Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 8 Julai 2008

UNDANG-UNDANG ISLAM

England & Wales Mahukan Syariah Islam?

England dan Wales gempar sekali lagi apabila Ketua Hakim Nicholas Phillips membuat kenyataan undang-undang syariah Islam boleh memainkan peranan dalam sistem perundangan England dan Wales.

Sebelum itu pada bulan Februari yang lalu ketua gereja Anglican sedunia Biskop Canterbury, Rowan Williams membuat kejutan dengan berkata Britain mungkin akan menerapkan sebahagian daripada undang-undang syariah.

Hakim Phillips dalam satu ucapan di Pusat Islam London Timur berkata 'Tidak ada sebab kenapa Syariah, atau kanun agama lain, tidak boleh menjadi asas bagi pengantaraan atau menjadi alternatif dalam menghuraikan sesuatu pertikaian' walau bagaimanapun perlaksanaannya terikat dengan dasar yang ada pada undang-undang England dan Wales.

Hakim Phillips mempertahankan kenyataan Biskop Williams berhubung perundangan Islam sambil berkata kenyataan Biskop Williams 'tidak begitu radikal' sambil berkata sistem perundangan sekarang 'akan berusaha menerapkan saranan Ketua Biskop itu' biarpun biskop Williams digesa untuk meletakkan jawatan.

Walaupun tanpa status sah buat masa ini sudahpun ada lebih kurang 12 mahkamah syariah di Britain yang menjadi pengantara masalah keluarga kira-kira 1.6 juta orang-orang Islam di Britain.

Biarpun tidak akan berlaku hukuman seperti sebat atau rejam sampai mati ini sudah cukup sebagai permulaan bagaimana agama Allah itu sendiri mendapat tempat di hati orang bukan Islam yang secara tidak langsung mengiktiraf agama Allah dan semuanya bergantung kepada Parlimen Britain.

Persoalannya sekarang Malaysia bagaimana... .