Tarikh:1 Jamadilawal 1431 / 17 April 2010 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang – berkumpul dan taklimat
Tempat: UPU Kesang Jaya (Rumah Tuan Haji Suhaimi b Harun)
Alhamdulillah pada 17 hb April 2010 yang lalu , sekali lagi MTD Bemban telah berjaya melaksanakan program JOM TURUN PADANG demi merealisasikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan menjejaki insan-insan yang memerlukan bantuan , perhatian dan simpati. Tanpa dapat merasakan apa yang mereka tanggung setiap hari dengan melihat sendiri kepayahan mereka menempuhi liku-liku kehidupan setiap hari apalah ertinya diisythiharkan Melaka Maju 2010 jika masih ramai insan yang daif yang masih tidak dibela sewajarnya oleh mereka yang diberikan amanah dan tanggungjawab ini ....
JOM kita selami dan hayati kesusahan mereka di UPU Kesang Jaya ....mudah-mudahan dibuka pintu hati kita yang diberikan sedikit kelebihan oleh ALLAH SWT untuk menghulurkan bantuan seadanya ...
Jejak pertama ... menjejaki insan yang pertama
Ikhtiar yang pertama ....untuk mengurangkan beban. Mengasuh anak buah .
Ibu tunggal pertama ...dengan penuh harapan menerima sumbangan daripada kami.
Assalamualaikum .... minta izin untuk berziarah .
Ibu tunggal kedua ... sempat bertanya khabar dan masalah yang dihadapi
Alhamdulilah ... terima kasih kerana sudi menyumbang untuk akak . Muga ALLAH merahmati tuan-tuan semua .
Cara akak nie memegang sumbangan yang diterima cukup menggambarkan betapa dihargainya sumbangan tersebut kerana belum pernah ada sesiapapun yang pernah berkunjung kerumahnya dan menyampaikan sumbangan ...
Ibu tunggal yang ketiga ....
Sambil menyelam sambil minum air ... sempat mendaftarkan anak bujang yang telah mencapai umur 21 tahun sebagai pengundi ....Syabas !
Sebelum minta diri ...terimalah sumbangan ikhlas daripada kami .
Menyantuni pula ibu tunggal yang keempat ...orang berbudi kita berbahasa. Dijemput masuk oleh tuanrumah ...selesa sedikit untuk bertanya khabar dan bercerita.
Tinggal berseorang setelah suami tercinta meninggal dunia . Anak tunggal pula telah dipanggil kembali oleh Allah SWT. Yang ada cuma seorang cucu yang kadang-kadang datang menjengah nenek bertanya khabar berita. Terharu makcik ini menerima kunjungan rombongan kami. Terharu kerana ada insan yang masih sudi menziarahinya dalam keadaannya yang begini ..
Keluarga yang kelima ...
Berat gak beras nie ? Bila nak sumbang nie ...dah tak larat dah nie .
Akhirnya .... sumbangan selamat disampaikan . Fuhhh legaa
Ade lagi ....nasib baik badan steady . Muga istiqamah dalam perjuangan
Ibu tunggal yang ke enam ...
Besar hati makcik nie menerima sumbangan daripada kami.
Ibu tunggal yang ketujuh ...
Tenang mendengar kisah sedih makcik tadi ...
Sayu hati menerima sumbangan .....terima kasih ya nak .
Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . Lihatlah dunia ...apa yang akan terjadi kepada anak istimewa ini jika ditakdirkan ibunya pergi dulu . Muga ALLAH memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bertuah ini untuk menjaga amanah yang diberikan. Siapa sangka disebalik ketenangan wajah ibu , ketenangan rumah awam yang diduduki rupa-rupanya ada insan istimewa yang menghuninya. Inilah 2 Permata Hati yang dilahirkan 32 tahun dan 29 tahun yang lalu yang menjadi milik ibu tunggal ke lapan dalam kunjungan ziarah kami kali ini.
Inilah dia wanita hebat ....masih mampu tersenyum walaupun hatinya mungkin gundah gulana memikirkan anak nasib serta masa depan 2 anak istimewanya . Wajarkah Melaka Maju 2010 jika nasib keluarga sebegini tidak diberikan pembelaan sewajarnya ??
Ibu tunggal yang ke sembilan. Tersenyum girang menerima kunjungan kami ..seronok bukan kerana dapat sumbangan tapi seronok kerana ada insan yang sudi menziarahinya ...
Satu-satunya Bapa tunggal yang turut menerima kunjungan kami. Bukan tidak mahu berusaha tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Telah menjalani pembedahan jantung "By Pass" dan kini tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.
Terharu menerima sumbangan yang tidak seberapa nilainya daripada kami..
Habis program disianghari .....
Malamnya pula kami susuli dengan program USRAH bulanan. UPU Kesang Jaya jadi tuanrumah.
Ahli yang hadir ...fokus kepada perbincangan dan kupasan yang dibuat pada malam tersebut.
Alhamdulillah ...masih setia bersama siang dan malam.
Merenung dan memahami falsafah perjuangan yang sebenar ..
Naqib kami ...
Antara tokoh muda yang berpotensi ....
Demikianlah sedikit coretan yang dapat dikongsi dengan pengunjung setia kami ... Mudah-mudahan coretan ini dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada semua. Ingat dan insaflah bahawa disebalik kesenangan dan kecantikan dunia yang kita miliki ini masih ada insan-insan yang memerlukan pertolongan , bantuan , simpati dan perhatian. Oleh itu jika kita diberikan dengan kesenangan , kemewahan , kesihatan dan sedikit kelebihan oleh ALLAH SWT berbanding insan yang lain maka menyumbanglah sekadar yang kita mampu muga akan lahir sekelumit senyuman daripada insan yang kita bantu.
Akhir kata terimakasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan program ini.Bulan yang akan datang giliran UPU Bemban pula.Kepada yang ingin menyumbangkan ,sumbangan boleh disampaikan dengan menghubungi tel atau email yang ada.Sumbangan tuan akan memberi makna kepada insan-insan seperti yang telah kami kunjungi ini