JIKA : ~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), ~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan ~ Israel dengan Shayetet 13, Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis. Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru
ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari
dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat
latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal
serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada
rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas
tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh
pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci
Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah
Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta
memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila
ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang
pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan
25,000 orang.
Peraturan " Briged Al-Qassam ".
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima
waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah
barisan yang paling penting.
"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah
sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid.
Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi
menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka
berlakon keluar seperti orang biasa.
"Walaupun
kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana
begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi
tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi
latihan Al-Qassam.
"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk
memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa
bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan
sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga
2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang
dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki
Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis
disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera
yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua
kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan
lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan
memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang
AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa
hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000
orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud
syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan
tentera Zionis.
Penulis
juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka
bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman
gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota
mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya
mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk
menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila
disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati
syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada
peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri -Fb
Nikahhalal.corp