusnya di sini..

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

di petik dr
http://www.paschabau.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1341:hukum-mati-kepada-penzinakejamkah-

Khamis, 24 Disember 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009



TARIKH : 23/12/2009 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : SURAU NURUL IMAN,SIMPANG KEMENDORE
PENYERTAAN TERBUKA KEPADA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
ANJURAN : MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN

Selasa, 22 Disember 2009

Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali

Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya
daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

"Muhamad Yusof-lah orang yang memainkan peranan sehingga dapat meredakan kemarahan penyokong PAS sehingga saya terselamat," kata Tunku Muzafar kepada pemberita selepas pertemuan yang diaturkan oleh abangnya Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Tunku Muzafar datang dari Kedah semata-mata untuk menemui Muhamad Yusof kerana berasa terhutang budi kepadanya kerana dapat mententeramkan keadaan yang amat getir ketika itu.

Muhamad Yusof, 55, yang ketika itu seorang anggota jawatankuasa PAS Baling, berkata beliau menahan penyokong PAS daripada menyerang Tunku Muzafar kerana menghargai sikapnya yang adil terhadap semua tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Ketika kejadian, saya masih muda iaitu 31 tahun, tetapi ia tidak menghalang saya daripada berfikir secara rasional untuk menghargai nyawa orang lain," kata Muhamad Yusof, kini setiausaha perhubungan PAS Kedah.

Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang terbunuh dan ramai lagi tercedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. BERNAMA

Hanya 33 kali

Daripada Ka'ab bin 'Ujrah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya: "Kesudahan yang tidak akan rugi bagi orang yang mengucapkannya atau yang mengerjakannya sehabis setiap shalat yang diwajibkan, yaitu tiga puluh tiga kali bacaan tasbih, tigapuluh tiga kali bacaan tahmid dan tigapuluh empat kali bacaan takbir."

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua kalimat yang ringan di lisan (yakni mudah diucapkan), tetapi berat sekali dalam timbangan (di akhirat), dicintai oleh Allah Maha Pengasih, yaitu Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallabil 'azhim."

Ahad, 20 Disember 2009

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

(Gambar: ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam turut hadir konvensyen blogger hari ini)

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.

Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.

Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

Sabtu, 19 Disember 2009

HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT


Hari ini, 19 Disember 2009 membuka tirai baru dalam judul politik tanahair.

Buat pertama kalinya, 1,500 perwakilan dari tiga parti dari jalur politik berlainan akan berhimpun dibawah satu bumbung untuk memeterai wadah umum perjuangan gagasan Pakatan Rakyat.

Mereka akan meluluskan rangka kerja dasar yang dikongsi bersama komponen gagasan ini yang akan menjadi mercu gerakan mereka menumbangkan Barisan Nasional dan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sesungguhnya pembentukan dokumen umum ini yang dirumuskan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP adalah satu pencapaian yang menakjubkan.

Meliputi prinsip bersama ketiga-tiga parti itu - Pas dari jalur Islamik, DAP yang cenderung kepada demokrasi sosial dan PKR yang menuruti arus liberal - rangkakerja ini adalah satu anjakan baru mengukuhkan Pakatan Rakyat sebagai alternatif untuk rakyat.

Apa yang akan dicanangkan kepada perwakilan di Persidangan Kebangsaan Pakatan Rakyat adalah matlamat bersama menuju kerajaan yang lebih baik untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Di kalangan pemerhati politik, persidangan ini adalah sejarah baru politik negara, dengan para perwakilan berkongsi pengalaman bekerja dalam satu barisan sejak 21 bulan yang lepas dan cuba membentuk gagasan majmuk yang benar-benar berwibawa.

Perikatan yang dibentuk secara mendadak oleh PKR, Pas dan DAP ini mengejutkan ramai pihak dengan kejayaan menumbangkan kekuatan dua-pertiga BN pada Mac 2008. Gagasan ini turut berkuasa di lima dari 13 negeri di Malaysia.

Namun semenjak itu Pakatan Rakyat bergelut untuk menampilkan gagasan itu sebagai satu ketumbukan yang ampuh menentang BN dan aparatus gagasan perkauman itu keatas media arus perdana, agensi kerajaan dan perbendaharaan negara.

Gerombolan pengkritik dari BN tidak membuang masa menonjolkan kepincangan dalam dokumen satu wadah ini, mendakwa bahawa pakatan pembangkang di Malaysia tidak mempunyai rekod menyamai prestasi BN mengurustadbir Malaysia, mahupun kewibawaan untuk memulihkan masalah-masalah runcing dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Disebalik usaha pengkritik di ruang maya dan arus media perdana untuk meremehkan dokumen satu wadah ini, Selangor bagaimanapun bersedia untuk menganjurkan persidangan ini dan memuatkan perwakilan dari seluruh negara khususnya dari Sabah dan Sarawak.

Ucaptama dan amanat penting akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

Persidangan ini juga akan menyaksikan logo bersama Pakatan Rakyat. Logo ini memaparkan tiga daun palem yang mewakili tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Daun palem ini mengelilingi lima kelopak bunga mewakili Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusuns.

Lagu tema persidangan ini ialah Angai Pendawai, karya Ito dari Blues Gang.

Rabu, 9 Disember 2009

MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN)

MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan pembatalan penggantungan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengeluar kenyataan “Cina adalah kaum pendatang.”

Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran (gambar) menganggap MCA dan Gerakan sebagai parti tidak berprinsip jika kekal dalam BN walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa pendirian Gerakan dan MCA dalam hal ini? Adakah mereka berani membuat keputusan meninggalkan BN. Itu yang patut dibuat jika mereka ada prinsip.

“Saya tidak hairan dengan keputusan Umno. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan Gerakan dan MCA dulu yang mahu menghukum Ahmad.

“Kini semuanya kabur,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, sambil mendesak Umno membuat pengumuman rasmi mengenai isu itu.

September tahun lalu, Ahmad digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun kerana menyentuh sensitiviti kaum, tapi dibatal Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) manakala Ahmad sudah dimaklumkan perkembangan itu tetapi tiada pengumuman rasmi setakat ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula berkata, pembatalan itu meningkat imej rasis Umno dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Beliau tertanya-tanya pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang terlibat secara langsung dalam pertelagahan dengan Ahmad Ismail.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, apa pendirian Tsu Koon? Dan, apa sebenarnya mesej yang mahu disampai melalui keputusan itu?” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan penggantungan itu ditarik balik bagi mengukuhkan konsep Ketuanan Melayu.

Menyifatkan keputusan itu mengecewakan banyak pihak, beliau mendapati Umno cuba memulihkan individu yang didapati bersalah dalam kelakuan mereka semata-mata atas dasar kepentingan politik. -FMT


Penggantungan Ahmad Ismail ditarik balik
Dis 9, 09 5:00pm

Umno Pulau Pinang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk menarik balik penggantungan Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun dari September kerana mengeluarkan kenyataan sensitif semasa berkempen.

Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau menyambut baik keputusan penarikan balik penggantungan Ahmad kerana beliau (Ahmad) masih merupakan orang penting bagi Umno, lapor Bernama.

"Saya percaya Majlis Tertinggi parti telah menimbangkan perkara itu secara serius sebelum membuat keputusan itu dan Umno Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan kepulangan Ahmad," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilaporkan berkata Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu, memutuskan untuk menarik balik penggantungan Ahmad.

Ahmad, bekas Ketua Umno Bukit Bendera, semasa dihubungi berkata beliau bersyukur kerana perjuangan parti kembali ke landasan dan mengucapkan terima kasih kepada presiden dan timbalan presiden parti atas pertimbangan mereka.

Beliau digantung daripada parti selama tiga tahun dari September berikutan kritikan orang ramai selepas beliau menganggap bukan Melayu sebagai "pendatang" semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun lepas.

Pada 10 September lalu, MT memutuskan Ahmad digantung dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun, ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. -malaysiakini

Isnin, 7 Disember 2009

RESEPI SERUNDING DAGING EDUL ADHA

1. 1 KG DAGING (REBUS DAN DISIAT)
2. 2CM HALIA
3. 2CM LENGKUAS
4. 11 BIJI BWG KECIL
5. 5 BIJI BWG PUTIH
6. 15 BIJI CILI PADI
7. 30 TANGKAI CILI KERING
8. 2 SUDU KECIL KETUMBAR
9. 1.5 BIJI SANTAN
10. GARAM DAN GULA SECUKUP RASA

CARA MASAK
------------------

BAHAN 2 – 8 DIKISAR KASAR

DIGAULKAN SEMUA BAHAN DIMASAK ATAS API YG KECIL HINGGA KERING SAMBIL DIBALIK-BALIKAN

Kem Bestari Solat


Program Kem Bestari Solat

Tarikh : 23/12/2009 (Rabu)
Masa : 8.00 - 2.00 Petang
Tempat : Surau Nurul Iman, Simpang Kemendore

Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah

Keterangan lanjut sila hubungi :

- Ust Jumary : 0192200944
- Ust Mahat : 0136114553
- Ustzh Siti Khadijah : 0196653001
- En Mohd Diah : 0196645105

Sabtu, 5 Disember 2009

CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 4 Muharraam 1430 H / 21 Desember 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kompleks Pas Kawasan Jasin (KOMPAJ)

Penceramah
:
1. Ketua Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi)







2. Ketua Angkatan Muda PKR (Shamsul Iskandar Mohd Akin)







3. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke Siew Fook

We Love Tok Guru ...

We Love Tok Guru ...

lagi dicerca.... lagi dijulang....
Lagi dihina.... lagi terbilang...
Lagi difitnah.... lagi disokong...
Subhanallah.....

Royalti dan wang ehsan.... bezanya ternyata....
Terengganu terbukti dalam sejarah....
Mengapa Najib masih berbohong...
Katanya sama wang ehsan dan royalti....
1Malaysia tahu Najib berbohong...

Siakap Sonohong... Gelama Ikan Duri....
Bercakap Bohong...Jadi Perdana Menteri...
Itulah Najib PM Terkini...
sumber - kelam greenboc

Jumaat, 4 Disember 2009

Rakyat Kelantan solat hajat di hadapan Kaabah

KOTA BHARU,4 Dis: Usaha pihak lawan mahu menggugatkan kestabilan kerajaan Kelantan turut mendapat perhatian rakyat negeri ini yang sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah.

Mereka turut bersimpati terhadap apa yang berlaku melalui berita yang disampaikan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah di Mekah malam tadi memohon kepada Allah dikekalkan kerajaan PAS Kelantan dan dilembut hati perdana menteri supaya memberi royalti minyak.

Timbalan Pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat tersebut akan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci.

Difahamkan turut berada di Makkah Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasuruddin Daud, Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kob, Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Adun Chetok, Ustaz Abdul Abdul Halim Abdul Rahman dan Zainuddin yang juga Adun Limbongan.

Zainuddin ketika dihubungi di sini berkata, senjata utama di kalangan orang-orang mukmin ialah doa dan solat hajat bukannya wang ringgit.

Beliau juga menyifatkan tindakan segelintir pemimpin Umno berhimpun di depan bangunan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan kerana isu doa sebagai benar-benar ketandusan isu.

“Di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno sehingga memperalatkan orang kampung dan penarik beca datang menyertai demonstrasi,” katanya.

Selasa lalu kira-kira 100 orang penyokong Umno yang diketuai Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berhimpun tanpa permit di depan SUK membantah Menteri Besar berkaitan isu doa.

Sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam khutbah Hari Raya memohon kepada Allah Taala membuka pintu hati perdana menteri bagi memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Bagaimanapun katanya, kalau pemimpin negara masih enggan didoakan sesuatu musibah berlaku sebagai satu peringatan kepada mereka.
sumber - harakahdaily

Rabu, 2 Disember 2009

Kenyataan Penuh Presiden PAS

Keputusan yang diambil oleh Tok Guru Mursyidul Am PAS dengan meminta menantu beliau Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman untuk meletakkan jawatan dari kedudukan sebagai CEO PMBK adalah jelas merupakan satu tanda keikhlasan dan jiwa besar yang ditunjukkan oleh Tok Guru yang bersedia menerima keputusan parti.

Sifat berjiwa besar ini juga ditunjukkan oleh seluruh ahli keluarga beliau yang bersabar dengan ujian yang dan ini sangat berbeza dengan konsep kronisme yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak boleh dirombak dan dirungkaikan.

Kita juga berhadapan dengan undang-undang manusia yang seringkali menjatuhkan hukuman dengan tidak adil – iaitu hukuman telah dijatuhkan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi dari sumber yang amanah dan benar.

Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

Kita dapati Tok Guru selaku Pengerusi PMBK telah menjalankan pelantikan yang ikhlas.

Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru.

Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini.

Seluruh ahli PAS menjunjung tinggi keikhlasan Tok Guru dalam menjalankan amanah yang sangat besar dan berat ini.

Kita juga sangat hairan dengan sikap orang yang menyerang Tok Guru ini kerana mereka berdiam diri pula dengan membiarkan kesalahan dan ketidakadilan terhadap rakyat yang dilakukan oleh para pimpinan UMNO dan BN sewenang-wenangnya.

Kita berharap agar Tok Guru dan keluarga bersabar dengan ujian masyarakat yang tidak memahami keadaan sebenar yang berlaku.

Kita mengharapkan agar mereka yang suka menyebarkan api kebencian agar segera bertaubat kerana sabda Rasulullah saw “Barangsiapa yang bermusuh dengan orang-orang yang mentaati perintahku maka aku mengisytiharkan kemurkaan yang sekeras-kerasnya”.

Saya juga menyeru seluruh ahli PAS agar berbangga dengan keputusan Tok Guru beserta ahli keluarganya yang bersedia menerima keputusan parti, dan marilah kita bersama-sama dengan Tok Guru dalam menghadapi ujian fitnah media yang tidak putus-putus dan cubaan musuh untuk meletakkan kerajaan PAS di Kelantan dalam keadaan tidak tenteram.

Marilah kita sama-sama mempertahankan kerajaan yang telah dibina di atas dasar amanah Allah ini dengan seluruh tenaga yang kita ada.

Presiden PAS
Abdul Hadi Awang
sumber - harakahdaily