Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 13 Mac 2010

AKTIVITI MTD N24 BEMBAN

JOM TURUN PADANG MAJLIS TINDAKAN DUN N24 BEMBAN
12 MAC 2010 – SABTU (3.00 PETANG)
UPU PONDOK KEMPAS-RUMAH TUAN HJ MD DAN BIN MD SAID

MENYANTUNI INSAN YANG MEMERLUKAN
Pada tanggal 13 hb Mac 2010 , sekali lagi Program JOM TURUN PADANG telah berjaya dianjurkan oleh MTD Bemban. Pada kali ini , UPU Pondok Kempas menjadi sasaran kami dan fokus program kali ini ialah menyelami dan menyantuni kehidupan insan-insan yang memerlukan pembelaan dan bantuan untuk meneruskan kehidupan didalam keadaan ekonomi yang tidak menyebelahi insan-insan yang kurang bernasib baik ini. Dicelah-celah pembangunan yang pesat , dicelah-celah kehebatan manusia mencipta nama dan meloloskan diri menjadi jutawan rupanya masih ramai insan-insan yang terpinggir membawa nasib malang mereka tanpa pembelaan yang sewajarnya. Justeru itu jika ANDA masih mempunyai hati dan perasaan belas kasihan JOM ikuti pertemuan ini seterusnya ...

Makcik ini semasa ketibaan kami sedang nyenyak tidur di "tilam empok" diluar pintu rumahnya beralaskan "bantal" berharga "JUTAAN" ringgit. Apa yang menyedihkan lagi rupanya Makcik ini telah kehilangan penglihatannya akibat daripada kemalangan yang dialami semasa pulang dari bekerja dari sebuah kilang ayam. Kehilangan penglihatannya juga telah menyebabkan beliau kehilangan pendapatan tetap beliau. Kini kehidupan beliau bergantung kepada anak bujang beliau yang juga tidak berapa sihat yang diakibatkan oleh kemalangan jalanraya namun begitu masih mempunyai pendapatan tetap melalui tugas beliau sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah kilang ayam.
Menunjukkan tangan dan jarinya yang patah semasa kemalangan tempohari .
Makcik ke dua yang kami ziarahi. Seorang ibu tunggal yang hidup menumpang di rumah PPRT yang tanah bukan miliknya. Mendapat ehsan daripada saudara mara untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Tinggal bersama adiknya yang juga merupakan seorang ibu tunggal juga.
  Walaupun hanya menerima sekampit beras daripada kami . Besar hati makcik ini menerimanya ..
Rumah ke 3 yang kami kunjungi. Ibu tunggal yang ke 3 ini tiada dirumah kerana ke Pekan Jasin mendapatkan keperluan harian sekeluarga. Hanya anak-anak yang dapat kami temui. Sumbangan tetap dihulurkan demi kelansungan perjuangan yang panjang dan masih belum selesai.
Anak-anak buah penerima kunjungan kami yang ke 4. Mengambil kesempatan berkumpul dimusim cuti sekolah yang telah bermula. Seronok , gelak ketawa , gurau senda itu perkara biasa seorang kanak-kanak remaja yang masih belum mengerti apa-apa tentang kehidupan dan masa depan.
Sempat menyantuni Atuk yang sedang memikirkan masa depan cucu-cucunya dimasa depan ..
Menyantuni dan menyelami permasalahan ibu tunggal yang ke 4 ..
Akhirnya ...sumbangan sekampit beras dihulurkan buat masa dan ketika ini. Di masa depan belum pasti. Jika berani untuk buat perubahan insyallah ...masa depan yang lebih baik akan menanti .
Ibu tunggal yang seterusnya ... tinggal bersama 5 anak dan ibunya disebuah rumah yang berhadapan dengan rumah-rumah tanah jutawan yang menjadi kontrovesi baru-baru ini. Tempat "rehat bawah tanah " eksklusif yang mendapat bantahan penduduk setempat kerana ketidaksesuaiannya kerana dikelilingi oleh 100 % orang melayu beragama Islam. Tapi apakan daya kuasa "RM" mengatasi segala-galanya..
Keluarga kaum India yang daif juga tidak kami lupakan. Perjuangan kami tidak merentasi sempadan . Siapa yang sahaja yang perlu dibela pasti akan kami bela sewajarnya..
Keluarga kaum Cina yang turut menerima sumbangan sekampit beras daripada kami. ANDA perlukan bantuan KAMI hulurkan bantuan sekadar yang kami mampu.
Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan menjadi penawar duka lara insan yang berdukacita. Mudah-mudahan bantuan yang sedikit ini akan mengusik sanubari para penerima dan pembaca untuk menilai kembali sejauhmana peranan kita untuk mengubah senario ini daripada terus berterusan. Tepuk dada tanyalah IMAN kita ... JOM kita lakukan perubahan demi satu kehidupan yang lebih bermakna , lebih berkebajikan demi MALAYSIA yang kucintai ..