Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sabtu, 30 Ogos 2008

PROGRAM PAS CAWANGAN AIR PANAS SEPANJANG RAMADHAN 1429

1.Kutipan (Infak Ramadhan)
Penerima(Amil)
1. Razali Baba
2. Mohd Aman
3. Abas Samat
4. Mohd Diah Md Katas

Pembayaran boleh dibuat mulai dari 1 Ramadhan. Ahli PAS Cawangan adalah sasaran .Cadangannya serahan akan dibuat sebelum Syawal

2. Iftar Jama’e
Seperti tahun terdahulu program ini akan diteruskan mengikut jadual. Program akan di buat seminggu sekali iaitu setiap Isnin menggantikan Usrah.Program bermula dari Iftar berjamaah hingga Terawih berjamaah

Tarikh (jumaat) Masa Tempat Catitan
5 Ramadham1429 (5/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Lubuk Kasar Rumah Hjh Azizah
12 Ramadham1429 (12/9/08) Mula dr iftar Lokaliti Bemban Jaya Rumah Mohd Aman
15 Ramadham1429 (15/9/08) Mula dr iftar UPU Air Baruk Program MTD
19 Ramadham1429 (19/08) Mula dr iftar Lokaliti Ulu Duyung Rumah Abas Samat
26 Ramadham1429 (26/9/08) Mula dr iftar PASTI ASSAlam Khatam AlQuran

3. Khatam AlQuran
Majlis Khatam Al Quran dicadangkan seperti jadual diatas.Ahli – ahli telah diberikan tugasan membaca juz –juz yang telah di tetapkan. Ini bagi memastikan penglibatan seberapa banyak ahli yang dapat memberikan komitmen.Walaubagaimanapun bagi meneruskan tadarus di surau, markasdan rumah masing ahli digalakan mengkhatamkan sekurangnya sekali bagi menyahut apa yang telah diputuskan semasa muktamar ke 54 yang baru lepas bagi memperkasakan pentarbiyahan

4. Penyerahaan Kutipan Zakat
Nama-nama penerima boleh diberikan kepada amil sebagai cadangan. PAS Cawangan akan memutuskan penerima yang layak. Serahan akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan

5 Projek Korban Berkelompok
Program ini akan diteruskan seperti tahun-tahun terdahulu.Alhamdulillah program ini masuk tahun kelima berturut-turut dapat dilaksanakan insyallah. Setakat ini sudah ada 4 penama yang mendaftarkan diri. Yang berminat sila hubungi AJK Cawangan .Kali ini bayaran sebanyak RM 400/sebahagian

Wassalam
SU (PPM/MEL 26/52-7624)
pas_airpanas@yahoo.com.my
assalam08@gmail.com
http:// mtdn24blogspot.com/

Rabu, 27 Ogos 2008

Debaran 16 September semakin kencang

TUMPAT, 27 Ogos (Hrkh) � Biar pun dihujani dengan laporan media yang paling herot dalam sejarah pilihan raya kecil, namun keputusan yang diumum malam tadi membuktikan rakyat tidak sabar lagi menunggu peralihan kuasa kuasa di peringkat persekutuan.

Iklan

Rakyat seperti tidak menghiraukan momokan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan mengakui peralihan kuasa semakin deras berlaku sekarang.

Maka tanggal 16 September ini ditunggu dengan penuh debar. Dato' Seri Anwar Ibrahim mulai esok akan menduduki kerusi pertamanya sebagai Ketua Pembangkang, kemudian beransur mengesot ke Putrajaya.

Bukan lagi sekadar peralihan pimpinan Dato' Seri Najib Razak menggantikan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang semakin lelah untuk terus berpolitik.

Ramai berhujah mengapa Najib menanggung malu teramat sangat dengan kekalahan teruk BN di Permatang Pauh, sedangkan Perdana Menteri dilahirkan tidak jauh dari situ.

Sebaliknya Abdullah terus menyepi biar pun dari awal lagi seperti sudah menduga Umno dan BN semakin diheret ke penghujung usia.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir berkata, biar pun BN dibantu dengan jentera kerajaan, wang ringgit dan media massa, namun rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran mereka.

"Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka dan sudah sampai masanya menggantikan kerajaan yang begitu banyak penyakit sekarang.

"Permulaan hijrah ke arah itu sudah dimulakan rakyat di Permatang Pauh. Keberanian rakyat Kelantan yang merubah arus politik sudah benar-benar menjangkiti rakyat di seluruh negara," katanya di sini.

Malam tadi diumumkan jumlah majoriti yang diraih Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh mengatasi bilangan undi dipunggut calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah yang medapat 15,524 undi.

Perbezaan undi diraih antara Pakatan Rakyat dan BN sebanyak 15,671 undi, suatu angka yang terlalu besar bagi sebuah pilihan raya kecil.

Pada pilihan raya tersebut yang kononnya disifatkan media nasional sebagai paling ganas, Anwar mendapat 31,195 undi.

Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat hanya memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Selasa, 26 Ogos 2008

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa

Kenape le ....... majlis fatwa@zahid hamidi keluar kenyataan Apa-apa hal pun kebenaran telah terbukti dgn kemenanga PKR di Permatang Pauh

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

Isnin, 25 Ogos 2008

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Dipetik dari Harakahdaily

TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Iklan

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

ImageBila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

ImageJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

Jumaat, 22 Ogos 2008

Aktiviti MTD Yang Telah Dijalankan

Usrah UPU Air Panas

Tarikh: 19/8/08 (Isnin)
Tempat: Lokaliti Lubuk Kasar(Rumah Hjh Azizah)
Masa: Mula dari Maghrib berjamaah

Kehadiran diwajibkan kepada ahli PAS Air Panas
------------------------------------------------------

Usrah Bulanan MTD N24

Tarikh: 18/8/08 (Isnin)
Tempat: UPU Pondok Kempas(Rumah Hj Md Dan)
Masa: Mula dari Iftar berjamaah(jadi kene le puasa ye)

Kehadiran diwajibkan kepada AJK MTD N24 dan AJK UPU_-UPU
---------------------------------------------------------------

Mesyuarat AJK MTD N24

Tarikh/Masa: 11/8/08 (9.30 malam)
Tempat:Surau Hamas-Lepas Kuliah Ust Jumary
----------------------------------------

Usrah Bulanan MTD N24

Tarikh: 21/7/08 (Isnin)
Tempat: UPU Air Panas(PASTI AsSalam)
Masa: Mula dari Iftar berjamaah(jadi kene le puasa ye)

Kehadiran diwajibkan kepada AJK MTD N24 dan AJK UPU_-UPU
-------------------------------------------

SEHARI BERSAMA YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH, ADUN BUKIT PAYUNG, TERANGGANU

ACARA : KENDURI/MINUM PETANG
TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : UPU KESANG TUA (RUMAH MAK ITAM)
----------------------------------------------

KULIAH MAGHRIB

TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : MARKAS PAS MARDEC (DURIAN TUNGGAL)
--------------------------------------------

PIDATO RAKYAT

YB USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH , ADUN BUKIT PAYUNG,
YB GOH LIONG SAN,ADUN KESIDANG, MELAKA (DAP)
USTAZ KAMARUDDIN BIN HAJI SIDEK, KETUA PEMUDA PAS MELAKA

TARIKH : 12 JULAI 2008 (SABTU)
MASA : 9.00 ALAM
TEMPAT : J 4598 PEKAN JASIN,MELAKA(RUMAH SDR ZAHARI BIN HARIS) SEBELAH
PETRONAS STEYSEN
------------------------------------------------

KULIAH SUBUH

TARIKH : 13 JULAI 2008 (AHAD)
MASA : 6.00 PAGI
TEMPAT : SURAU HAMAS, SIMPANG KEMENDORE,JASIN
SEMUA DIJEMPUT HADIR
---------------------------------------------------

USRAH BULANAN N24

Tarikh: 23/6/08(ISNIN)
Masa:Mula dari Iftar Jamaie
Tempat:UPU Tehel-Lokaliti Serompong(Rumah En Halim Said)

AJK N24 dan AJK UPU diwajibkan hadir

Testing Gambar




Khamis, 14 Ogos 2008

Catatan As-Salam

Alhamdulillah tanpa disangka nampaknya tahun ini Assalam08 akan mengikuti muktamar dengan mengikuti rombongan yang dianjurkan PASTI Nurul Iman.Kami akan bertolak selepas Jumaat seperti dirancangkan.Nampaknya beberapa pekara terdahulu yang dirancang terpaksa dipinda .Program ceramah pakatan Rakyat bersama YB Adun Beserah akan dibuat pada 30/10/08 nampaknya akan disusun selepas balik nanti.

Hari Jumaat lepas Nazir PASTI melawat PASTI AsSalam... berapa le markah kami dapat ye.

Selamat Hari Jadi Buat SAS ..Kawan-kawan .Abi Umi angah Oya Along Jalil... seronoknya makan kek Coklat umi buat..Ummmm marvelous.Terimakasih pada Zali yang sanggup mengantikan tugas n tak lupa selamat bertunang buat Zali.

Selasa, 12 Ogos 2008

Remaja Perlukan Bekalan Akhirat - Ustaz Zainudin Hashim

PERSOALAN mati memang fobia dan trauma kepada semua lapisan masyarakat, bangsa dan budaya.

Kebimbangan seseorang tidak kira usia, sama ada yang menjangkau 60 tahun ke atas, atau yang masih dalam lingkungan usia belasan hingga 20-an.

Mati pun tidak kenal usia atau bangsa, ia akan menemui seseorang itu sama ada dia bersedia atau pun tidak.

Mati juga tidak boleh ditunda hingga ke suatu waktu yang tidak diketahui oleh sesiapa, kerana adalah satu hakikat yang akan menjelma pada bila-bila masa seperti yang ditegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 78 surah an-Nisa yang bermaksud: "Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

Ada manusia yang mati kerana sakit tua, ini adalah lazim berlaku kepada mereka, ada pula yang mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tidak kurang yang mati kerana sedang berseronok-seronok di taman-taman bunga, di padang bola, stadium kerana menyaksikan konsert hiburan, di studio-studio, sedang menonton wayang, sedang bermesyuarat dan bermacam-macam lagi karenah manusia yang cenderung kepada dunia yang melalaikan.

Sementara bagi golongan remaja pula, seolah-olah mati tidak ada dalam kamus hidup mereka. Sebab itu mereka lebih cenderung kepada program-program dunia yang menjurus kepada tidak mengingati Allah, hari akhirat, persediaan dalam alam kubur, persoalan Munkar dan Nakir dan sebagainya.

Malah ada antara mereka dengan sikap ego menegaskan bahawa masa muda inilah perlu dihabiskan untuk bersuka ria (enjoy), nanti kalau sudah tua barulah bertaubat.

Media kini sudah melampau

Justeru, konsep taubat dalam konteks hari ini seolah-olah hanya tertumpu kepada golongan yang sudah berkaki tiga (bertongkat) , yang bongkok, yang terlantar di hospital.

Ini berlaku kerana tiada kesungguhan pihak berkuasa, lebih tepat golongan pemerintah atau penguasa tidak mengadakan penerangan padu lagi jitu mengenai kefahaman agama sekali gus membimbing remaja mencintai ajaran agama.

Akhbar-akhbar arus perdana, program televisyen sama ada yang dimiliki kerajaan apatah lagi yang dimiliki swasta banyak memuatkan agenda hiburan, sukan melampau seolah-olah membayangkan mentaliti perancang agenda berkenaan cenderung kepada aspek-aspek yang telah disebutkan.

Tetapi persoalan utama di sini, ialah bagaimana pula jika Allah SWT mematikan pada usia muda, apakah mereka sudah bersedia dengan bekalan amalan yang diperintahkan kepada mereka untuk dilaksanakan?

Kita semua sedar bahawa persekitaran yang melingkungi diri kita pada hari ini bukanlah persekitaran Islam yang boleh dibanggakan, walau pun terdapat pihak tertentu menyifatkan kita sudah berada dalam sebuah negara yang mengamalkan Islam.

Kalau itu yang didakwakan pihak tertentu, maka bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur bersih daripada kawasan pelacuran yang membimbangkan.

Tetapi kita nak tanya mereka yang mendakwa demikian, Islam yang macam mana? Islam hakikikah? Islam Hadharikah? Islam Liberalkah? Islam Pluralismekah?

Tapi yang kita tahu, Islam tidak dilaksanakan dalam negara Malaysia ini menurut hukum syarak, sama ada hudud, qisas ataupun takzir, yang ada semua bohong belaka.

Kalau betul Islam dilaksanakan, kenapa mak menteri masih tidak bertudung, menutup aurat itukan perintah Allah, sesiapa yang melanggarnya berdosa besar. Undang-undang Islam juga tidak dilaksanakan dalam pentadbiran negara, macam-macam lagi dakwaan yang tidak berasas.

Konsep hiburan yang mengelirukan

Pokoknya di sini, jika pemerintah tidak minat untuk menyedia, merancang, program-program agama khusus buat remaja, maka tidak hairan gejala songsang yang menyalahi konsep agama Islam sebenar akan pudar dan musnah, ini sebagai permulaan ke arah untuk lebih tidak bersedia dengan bekalan, amalan untuk hari akhirat.

Kalau benar pihak tertentu khususnya kerajaan mahu menyelamatkan golongan remaja, mereka sepatutnya membatalkan segera segala program berbentuk hiburan keterlaluan, jadi tidak ada lagi selepas ini JomHeboh yang melalaikan, Akademi Fantasia, One in the Million, konsert goyang gerudi Inul, Mentor dan macam-macam lagi.

Sekarang timbul pula program realiti 'Akademi Nasyid'. Banyak pihak keliru dengan konsep, pendekatan dan penampilan peserta yang bertanding, apa yang dapat umum simpulkan, nasyid akan membawa lagu-lagu berkonsepkan kesedaran, sama ada berpaksikan tauhid ketuhanan, peranan serta tugas para Anbiya�, berkorban untuk agama, mengajak umum untuk beribadat, bersatu-padu dan sebagainya.

Tetapi ada yang tidak kena dengan program realiti berkenaan, penampilan peserta lelaki yang berambut panjang, amat tidak sinonim dengan persembahan nasyid seperti yang difahami umum.

Peserta perempuannya pula 'bertabarruj' atau bersolek sama seperti artis pop wanita lain, persoalannya di sini, apakah kewujudan program itu adalah untuk mengimbangi 'Akademi Fantasia' yang sudah masuk musim keenam 'jahanam', atau ada perkara yang tersirat.

Apapun ia masih terbuka untuk dikritik, kerana yang penting setiap program yang disediakan seumpama itu, matlamatnya adalah golongan remaja adalah sasaran tepatnya.

Jika ia tidak menepati tuntutan dan ruang lingkup agama, ia mungkin akan jadi 'back fire' kepada penganjur dan institusi agama dalam negara di semua peringkat, malah tidak sedikit pun mengingatkan mereka dengan 'mati'.

Remaja perlu mengingatkan diri

Ingatlah, bahawa baik remaja, maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya jika rosak remaja maka rosaklah negara, agama dan bangsa, apabila manusia sudah roboh harga diri dan maruah mereka, usah kita bermimpi untuk mampu membina mereka pada waktu yang singkat, kerana manusia bukan bangunan yang boleh kita rancang tempoh untuk dibangunkan.

Justeru, wahai adik-adik remajaku sekalian! Walaupun ada pihak tertentu tidak bersungguh untuk mengingatkan remaja tentang persoalan mati, para remaja perlu mengingatkan diri mengenainya, kerana kematian akan menemui mereka tanpa diduga.

Jadilah remaja seperti yang pernah ditegaskan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat bangga (kagum) dengan golongan remaja yang tiada dalam diri mereka ciri-ciri kejahatan."

Ketahuilah, bahawa yang menjayakan program Islam pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., majoriti terdiri daripada golongan remaja. Apakah mereka tiada kecenderungan untuk berhibur, atau dengan lain perkataan tidak mahu 'enjoy' pada usia demikian.

Mereka pun mempunyai cita-cita seperti remaja hari ini, cuma yang membezakan ialah kesanggupan mereka berkorban untuk meninggikan syiar-syiar Islam, sanggup mati demi untuknya.

Maka lahirlah slogan yang cukup tersohor untuk dikongsikan bersama remaja hari ini, iaitu Allah matlamat hidup kita, Rasulullah contoh teladan kami, al-Quran perlembagaan hidup kami, berjihad cara hidup kami dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami.

Motivasi al-Quran: Ayat-ayat mengenai kejayaan remaja

APA dimaksudkan kejayaan yang diraih golongan remaja, adalah dari sudut pegangan kuat mereka terhadap agama, memiliki kekentalan iman dan akidah yang tidak mudah goyah ketika berhadapan dengan sesuatu isu, sama ada godaan yang datang daripada wanita, habuan kekayaan yang bersifat sementara dan pelbagai isu lain.

Sifat-sifat ini pernah dimiliki oleh remaja atau pemuda-pemuda Ashabul Kahfi yang diceritakan Allah dengan terperinci dalam satu surah yang juga dikenali dengan al-Kahfi yang bermaksud gua, iaitu para pemuda yang tertidur dalam gua selama 300 tahun kerana lari daripada kezaliman raja yang menindas rakyatnya.

Allah menceritakan tentang mereka menerusi ayat 9-14 surah al-Kahfi maksudnya: "Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah 'Ashaabul Kahfi' dan 'Ar-Raqiim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami? (9)

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami". (10)

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (11).

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). (12)

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (13)

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh daripada kebenaran." (14)

Remaja perlu rujuk nasihat Luqman al-Hakim

Begitu juga dengan pemuda Ashabul Ukhdud yang memiliki kekuatan akidah hingga sanggup berkorban demi kepentingan agama dengan menyeru orang ramai supaya menerima Islam sebagai pegangan mereka hingga ke akhir hayat.

Dengan izin Allah SWT seluruh penduduk yang diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim menerima Islam hasil penyampaian yang dilakukan seorang pemuda yang benar-benar beriman kepada Allah SWT.

Cerita mengenai mereka boleh dirujuk menerusi ayat pertama hingga ayat terakhir iaitu ayat 22 daripada surah al-Buruj, ia amat memberi kesan yang amat mendalam kerana kesanggupan mereka berhadapan dengan kuasa toghut walau pun terdiri daripada satu kaum dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.

Dalam kesempatan ini, paling penting ialah remaja perlu merujuk nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya bagi meniti kejayaan sebenar, nasihat-nasihat yang disampaikan itu antara lain:

1- Bersyukur kepada Allah.
2- Tidak melakukan syirik kepada-Nya.
3- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
4- Menunaikan solat.
5- Menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
6- Bersabar terhadap ujian yang menimpa diri.
7- Tidak bertindak sombong dan angkuh kepada manusia.
8- Besederhana ketika berjalan (tidak terlalu cepat atau lambat).
9- Merendahkan suara ketika bercakap.

Demikianlah petua atau kunci kejayaan seseorang remaja yang dirakam Allah menerusi kitab-Nya yang menjadi pedoman kepada seluruh bangsa manusia hingga berlakunya hari Kiamat

Ahad, 10 Ogos 2008

Pertama dalam sejarah, ahli UMNO repot rasuah Presiden

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Datuk Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kaptan (Bersara) Datuk Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".
Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.
Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.
Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall .blogspot. com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.
Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.
"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.
Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.
"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.
"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.
Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya. _
Sumber harakahdaily. net.============ ========= ========= ========= ========= ====Nampak gayo de, perhimpunan agong umno kali ni akan mengulangi kisah perhimpunan agung tahun 1987, di mana akhirnya diharamkan.
Kalau umno diharamkan, maka kerusi bn tinggal (140 - 79) 61 jo Jang, kerusi PR 82. Elok komponen bn yang ado nie copek-copek lompek sekarang nie gak, dan yang elok skali mp umno lompek skarang Jang, kok tidak alamat tak jadi wakil rakyat kau Jang. Ingat baik-baik Jang, kalau tak jadi mp gi, alamat berarak beramai-ramai ke bpr Jang.
LOMPEK JANG, COPEK LOMPEK, KOK TIDAK MAMPUIH KAU
TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Selasa, 5 Ogos 2008

Ahli kubur tidak gembira PAS tidak makmur markas


Sebelum Pakatan Rakyat mencapai kemenangan yang agak besar dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar atau dikenali Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur antara tempat popular kepada parti pembangkang terutama PAS dan PKR.

Bagi DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam juga ia bukanlah tempat yang asing kerana pemimpin mereka pernah berceramah bersama PAS di pentas Dewan Dato' Fadzil Mohd Noor, di situ.
Malah bukan mahu bermegah untuk mengatakan Taman Melewar dikenali rakyat Malaysia kerana pusat tarbiyah tersebut.
Perlu diingatkan di sini bahawa artikal ini tidak menyebut markas kerana ada pihak tidak gemar dengan perkataan tersebut dikatakan ada unsur ketenteraan. Menurut bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Hasan Shukri cadangan awal menggunakan perkataan balai bagaimana pun keputusan rasmi mahu dipanggil markas.
Oleh kerana ada pro dan kontra yang tidak memberi keputusan maka lebih baik ia dipanggil Pusat Tarbiyah walaupun ada setengahnya memanggil TM mungkin singkatan daripada Taman Melewar merujuk kepada Markas PAS di tempat tersebut.
Pusat tarbiyah cukup sinonim dengan rakyat marhaen kerana ia adalah tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala Lumpur kepada orang kampung yang mahu melancong atau berurusan di kota raya.
Hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas pendaftaran luar Kuala Lumpur dan Selangor serta bas sekolah didapati di situ menandakan rombongan singgah dan bermalam di pusat tersebut. Pihak pusat tarbiyah hanya mengenakan RM1 seorang untuk air dan elektrik.
Satu ketika dahulu pusat tarbiyah adalah persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di Lapangan Antarabangsa Subang. Ketika itu Tabung Haji Kelana Jaya belum wujud.
Individu yang ada urusan memerlukan beberapa hari tinggal di Kuala Lumpur tentu mengeluarkan perbelanjaan besar jika bermalam di hotel tetapi bagi yang kekurangan kewangan pusat tarbiyah adalah tempat alternatif.
Baru-baru ini semasa Protes menganjur perhimpunan protes minyak ramai yang tidak dapat bermalam kerana pusat tarbiyah berkunci sedangkan semasa demontrasi 'Bersih' sebelum pilihan raya umum lalu, mereka tidur dan makan di situ beramai-ramai.
Ada yang kata selepas menang, orang PAS sudah mampu tidur hotel, tidak perlu lagi tidur di pusat tarbiyah tetapi dibalas oleh sahabat katanya, "Yang menang PAS dan pemimpin, mereka dapat imbuhan tetapi penyokong tetap motong getah. Menang pun duit tak bertambah, macam mana nak tidur hotel?"
Begitu besar peranan pusat tarbiyah PAS terhadap amalan khidmat kebajikan yang sudah lahir sebelum manifesto kebajikan PAS yang dilancarkan dalam pilihan raya umum lalu lagi.
Dengan nama tarbiyah maka menjadi tanggungjawab sebagai tempat mendidik ahli dan penyokong PAS. Malah rakyat umum juga mendapat maklumat dan ilmu daripada ceramah yang sering dianjurkan di situ.
Pada sebelah malam selepas solat Maghrib pula diadakan kelas fardhu ain meliputi pelbagai ilmu seperti tafsir al-Quran, pengajian hadis, jenayah syariah, politik dan lain-lain oleh tenaga pengajar daripada bermacam aliran yang meluaskan lagi pengetahuan orang Islam.
Malah ada mencadangkan pusat tersebut diluaskan lagi fungsinya sebagai pusat setempat (one stop center) dan komersil yang memberikan banyak kemudahan seperti pusat khidmat awam, surau yang selesa, kedai makan yang kemas, kedai peralatan ibadah yang lengkap atau mungkin boleh wujudkan Ar-Rahnu serta cawangan ATM bagi mana-mana bank.
Paling utama kata mereka sebagai pusat sumber memuatkan bahan berkaitan PAS seperti arkib di samping bahan rujukan awam yang boleh diekses oleh pelbagai lapisan umur, daripada orang awam, pelajar sekolah sampai kepada pensyarah. Ia juga boleh dijadikan kawasan riadah keluarga dengan adanya 'playground' untuk kanak-kanak.
Sebaliknya, kemenangan besar PAS dalam pilihan raya umum lalu melupakan sumbangan peranan pusat tersebut sebelum ini yang megah berdiri hasil daripada sedekah orang ramai. Sambutan kemenangan tidak lagi diadakan di situ berbeza dengan selepas sahaja pilihan raya umum sebelum itu.
Bangunan bernilai lebih sejuta ringgit akhirnya sepi selepas dipukul ribut kencang yang menyebabkan bumbungnya bergulung melayang. Ia telah diperbaiki tetapi berlaku kebocoran akibat kerja pemasangan atap yang tidak ada kepakaran.
Bangunan bertambah usang dan aktiviti seolah dimatikan terus menutup rezeki orang lain. Jasa mereka yang bertanggungjawab dan banyak mengorbankan tenaga dan masa kerana perjuangan dan pusat itu, tidak dihargai.
Sepatutnya kemenangan bukan penghalang memakmurkan pusat tarbiyah daripada terus membazir bagi orang ramai mendapat pahala dunia dan akhirat. Mereka melabur wang untuk saham akhirat di tanah dan bangunan itu ada yang berniat waqaf kepada si mati supaya ahli kubur dapat pahala berterusan.
Daripada Saad bin Ubaidah ra bahawa dia telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Saad (ibu Saad) telah mati. Maka apakah sedekah yang paling banyak pahalanya?" Nabi menjawab: "Air." Kemudian Saad menggali perigi dan katanya: "Telaga ini adalah bagi Ummu Saad."
Saad berniat mewaqafkan perigi itu kepada ibunya yang telah meninggal dan Rasulullah s.a.w. menjanjikan pahala yang banyak kerana telaga tersebut dimakmurkan kepada orang ramai yang memerlukan terutama musafir.
Pusat tarbiyah yang telah dibina sejak 1983 bukan sahaja menerima sumbangan wang malah tenaga kerja kerana ia didirikan secara gotong royong pada peringkat awalnya. Satu cawangan PAS dipertanggungjawabk an menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jangkaut untuk menggali lubang tapak asas.
Memandangkan sungutan ramai itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengambil langkah akan mengadakan ceramah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pada 3 Ogos ini di pusat tersebut.
Langkah Idris itu sekurangnya mengubat kerinduan orang ramai yang sering tertanya bila lagi mahu diadakan program di pusat tarbiyah tersebut. Mereka juga mengharapkan aktiviti majlis ilmu dapat diteruskan dan memakmurkan bangunan tersebut dengan tazkirah dan solat tarawih menjelang Ramadan ini. - mns_