Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Rabu, 27 Ogos 2008

Debaran 16 September semakin kencang

TUMPAT, 27 Ogos (Hrkh) � Biar pun dihujani dengan laporan media yang paling herot dalam sejarah pilihan raya kecil, namun keputusan yang diumum malam tadi membuktikan rakyat tidak sabar lagi menunggu peralihan kuasa kuasa di peringkat persekutuan.

Iklan

Rakyat seperti tidak menghiraukan momokan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang enggan mengakui peralihan kuasa semakin deras berlaku sekarang.

Maka tanggal 16 September ini ditunggu dengan penuh debar. Dato' Seri Anwar Ibrahim mulai esok akan menduduki kerusi pertamanya sebagai Ketua Pembangkang, kemudian beransur mengesot ke Putrajaya.

Bukan lagi sekadar peralihan pimpinan Dato' Seri Najib Razak menggantikan Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang semakin lelah untuk terus berpolitik.

Ramai berhujah mengapa Najib menanggung malu teramat sangat dengan kekalahan teruk BN di Permatang Pauh, sedangkan Perdana Menteri dilahirkan tidak jauh dari situ.

Sebaliknya Abdullah terus menyepi biar pun dari awal lagi seperti sudah menduga Umno dan BN semakin diheret ke penghujung usia.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Aziz Abdul Kadir berkata, biar pun BN dibantu dengan jentera kerajaan, wang ringgit dan media massa, namun rakyat tidak lagi menghiraukan kehadiran mereka.

"Rakyat perlukan sebuah kerajaan yang benar-benar dekat dengan jiwa mereka dan sudah sampai masanya menggantikan kerajaan yang begitu banyak penyakit sekarang.

"Permulaan hijrah ke arah itu sudah dimulakan rakyat di Permatang Pauh. Keberanian rakyat Kelantan yang merubah arus politik sudah benar-benar menjangkiti rakyat di seluruh negara," katanya di sini.

Malam tadi diumumkan jumlah majoriti yang diraih Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh mengatasi bilangan undi dipunggut calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah yang medapat 15,524 undi.

Perbezaan undi diraih antara Pakatan Rakyat dan BN sebanyak 15,671 undi, suatu angka yang terlalu besar bagi sebuah pilihan raya kecil.

Pada pilihan raya tersebut yang kononnya disifatkan media nasional sebagai paling ganas, Anwar mendapat 31,195 undi.

Manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat hanya memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.